Persaingan di piala FA 2014 sudah sampai di suku akhir. Namun, perjalanan untuk pasukan yang masih survive dalam saingan kali ini sebenarnya masih jauh lagi. Dikala sibuk dengan saingan liga super dan akan beraksi dalam kempen akhir kelayakkan piala asia 2015, australia pun belum tentu lagi macam mana pergi dia. Datuk ong kim swee pun masih pening nak cari siapa 12 pemain (tak campur pemain simpanan) yang akan beraksi untuk kempen kelayakan asia nie. Huhu.
Kedah vs JDT 1st leg di stadium Datuk Haji Yunus, Larkin Johor bahru.
Apakah percaturan jimenez kali ini??
Aku harap sangat sentuhan pemain tempatan seperti matyo, irfan fazail, awe, safee sali, yang terpaksa duduk dibangku simpanan semata-mata. Apa fungsi luciano figueroa yang acap kali miss peluang yang banyak. Memangla dia ada jaringkan gol jugak, 2 gol. Tapi selaku pengkritik amatur nih, kalau boleh bagilah peluang pemain lain untuk dapatkan rentak dalam nak main bola nih. Jiminez tolonglah konsider, penjaga gol pun sama. Harap al hafiz cepat recover dari kecederaan. Formasi pun aku harap tukar, lama-lama mesti jurulatih dari pihak lawan dah dapat baca taktik dan taktikal. So, perlu ada romabakan yang luar biasa, iaitu yang berbeza-beza diperlukan. Sentuhan ajaib katanya. Ah kau macam jurlatih jer, pandai bola tak sampai kemana, ada hati nak kritik.
Memang ramai yang bertanya dan mempersoalkan mengapa ada pemain-pemain lain yang masih belum diturunkan. Harus diingat kita baru melalui 5 perlawanan Liga Super dan Piala FA. Perjalanan masih panjang dan pemain yang masih belum cergas seratus peratus tidak perlu terburu-buru diturunkan agar tidak menjadi seperti musim lalu di mana ramai pemain yang cedera di hujung musim. so, just see wait je dulu. Bila dah agak macam tak patut, memang nak kenalah jawabnya.
Harap kawalan ketat dari PBNJ.
Persatuan Bolasepak Kedah, KFA meminta Persatuan Bolasepak Negeri Johor, PBNJ meningkatkan kawalan keselamatan di Stadium Larkin pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA antara skuad Helang Merah menentang JDT di gelanggang itu, Selasa ini. Setiausaha Kehormat KFA, Aminuddin Omar berkata, aspek keselamatan perlu diberi perhatian yang sewajarnya baik didalam mahupun di luar stadium. Beliau berkata, KFA mengharapkan kerjasama sepenuhnya daripada PBNJ bagi memastikan aspek keselamatan pemain dan pegawai serta penyokong Kedah terjamin.
”saya yakin peringkat suku akhir ini merupakan peringkat yang penting dan ianya sudah tentu pemain akan bermain mati-matian bagi membantu kemenangan pasukan masing-masing begitu juga dengan sokongan peminat.”
”Kita juga memohon kepada pihak polis untuk memberi kerjasama yang terbaiklah kepada peminat sama ada peminat Johor atau peminat Kedah yang akan bertandang ke Johor Bahru nanti.” Katanya kepada Berita RTM Kedah di Jitra, malam tadi.
Sementara itu, mengulas perlawanan tersebut, Aminuddin berkata, JDT bukanlah sebuah pasukan yang lemah kerana mempunyai barisan pemain berstatus bintang dan berpengalaman. Namun katanya, Kedah juga telah melakukan persiapan yang rapi dan bersedia dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi perlawanan itu.
”Kita tidak bimbang untuk berjumpa dengan mana-mana pasukan sekalipun, yang penting pada saya pemain perlu memberi fokus apa yang telah diarahkan oleh Ketua Jurulatih dan bermain untuk mencapai kemenangan pada perlawanan itu..”
Aku berpendapat, dari pihak JDT harap tiada lagi insiden yang tidak diigini berlaku sekali lagi. Ini amaran aku selaku fans jdt. Puihhhh!! Fans kedah diharap bertenang dan jangan takut untuk bertandang ke johor selasa ini nanti.
Manakala dari status facebook menyatakan.
“SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN”
Alhamdulillah, pasukan Kedah selamat sampai di Johor Bahru jam 6:30 petang tadi.mereka akan berehat malam ini di Puteri Pacific dan akan mengadakan latihan ringan pagi esok di Padang Sri Gelam.
ok, mereka dah sampai. Jangan esok ada berita, penyokong buat provokasi pulak ketika pasukan kedah tengah buat latihan. Peace yeow…
Tahniah..harap semakin garang lah lps ni..hehe