• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Kadar Zakat Fitrah 2015, 1436 Hijrah

Kadar Zakat Fitrah 2015, 1436 Hijrah

Zik · Jun 21, 2015 · 4 Comments

Share this on WhatsApp

Kadar Zakat Fitrah 2015 (1436H) sudah dikeluarkan. Bolehlah kita semua tunaikan Zakat Fitrah kalau boleh diawal Ramadhan ini bagi memudahkan urusan pihak berkenaan agih kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya.

Dibawah ini, dikongsikan kadar bayaran Zakat Fitrah bagi negeri-negeri di Malaysia iaitu Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Perlis, Kedah, Penang, Perak, Sabah dan Sarawak bagi tahun 1436H/2015.

Jom kita tengok , negeri korang berapa kena bayar tahun ini??

 Negeri(RM) Tahun 2015(RM) Tahun 2014
 Perlis6.506.50
 Kedah7.007.00
 Pulau Pinang7.007.00
 Perak7.007.00
 Selangor7.007.00
 Negeri Sembilan6.506.50
 Melaka6.706.70
 Johor* 5.00 / 8.00* 5.00/8.00
 Pahang7.007.00
 Terengganu* 7.40 / 6.80 /4.60* 7.60/7.00/4.50
 Kelantan7.007.00
 Sarawak7.007.00
 Sabah7.007.00
(WP)  Kuala Lumpur/ Putrajaya/ Labuan7.007.00

Nota: (*) Kategori kadar bayaran zakat fitrah di negeri Johor dan Terengganu adalah berdasarkan harga gred atau jenis beras yang dimakan.

Tahun ini sama dengan tahun lepas. Takda kenaikan. Syukran. Huhu

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

  • Waktu WAJIB – Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya
  • Waktu yang paling AFDHAL – Sebelum solat sunat Aidil Fitri
  • Waktu SUNAT – Sepanjang bulan Ramadhan
  • Waktu MAKRUH – Selepas solat sunat hari raya Aidil Fitri sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Waktu HARAM – Selepas terbenam matahari satu Syawal

Syarat-syarat sah Zakat Fitrah:

  • Islam
  • Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
  • Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.

Cara Bayar Zakat Fitrah:

  1. Bayaran Zakat Fitrah boleh dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing.
  2. Bayaran zakat juga boleh dibuat menerusi mana-mana kaunter bayaran zakat. Biasanya kaunter Zakat Fitrah akan dibuka di pasar Ramadan, masjid, pusat beli belah dan beberapa lokasi tumpuan orang ramai yang lain.

zakat fitrah 2015, kadar zakat fitrah malaysia 2015,

 

 

 

 

 

 

Share this on WhatsApp

Ekonomi, Kerohanian/Keagamaan kadar bayaran zakat fitrah 2015 seluruh negeri, kadar bayaran zakat kuala lumpur 2015, kadar fitrah seluruh malaysia 2015/1436 H, kadar zakat 1436, kadar zakat fitrah 2015, kadar zakat johor 2015/1436H, kadar zakat kuala lumpur 2015

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Budak Felda says

    June 22, 2015 at 9:53 am

    RM 7 darab 6 ….. ingat nak bayar awal skit tahun nie …:)

    Reply
    • Zik says

      June 22, 2015 at 10:19 am

      Ramai keluarga bro…

      Reply
  2. Uncle Zuan says

    June 23, 2015 at 5:29 am

    thanks atas info bro

    Reply
  3. Noriza Rahman says

    June 24, 2015 at 12:57 pm

    Tahun ni bertambah ahli keluarga yang wajib bayar fitrah..Alhamdulillah..kadar sama macam tahun lepas

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss