• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA MALAYSIA / JDT JUARA PIALA MALAYSIA 2019 Tundukkan Kedah 3-0!!

JDT JUARA PIALA MALAYSIA 2019 Tundukkan Kedah 3-0!!

Zik · Nov 3, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

jdt vs kedah

Tidak dapat dinafikan pasukan jdt malam ini bermain lebih baik berbanding kedah pada perlawanan final piala malaysia 2019 di stadium bukit jalil.  Kehadiran penyokong jdt dan kedah pada malam ini memang kita banggakan. Ramai dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Itu yang kita respect.

Apapun kepada semua penyokong kedah dan JDT yang balik ke kampung halaman semua naik bas dan kereta harapanya semua dapat balik dengan selamat. Pergi dah , balik pun kita doakan mereka semua dapat pulang dengan selamat . Amin.

KEPUTUSAN PENUH ;

JDT 3-0 KEDAH

Jaringan oleh :

  • Leandro Velaquez 28″
  • Safawi Rashid 35″
  • Syafiq Ahmad 58″

Secara keseluruhannya pasukan JDT lebih dominan penguasaan bola dan juga dari segi serangan memang jdt bertali arus. Yer, ketiadaan tunggak utama pasukan Kedah yang tiada backup pemain menjadi masalah untuk pentas final kali ini. Lepas tuh siapa tadi kaki dia pun sakit juga dah kena ganti secepat mungkin. Aidil jurulatih kedah akui pasukan Kedah sebenarnya tempang ketiadaan Renan Alves dan Rizal Ghazali yang kena kad kuning pada separuh akhir kedua di stadium darul makmur tempohari.  Kemudian penyerang berbisa mereka iaitu ,fernandon Rodriguez ayam tambahan kedah dibelanggu kecederaan memang lah menyukarkan buat pasukan kedah bertindak lebih kreatif di bahagian serangan.

Nak harapkan baddrol bakhtiar selaku kapten yang tak dapat support sepenuhnya menyukarkan pasukan kedah mencari peluang gol di pentas akhir ini.

Ia susulan prestasi skuad Helang Merah yang seakan bukan tandingan buat Harimau Selatan selepas tewas mudah 3-0.

Namun, ini bukan kekalahan terbesar yang berlaku di pentas final Piala Malaysia dengan Kedah pernah menewaskan Perak 3-0 pada 2007 dan Singapura pernah meraih kemenangan 4-0 ke atas Pahang pada 1994.

Pada seawal minit ke 3, jdt hampir menjaringkan gol hasil dari sepakan percuma dari Safawi Rashid merembat ke gawang gol dan aidil zakuan menerjah bola itu. Namun dinafikan oleh tiang. Ifwat dah tak boleh buat apa masa tuh. Sayang sekali!!

Turun tanpa dua tonggak pertahanan, Renan Alves dan Rizal Ghazali, Kedah terus menerima tamparan hebat apabila kehilangan khidmat Azmeer Yusof yang terpaksa dikeluarkan hanya selepas 16 minit permainan akibat kecederaan.

Faktor itu mungkin menjadi antara punca benteng Kedah tampak mudah ditembusi jentera serangan JDT yang membuka tirai jaringan menerusi Leandro Velazquez pada minit ke-27. Ketika ini serangan pantas dari sebelah kiri Cabrera mengucar-kacirkan pertahanan lawan, terus cutback beri kepada tengah. Leandro yang sudah lari dari tengah merembat menewaskan penjaga gol Kedah, ifwat. JDT didepan ketika  itu 1-0.

Selain kelonggaran di bahagian pertahanan, anak buah Aidil Sharin Sahak juga dilihat buntu untuk mengatur serangan yang menyaksikan tidak banyak percubaan berbahaya dapat dilakukan pada terutama di babak pertama.

Gol kedua, kontroversi tetapi jelas masuk dalam gawang gol. 

JDT yang jelas menguasai permainan berjaya mengukuhkan kedudukan selepas sepakan percuma Safawi Rasid gagal diselamatkan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim pada minit ke-35. Gol ini disahkan oleh pengadil yang jaga garisan tuh. Bila kita ulang tayang ,bola itu memang masuk ke gawang kedah.

Gol kemenangan jdt yang ke 3, Syafiq Ahmad!! 

Kealpaan benteng pertahanan Kedah terus dihukum pada minit ke-58 menerusi jaringan tandukkan Syafiq Ahmad yang tidak dikawal langsung untuk meletakkan JDT mendahului 3-0, sekali gus mengesahkan kemenangan bergaya Harimau Selatan. Setelah itu tiada lagi jaringan dihasilkan.

Ia adalah kejuaraan Piala Malaysia kedua yang dimenangi JDT selepas turut menewaskan Kedah 2-0 di pentas final, dua tahun lalu.

Sekian, tahniah buat pasukan jdt dan juga pasukan Kedah. Kita akan bertemu lagi pada tahun hadapan untuk Kejohanan piala Sumbangsih di Stadium yang baru nanti .  Kita masih ada lagi misi, untuk piala bawah 19 dan terbaru sukan sea. Dan yang paling penting ialah dalam kelayakan piala dunia, kita akan bertemu dengan pasukan thailand nanti pastinya satu perlawanan yang sukar.

Majulah sukan untuk negara!!

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

PIALA MALAYSIA, Sukan jdt juara piala malaysia 2019, keputusan penuh jdt vs kedah piala malaysia 2019, pasukan juara piala malaysia 2019, siapa pasukan yang menang dalam piala malaysia 2019, ulasan final piala malaysia jdt vs kedah 2019, ulasan jdt vs kedah piala malaysia 2.11.2019

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Panduan kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) online 2021
  • Percubaan gutenberg editor
  • Live score badminton thailand open badminton 22.1.2021
  • Fakta menarik Presiden AS ke-46, Joe Biden yang jarang diketahui umum
  • BPN 2.0 sudah masuk 21.1.2021, semak secara online/atm

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Sukan

Keputusan terkini liga super 10.2.2018

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Keputusan terkini liga super yang dupdate sec…

LIGA EPL Sukan

Keputusan terkini Liverpool vs Chelsea final piala EUFA Super Cup 15.8.2019

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Ya sebentar sahaja lagi kita akan ketahui pas…

Badminton Sukan

Live score badminton thailand open badminton 22.1.2021

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Perlawanan badminton hari ini sudah masuk ke …

%d bloggers like this: