Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / JDT Ratah Selangor 5-1 di stadium Sultan Ismail

JDT Ratah Selangor 5-1 di stadium Sultan Ismail

Zik · Jun 25, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

harimau selatan baham the red giants

Tidak boleh apa yang boleh diperkatakan juara liga super 8 berturut-turut. Tiada belas kasihan dibaham tanpa belas kasihan di Stadium Sultan Ibrahim malam semalam.

KEPUTUSAN PENUH

JDT 5-1 SELANGOR

Jaringan oleh :

  • Bergson 3 ” 54″
  • Fernando Forestieri 35″
  • Leandro Velaquez 35″
  • Mohd Norhakim bin Hassan 82″
  • Sumareh 90+2″

 

JDT TANGGA PERTAMA SEMULA.

 Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali merampas tangga teratas selepas membenam Selangor FC 5-1 pada aksi tertunda saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, lebih 2 mata didepan Sabah FC. Ini adalah game yang tertangguh sebab jdt ada game perlawanan liga ACL, dan juga kita ada kempen kelayakan piala Asia 2023.

Rekod tanpa kalah masih lagi kekal.

Kemenangan itu juga menyaksikan skuad kendalian Benjamin Mora mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mengharungi tujuh perlawanan untuk mengumpul 19 mata manakala pencabar terdekat, Sabah FC hanya ketinggalan satu mata.

Gol pertama jdt seawal minit ke 3.

Game start jdt terus mengasak team lawan, hasilnya JDT meraih gol awal pada minit ketiga selepas tindakan pantas Fernando Forestieri yang mengambil sepakan percuma menolak bola kepada Bergson Da Silva yang kemudian merembat bola kencang dari luar kotak penalti tepat ke penjuru kanan gawang sekali gus menewaskan penjaga gol, Khairulazhan Khalid.

Tersentak dengan gol awal itu, anak didik Michael Feichtenbeiner cuba mencari ruang untuk menyusun serangan tetapi gagal memecah benteng ampuh yang di kawal tiga serangkai tuan rumah, Shane Lowry, Shahrul Saad dan Matthew Davies.

Tuan rumah menghukum skuad yang bergelar Gergasi Merah itu apabila mencipta gol kedua pada minit ke-25 selepas bola sepakan percuma Forestieri dari jarak 25 meter tepat menuju ke sudut kanan gawang. Cantik beb, masuk terus.

Mungkin gol sudah habis lawan Sarawak tempohari.

JDT ternyata tidak mengendah kejayaan Selangor FC menang besar ke atas Sarawak United FC, baru-baru sebaliknya menambah derita anak didik Feichtenbeiner pada minit ke-35 selepas bola umpanan Afiq Fazail mudah buat Leandro Velazquez melencongkan bola tepat ke penjuru kiri gol menewaskan Khairulazhan.

Brendan Gan Hampir memecah kebuntuan Selangor.

Selangor FC hampir mencipta gol pada minit akhir babak pertama selepas bola sepakan percuma Mukhairi Ajmal tepat kepada kapten Brendan Gan yang melonjak tinggi untuk menanduk bola tetapi penjaga gol, Farizal Marlias pantas merebah badan menepis bola.

Bersambung babak kedua, skuad Harimau Selatan mendominasi permainan dan Forestieri hampir mencetak gol kedua peribadi pada minit ke-51 apabila bola sepakan percuma dari jarak 25 meter hampir menerjah jaring tetapi kali ini Khairulazhan bersedia untuk menepis bola keluar.

Malang buat Khairulazhan apabila tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-54 berpunca daripada bola sepakan deras Bergson yang sememangnya mahu melakukan sepakan lintang di posisi sayap kanan tetapi penjaga gol pelawat itu gagal menepis bola sekali gus menyaksikan JDT selesa dengan jaringan 4-0.

Gol selangor tercipta minit ke 80 lebih.

Akhirnya, pelawat mencipta gol pertama pada minit ke-82 selepas bola lorongan Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau membuka ruang buat pemain gantian Mohd Nor Hakim Hassan menyusup masuk ke dalam kotak penalti dan merembat bola leret menewaskan Farizal.

Sumareh tambah derita Selangor. 

JDT jelas enggan berpuas hati dengan empat gol yang dihasilkan sebaliknya memastikan kemenangan bergaya pada minit akhir perlawanan selepas pemain gantian Mahamadou Sumareh menanduk masuk bola sepakan lintang Safawi Rasid. Game tamat  berakhir dengan 5-1.

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan jdt belasah selangor 5-1 liga super 24.6.2022, JDT Ratah Selangor 5-1 di stadium Sultan Ismail

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.