Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / JDT JULANG PIALA SUMBANGSIH 2020, TEWASKAN KEDAH 1-0

JDT JULANG PIALA SUMBANGSIH 2020, TEWASKAN KEDAH 1-0

Zik · Feb 29, 2020 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

jdt juara piala sumbangsih,

Tahniah buat pasukan jdt berjaya mempertahankan piala sumbangsih untuk tahun ini 2020. Perlawanan hari ini diantara pasukan jdt vs kedah. Perlawanan yang dilihat pada awalnya dominasi oleh pasukan kedah pada separuh masa pertama.  Banyak percubaan merbahaya buat pasukan kedah, namun dari segi finishing tak solid.

Percubaan pertama skuad Lang Merah hadir pada minit kesembilan selepas bola sepakan lintang Kipre Tchetche hampir disambar Hadin Azman yang menyepak bola tersasar dari gawang gol tuan rumah dan Hadin sekali lagi melakukan percubaan selang seminit namun Farizal Marlias sudah bersedia menangkap bola kemas.

Sepanjang 20 minit perlawanan yang berintensiti tinggi, anak didik Aidil Shahrin Sahak tampak lebih berbahaya apabila gerakan menarik Azmeer Yusof yang melintangkan bola tepat kepada kapten Baddrol Bakhtiar yang kemudian melencongkan bola namun sipi dari gawang gol skuad Harimau Selatan. Hadin mempunyai peluang terhidang , namun sepakan tersasar.

Ketika aksi berbaki seminit ditamatkan pada babak pertama, berpunca daripada bola sepakan lintang Cabrera menyaksikan pemain pertahanan JDT, Dos Santos sempat melonjak di celah benteng pertahanan pelawat untuk menanduk masuk menewaskan Ifwat Akmal. JDT memanfaatkan peluang yang ada apabila mendapat peluang sebelum separuh masa tamat pada minit ke 45 hasil dari hantaran Cabrera tepat buat Mauricito membuat tandukkan deras menewaskan penjaga kedah, ifwat.

Skuad Harimau Selatan yang `lambat panas’ mula mencemaskan gawang pelawat pada minit ke-36 selepas bola gerakan Leandro Velazquez mengumpan bola kepada Gonzalo Cabrera yang pantas merembat bola tepat ke penjuru kiri namun penjaga gol, Ifwat Akmal Che Kassim sempat melayangkan badan menepis bola keluar.

Separuh masa tiada apa percubaan yang menarik dari kedua-dua pasukan.  Bersambung babak kedua, tuan rumah menggandakan asakan menambah jaringan namun pada minit ke-53, Safawi Rasid terlepas peluang terhidang biarpun berjaya menyusup masuk ke dalam kotak penalti namun bola tolakannya sekadar sipi di penjuru kanan gawang pelawat ketika Ifwat sudah tertewas.

Apa yang pasti kemenangan JDT di `rumah baharu’ mereka bakal memberi isyarat awal betapa pasukan itu tampak bersedia mengharungi ranjau berliku saingan liga elit domestik sambil mengintai kejuaraan liga ketujuh berturut-turut.

Tiga mata buat pasukan jdt buat masa ini.

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan jdt juara piala sumbangsih 2020, keputusan jdt vs kedah 28 feb 2020, keputusan jdt vs kedah piala sumbangsih 2020, siapa juara piala sumbangsih 2020, ulasan jdt vs kedah 28.2.2020

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.