Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / ACL / JDT tewaskan Ulsan Hyundai 2-1, lakar sejarah baru dunia ACL edisi 2022

JDT tewaskan Ulsan Hyundai 2-1, lakar sejarah baru dunia ACL edisi 2022

Zik · Apr 30, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
JDT MENANG KEATAS ULSAN HYUNDAI

Pemain JDT merikan kemenangan selepas berjaya menewaskan pasukan Ulsan Hyundai FC sekaligus melayakan diri ke pusing 16 terbaik pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi kumpulaan I di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 30 APRIL 2022.

Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah baharu dalam arena bola sepak negara apabila muncul kelab negara pertama yang melayakkan diri ke pusingan kedua Liga Juara-Juara Asia (ACL), selepas menundukkan Ulsan Hyundai FC 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim petang tadi. Sangat dramatik. Kita dah diambang kegagalalan.

KEPUTUSAN PENUH :

JDT 2-1 ULSAN HYUNDAI

Jaringan oleh :

  • Velaquez 5 “
  • Jun Amano 7″
  • Park Yong-Woo 94 (gol sendiri) .

JDT DI DEPAN AWAL MINIT 5, 

Gol pertama JDT hadir seawal minit kelima perlawanan, menerusi sepakan percuma Leandro Velazquez, selepas Bergson Da Silva dijatuhkan Won Dujae. Sepakan lencong ke sebelah kanan memang sukar nak ambil bola tuh. Keeper hanya sempat lompat ,tetapi tak dapat sentuh bola tuh. Memang cantik!!.

KELEKAAN MEMBAWA PADAH!!!

Namun skuad kendalian Benjamin Mora tidak sempat meraikan jaringan itu, apabila pasukan Korea Selatan meledak gawang tuan rumah seminit kemudian, sekali gus menyamakan kedudukan menerusi rembatan Jun Amano.

JDT GOL DIBATALKAN SEBAB OFFSIDE, MINIT KE 24″ 

JDT hampir mendahului pada minit ke-24, namun linesmen pantas menaikkan bendera, menafikan gol jaringan Fernando Forestieri itu tidak dikira pengadil Nawaf Abdulla Shukralla kerana dikatakan ofsaid selepas menerima umpanan Aqif Fazail.

Kedua-dua pasukan dilihat terus berhempas pulas dan tertekan untuk menambah jaringan masing-masing dengan melakukan serangan bertubi-tubi, namun gagal meledak gawang.

Gol waktu kecederaan, KEMENANGAN BUAT JDT!! 

Sebelum 10-15 game habis, pemain jdt sebelum ini memang bertungkus-lumus agressive membuat serangan balas. Masa paling kritikal, sepakan kencang safawi rashid kena palang sebelah kanan, keeper korea dah tertewas terpusing nak tengok kemana gol itu. Masa itu juga, Benjamin mora dah keluar air mata beb. Sedih.

Bagaimanapun, pada ketika perlawanan hampir berkesudahan dengan seri dan menyebabkan JDT terkeluar dari persaingan, serangan terakhir pasukan itu pada minit ke-94 menerusi Arif Aiman Hanapi ke dalam kotak penalti, telah ditolak masuk ke gol sendiri oleh Park Yong-Woo, sekali gus memberikan gol kemenangan kepada JDT pada minit ke-94.

arif aiman gol,

Dia shoot, pemain korea nak clear, tapi dah kelam kabut kan masa tuh. Jadinya pastinya ada berlaku kesilapan. Mungkin dia ingat orang belakang nak sambar, tapi dia sambar dulu dah tershot ke dalam gawang sendiri.

Para pemain Ulsan Hyundai FC sangat kecewa selepas tewas dengan pasukan JDT pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi kumpulaan I di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor.

jdt gol

JDT akhirnya mendapat gol kemenangan yang dicari cari dengan cara sangat dramatik. kegagalan penjaga gol dan pertahanan Ulsan Hyundai mengeluarkan bola membawa padah. Mereka tertampan bola ke gawang sendiri pada percubaan terakhir dalam perlawanan ini.

 

Saksikan detik itu di sini.

Dalam serentak itu juga, pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Kawasaki Frontale dari Jepun mencatat kemenangan ketiga apabila menumpaskan pasukan di kedudukan tercorot, Guangzhou FC 1-0.

KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN I : 

  1. JDT 13 MATA
  2. KAWASAKI FRONTALE 11 MATA
  3. ULSAN HYUNDAI 10 MATA
  4. GUANGZHAO 0 MATA

 

 

Share this on WhatsApp

ACL, Sukan JDT 2-1 ULSAN HYUNDAI, JDT tewaskan Ulsan Hyundai 2-1, lakar sejarah baru dunia ACL edisi 2022, ulasan perlawanan jdt vs ulsan hyundai 2-1 30.4.2022

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.