Tahniah buat pasukan jdt berjaya mempertahankan piala sumbangsih untuk tahun ini 2020. Perlawanan hari ini diantara pasukan jdt vs kedah. Perlawanan yang dilihat pada awalnya dominasi oleh pasukan kedah pada separuh masa pertama. Banyak percubaan merbahaya buat pasukan kedah, namun dari segi finishing tak solid.
Percubaan pertama skuad Lang Merah hadir pada minit kesembilan selepas bola sepakan lintang Kipre Tchetche hampir disambar Hadin Azman yang menyepak bola tersasar dari gawang gol tuan rumah dan Hadin sekali lagi melakukan percubaan selang seminit namun Farizal Marlias sudah bersedia menangkap bola kemas.
Sepanjang 20 minit perlawanan yang berintensiti tinggi, anak didik Aidil Shahrin Sahak tampak lebih berbahaya apabila gerakan menarik Azmeer Yusof yang melintangkan bola tepat kepada kapten Baddrol Bakhtiar yang kemudian melencongkan bola namun sipi dari gawang gol skuad Harimau Selatan. Hadin mempunyai peluang terhidang , namun sepakan tersasar. [Read more…] about JDT JULANG PIALA SUMBANGSIH 2020, TEWASKAN KEDAH 1-0