Keputusan penuh KUALA LUMPUR CITY 1-1 JDT 30.4.2021
Jaringan oleh
Romel Morales 45+3
Harris Harun 55″
KUALA LUMPUR: Juara Liga Super tujuh kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) kempunan untuk dapat tiga mata penuh lagi selepas seri 1-1 dengan Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam semalam.
JDT cuba gol awal ,tiang gol menjadi penghalang.
Dalam aksi malam tadi, JDT terlebih dahulu menguji kubu tuan rumah menerusi beberapa percubaan terutama rembatan deras daripada Leandro Velazquez yang menggegar tiang gol pada minit ke-16.
KL city ledak gol sebelum masa pertama habis.
Ketika anak buah Benjamin Mora dilihat lebih menguasai permainan, sebaliknya KL City membuat kejutan apabila Romel Morales meledak gol pembukaan pada masa kecederaan babak pertama selepas assist dari Fakrul Aiman Sidid, kemudian Romel terus sepak menewaskan Farizal Marlis. Macam offside, tapi tak.
Separuh masa kedua, JDT bangkit!!
Namun, JDT berjaya menyamakan kedudukan selepas 10 minit babak kedua bersambung menerusi Hariss Harun yang menanduk masuk bola sepakan sudut (corner) Nazmi Faiz Mansor dan keputusan 1-1 kekal hingga tamat permainan. Memang tepat pada harris harun tuh.
JDT MASIH kekal ditangga pertama.
JDT yang tewas 0-1 di tangan Terengganu FC (TFC), Sabtu lalu bagaimanapun kekal di puncak liga dengan 24 mata, namun hanya dibezakan satu mata dari pasukan tangga kedua, Kedah.
KL City pula di tangga ketujuh dengan mengumpul 13 mata selepas mengharungi 11 perlawanan musim ini.
Malam ini terengganu vs penang agak tough game malam ini, kalau terengganu dapat menang game malam ini, mata dah sama dengan jdt. So tengoklah, mungkin jdt masih tangga pertama sebab jaringan memihak kepada jdt. Kita tunggu jerla keputusan perlawanan malam ini ok.
Leave a Reply