Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Jepun juara piala thomas, 25 mei 2014!!

Jepun juara piala thomas, 25 mei 2014!!

Zik · May 26, 2014 · 4 Comments

Share this on WhatsApp
gambar sekitar piala thomas akhir 2014,

Tiada apa yang  boleh diperkatakan dalam pentas akhir ini. Satu persaingan yang cukup sengit dalam pentas akhir piala thomas kali ini. Malaysia yang bertemu dengan Jepun dilihat pasukan yang cukup hebat. Masing-masing bersaing hebat dalam pentas akhir ini.

Keputusan penuh akhir Malaysia vs Jepun Piala Thomas 2014, New Delhi India :

Malaysia (2) vs (3) Jepun.

Perseorangan pertama.

Lee Chong wei Vs Kenichi Tago,

  • Set 1:  21-12
  • Set 2 : 21-16

Lcw menang (mas), Datuk lee chong wei dilihat tiada masalah menewaskan kenichi tiago tuh. Straight set pertama mudah. Set kedua, agak ketinggalan kemudian kejar balik. Dah menang dengan mudah. Hehe

Beregu Pertama:

Hendo/Hayakawa (JPN) lwn (MAS) Hoo/Tan Boon

  • Set 1: (12-21)
  • Set 2: (21-17)
  • Set 3: ( 21-19)

Jepun menang. Agak rugi. Kekalahan tipis jer nih. Kalau menang, mungkin malaysia dah boleh julang piala thomas. Sebab ada mistake yang tak boleh diterima aku. Geram jer. Set pertama dah menang. Set kedua kalah, padahal dah leading tuh. Set ketiga, dah terlambat nak kejor balik.

Perseorangan Kedua:

Kento Momota (JPN) lwn (MAS) Chong Wei Feng

set 1 : (21-15)

Set 2: (21-17)

Jepun konto momota menang dengan mudah. Chong wei feng macam main tak bersemangat jer. Kena kitai dengan mudah jer.Huhu.

Beregu Kedua:

Kamura/Sonoda (JPN) lwn (MAS) Goh/Tan

  • Set 1: (21-19)
  • Set 2: (17-21)
  • Set 3 : ( 12-21)

Mas menang!!!!!! Hampir tewas juga. Set pertama kalah tipis. Set kedua baru nampak ada peningkatan. Manakala set ketiga kita dapat menang besar. Fuh bahaya jugak.

Perseorangan ketiga:

Takuma Ueda (JPN) lwn (MAS) Daren Liew

  • Set 1; (21-12)
  • Set 2: ( 18-21)
  • Set 3: (21-17)

Jepun menang takuda ueda. Hampir kecundang di set kedua. Set pertama dengan mudah, Euda kitai daren liew nih. Set kedua baru nampak ada peningkatan dan sudah dapat rentak untuk bermain dengan baik. ketinggalan 13-18 pada ketika itu. Liew daren kejar satu mata demi  mata. Sehingga 18 sama dan terus dapat 3 mata untuk kemenangan set kedua. Set ketiga dilihat kejar mengejar, tetapi liew daren banyak buat kesilapan mudah, seperti bagi bola tanggung, bola out tak diambil. Susah betul. Set ketiga memang drastik lah. Sikit lagi. Cuma agak gopoh dan tidak tenang. Apepun daren liew kena kad kuning pulak. Dikatakan sengaja melengah-lengahkan perlawanan, huhu.

Terlalu sukar buat pasukan malaysia untuk mencari pelapis sebaik lee chong wei. Apa agaknya tindakan bam untuk menguatkan skuad kebangsaan dalam badminton ini??

Selepas tewas dalam aksi akhir sengit kepada Jepun, apakah pendapat anda tentang prestasi yang telah dipamerkan oleh skuad Piala Thomas negara? Kekalahan itu sekaligus membenarkan Jepun muncul buat pertama kali menjuarai Piala Thomas. Sebaliknya ia melebarkan penantian 22 tahun Malaysia selepas kali terakhir negara menjuarai Piala Thomas iaitu pada 1992.

piala thomas, piala thomas 2014, gambar piala thomas 2014,

Sob-sob tak dapat nak bawak balik pulang ke malaysia. Huhu.

Share this on WhatsApp

Sukan jepun julang piala thomas 2014, jepun tewaskan malaysia 3-2 piala thomas 2014, keputusan akhir piala thomas 25 mei 2014, keputusan penuh piala thomas akhir 2014, pasukan juara piala thomas 2014, ulasan final piala thomas malaysia vs jepun 25 mei 2014

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. puteri kasih says

    May 26, 2014 at 1:05 am

    ada aksi yang membanggakan dan ada aksi yang mengecewakan…akhirnya Malaysia tewas.

    Reply
  2. Bahrain says

    May 26, 2014 at 9:59 am

    Memang susah nak cari penggantik lee chong Wei, chong Wei foo pun masih lagi tidak dapat menandingi lee chong wei. 2 tahun yang akan datang BAM kena buat strategi yang tepat untuk memenangi Piala thomas supaya tidak terlepas lagi.

    Reply
  3. Manan Qayyim says

    May 26, 2014 at 6:59 pm

    Tahniah buat Jepun… Malaysia pun terbaik … 🙂 adat pemainan ada yg menang ada yg kalah…

    Reply
  4. Wafa says

    May 28, 2014 at 1:43 pm

    Mereka dah buat yang terbaik. Syabas.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.