Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Uncategorized / Jersi Finland laris gara-gara Pukki -euro 2020

Jersi Finland laris gara-gara Pukki -euro 2020

Zik · Jun 16, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

PUKKI

LONDON: Penyokong Norwich City yang sudah biasa dengan fenomena ‘Pukkimania’ meneruskan sokongan terhadap bintang penyerang mereka, Teemu Pukki yang beraksi buat Finland dalam Kejuaraan Eropah (Euro) 2020.

Menurut akhbar yang berpangkalan di Norwich, Eastern Daily Press, jersi Finland untuk keluaran Euro 2020 mendapat permintaan amat tinggi di United Kingdom (UK) dan hampir kehabisan stok.

Pemborong utama barangan sukan di UK, Sports Direct dan Nike juga sudah kehabisan bekalan, sementara JD Sports hanya memiliki jersi untuk kanak-kanak.

Jersi tersebut dijual pada harga 70 pound (RM406.57) sejak awal tahun ini, namun jualannya meningkat secara mendadak menjelang perlawanan Finland menentang Denmark, Ahad lalu.

Finland yang membuat penampilan sulung dalam Euro melakar kejutan dengan menewaskan bekas juara, Denmark 1-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan B, sekali gus membuatkan pengeluar jersi mereka, Nike menjangkakan permintaan akan meningkat lagi.

Sedar dengan keterujaan penyokong Canaries yang mahu memberi sokongan kepada Pukki, 31, Norwich dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Finland menawarkan 10 peratus diskaun untuk jersi skuad kebangsaan yang diimport dari negara itu.

Finland akan bertemu Rusia dalam perlawanan kedua mereka esok, sebelum menentang pasukan No. 1 dunia, Belgium pada 22 Jun. – AGENSI

 

Share this on WhatsApp

Uncategorized EURO 2020, Jersi Finland laris gara-gara Pukki

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.