Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / JDT juara piala afc tewaskan Istiklol fc 1-0 31.10.2015

JDT juara piala afc tewaskan Istiklol fc 1-0 31.10.2015

Zik · Oct 31, 2015 · 2 Comments

Share this on WhatsApp

piala afc, jdt julang piala afc 2015, Live dari Stadium Central Republikan Tajikistan

Syukran Alhamdulillah buat pasukan JDT dan semua rakyat malaysia mendoakan kejayaan jdt dipentas final piala afc edisi 2015. Bukan mudah untuk mara ke final ini, apepun disebabkan laluan di separuh akhir jdt telah mendapat laluan khas kerana pasukan dari kelab kuwait yang digantung atas campur tan gan kerajaan memberikan jdt tiket ke pentas final bertemu dengan pasukan Istiklol juga yang melangkah ke yang bertemu dengan pasukan kuwait juga ke final.

image

Sedikit ringkasan perjalanan perlawanan.

Secara keseluruhannya pasukan istiklol lebih menguasai permainan. Tetapi nasib jugakla tidak menyebelahi pasukan istiklol. Kiranya memang banyak percubaan yang merbahaya dari pasukan tajikistan nih. Bertali arus. Tetapi banyak offisde dan juga foul yang dilakukan oleh pasukan ini di petak penalti menyebabkan pengadil tidak mengistiharkan ianya gol.

Separuh masa pertama memang dah nampak penguasaan bola tuh.

Istiklol melakukan percubaan ke arah gawang Johor DT di minit ke-6. Farizal Marlias tenang tepis percubaan. Safiq Rahim melepaskan rembatan padu yang tepat ke arah penjaga gol tuanrumah minit ke-10. Piala AFC (final) Istiklol jaring gol tapi dibatalkan oleh pengadil susulan pemain tuan rumah menggunakan tangan, m-14. Tuan rumah menguasai perlawanan dgn anak buah Mario Gomez agak tertekan menahan asakan pemain Istiklol.

JDT didepan.

Apabila mendapat sepakan sudut. Shafiq rahim membuat sepakan dengan baik sekali, penjaga gol menampan bola itu dan ke tengah padang. Pada waktu itu bola kearah  Leandro Velaquez pada minit ke 23. Sepakan deras itu ke sebelah kanan memang sukar untuk dijangka memandangkan keadaan didepan gol terlalu kelam kabut. Pemain terlalu ramai , so tak berapa nak nampak. Sepakan leret dan deras menjaringkan gol buat pasukan jdt 1-0.

image

how”>

Separuh masa kedua.

Merupakan saat yang sangat genting buat jdt. Asakan dari pasukan istiqlol banyak dipatahkan oleh farizal marlias. 3 kad kuning buat pemain jdt, farizal marlias, penjaring tunggal gol Johor DT, Leandro dilayangkan kad kuning juga.

Gooll,tapi offiside…

Stadium bergema tapi sekali lagi jaringan tuan rumah dibatalkan pada minit ke-52 kerana offside. Amboi bukan main confident jer berlari tepi padang, tapi tak tengok line pemain padahal offside tuh. Huhu. Giliran Safee Sali pula dilayangkan kad kuning m53

Percaturan mario gomez.

Mahu bermain defensive, memandangkan corak permainan istiklol lebih aggressive. Sehinggalah minit ke 59. Mahali Jasuli masuk ganti Safee Sali. Ada juga sekali sekala, Luciano Figueroa buat percubaan tepat ke arah gawan tuan rumah m67, tetapi gagal. Dia berseorangan. Lucho memang betul-betul dijaga. Dia adalah man marking.

Istiklol buat pertukaran pertama. Makhmudov Khurshed kaluar ganti Umarbdev Parvizjon m72. Tuan rumah melakukan pertukaran kedua dengan memasukkan Nazarov Akhtam dan mengeluarkan Bleda Rodrigiez m85. Pada minit ke 85, JDT buat pertukaran kedua dengan mengeluarkan Leandro Velazquez dan memasukkan Gary Steven Robbat. Memang tahulah maksud pertukaran ini. Fuhhh

6 minit masa tambahan.

Adalah waktu yang sangat genting buat pasukan jdt. Apabila terlalu sangat delay game, injured lah, itulah inilah. Sehinggalah dah minit ke 96 tuh. Pemain istiklol mengasak habis-habisan…. Dan goooolllll. Namun, hakikatnya 2 pemain istiklol berada di kedudukan offside. Nampak sangat tuh. Tetapi pemain memang berang betul dengan penjaga garisan. Penyokong pun sama. Baling botol. Geram sangat… Kalau terjadi di malaysia mungkin lagi teruk dengan keadaan itu. Phuii…

Akhirnya pengadil meniupkan wisel penamat menandakan jdt adalah juara piala afc edisi 2015.

Bukan sesuatu yang mudah buat jdt untuk bermain ditempat lawan. Apatah lagi ini adalah padang keramat mereka, ternyata taktikal mario gomez dalam menyerap tekanan lawan wajar dipuji. Keeper farizal marlias pun banyak menyelamatkan pintu gawang dari dibolosi.

Juara AFC cup
2004 : Al-Jaish (Syria)
2005 : Al-Faisaly (Jordan)
2006 : Al-Faisaly (Jordan)
2007 : Shabab Al-Ordon (Jordan)
2008 : Al-Muharraq (Qatar)
2009 : Al-Kuwait (Kuwait)
2010 : Al- Ittihad (Syria)
2011 : FC Nasaf (Uzbekistan)
2012 : Al-Kuwait (Kuwait)
2013 : Al-Kuwait (Kuwait)
2014 : Al-Qadsia (Kuwait)
2015 : Al- JDT (Malaysia)

Nampak tuh penguasaan dari negara timur tengah. Susah dari wakil asia tenggara nak tembus ke asia. Akhirnya jdt menjadi juara setelah sekian lama. Pertama kali layak, terus naik dan naik. Sukar untuk mengekalkan piala ini di tahun akan datang. Sebab bukan mudah. Apepun ini adalah kejayaan yang boleh dibanggakan. Ia telah pun menjadi satu sejarah baru dalam dunia bola sepak kita. Syabas jdt, luaskan kuasa mu!!!

Dengar cerita esok cuti, buat yang kerja kerajaan tuh, yang sekolah pun cuti. Ehh warga johor jerla. piala afc, jdt julang piala afc 2015, image

Shafiq rahim dengan anugerah pemain paling bernimage

Layan gambor diaorang nih. Huhu
image

image

image

image

image

Share this on WhatsApp

Sukan

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. si bongkok says

    November 1, 2015 at 1:17 pm

    ehh ehh semart laa abg yol tue…tak main pon pegi tajikistan dress up macam nak pegi rombongan kahwin jek… 😀

    Reply
    • Zik says

      November 2, 2015 at 11:44 am

      Masa sebelum start semua player pakai dressup macam nih.. yol tak main, sambung jerla pakai mcm ne .. hehe

      Reply

Leave a Reply to si bongkok Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.