Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / kadar Zakat fitrah 2018 , mengikut negeri

kadar Zakat fitrah 2018 , mengikut negeri

Zik · May 28, 2018 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

zakat fitrah

Alhamdulillah , tahun ini kita diberikan kesempatan untuk menunaikan ibadah berpuasa di bulan ramadhan yang mulia ini. So zakat fitrah kita janganlah lupa tunaikan kewajipan ini. Lagi cepat lagi bagus, sebab nak bagi pembahagian kutipan zakat ini sudah tentunya memudahkan kepada 8 asnaf yang layak terima zakat untuk beli barang keperluan dan juga kegunaan keperluan harian mereka.

Pendahuluan.

Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap orang Islam. Kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan ini bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.

Inilah di antara keindahan Islam di sebalik pensyariatan sesuatu ibadah kepada penganutnya. Sesungguhnya peranan zakat dalam membina sosio ekonomi dan sosial masyarakat Islam amatlah penting dan mesti dihayati sepenuhnya oleh setiap muslim.

Kefardhuan Zakat Fitrah

Takrif Zakat Fitrah

Zakat dari segi bahasa bermaksud bersih, suci, subur dan berkembang.Zakat Fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan dalam bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
.
Hukum Zakat Fitrah

Mengeluarkan Zakat Fitrah hukumnya adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang merdeka dan mampu mengeluarkannya pada waktunya.Orang Islam adalah meliputi golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak.

Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah
1. Islam dan merdeka.
2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:

1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.
3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

1. Waktu Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
2. Waktu Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri.
4. Waktu Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
5. Waktu Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Jenis Dan Kadar Bayaran Zakat Fitrah mengikut negeri:

Kadar nilai zakat fitrah. 

Negeri201820172016
PerlisRM7.00RM 7.00RM 7.00
 KedahRM7.00RM 7.00RM 7.00
 Pulau PinangRM7.00RM 7.00RM 7.00
 KelantanRM7.00RM 7.00RM 7.00
 TerengganuRM7.00RM 7.00RM 7.00
 PerakRM7.00RM 7.00RM 7.00
 SelangorRM7.00RM 7.00RM 7.00
 PahangRM7.00RM 7.00RM 7.00
 Negeri SembilanRM6.50RM 6.50RM 6.50
MelakaRM6.70RM 6.70RM 6.70
JohorRM7.00RM 7.00RM 6.00 / RM 8.00
SabahRM7.00RM 7.00RM 7.00
SarawakRM7.00RM 7.00RM 7.00
 Kuala Lumpur
 Putrajaya
 Labuan
RM7.00RM 7.00RM 7.00

Cara lafaz bayar zakat disini

*Ada negeri yang aku tertinggal ke??

Sudah tiga tahun bayaran zakat fitrah tiga tahun harga masih tidak berubah. Syukran2. Selamat membayar zakat fitrah ya!!

credit to Maij.

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan hukum zakat fitrah, kadar zakat malaysia 2018, kadar zakat seluruh negeri 2018, takrif zakat fitrah, waktu mengeluarkan zakat fitrah, zakat fitrah johor 2018, zakat fitrah kedah 2018, zakat fitrah kelantan 2018, zakat fitrah melaka 2018, zakat fitrah negeri sembilan 2018, zakat fitrah pahang 2018, zakat fitrah perak 2018, zakat fitrah perlis 2018, zakat fitrah pulau pinang 2018, zakat fitrah sabah 2018, zakat fitrah sarawak 2018, zakat fitrah selangor 2018, zakat fitrah terengganu 2018, zakat fitrah wilayah persekutuan kuala lumpur

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. encikhafiz.com says

    May 28, 2018 at 2:15 pm

    Selamat menunaikan ibadah puasa zik,.. semoga rezeki makin bertambah

    Reply
  2. Anuar says

    May 28, 2018 at 3:30 pm

    Terima kasih di atas perkongsian info… Alhamdulillah kadar zakat fitrah untuk tahun ini masih lagi sama seperti tahun lepas… Selamat menunaikan zakat semua..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.