Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / LIGA SUPER / Jaringan jenalti masa tambahan 6 minit selamatkan jdt dari tewas ditangan perak

Jaringan jenalti masa tambahan 6 minit selamatkan jdt dari tewas ditangan perak

Zik · Mar 22, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

jenalti

Sekadar hiasan.

Ipoh: Sepakan penalti Leandro Velazquez pada masa kecederaan menjadi penyelamat Johor Darul Ta’zim (JDT) bangkit mengikat Perak 2-2 di Stadium Perak, Ipoh, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan JDT kekal di kedudukan teratas liga dengan 11 mata, selepas pasukan tangga kedua, Terengganu FC tewas 2-1 di tangan Sabah.

Anak buah Chong Yee Fatt yang tidak diberi harapan besar untuk mengatasi JDT susulan prestasi kurang baik dalam dua perlawanan sebelum ini berada di depan pada minit ke-33 selepas De Paula tenang menyudahkan hantaran Izzuddin Roslan.

Tindakan pengendali JDT, Benjamin Mora membawa masuk Mohamadou Sumareh pada awal babak kedua juga tampak gagal membuahkan hasil untuk Harimau Selatan mendapatkan gol penyamaan.

Walaupun melakukan asakan demi asakan ke kubu Perak, namun JDT tetap gagal menewaskan penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy yang beraksi cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan bahaya sejak awal permainan.

Wak doyok tambah derita jdt. 

Ketika JDT sedang rancak mengasak mencari gol penyamaan, sebaliknya De Paula mengukuhkan kedudukan Perak apabila meledak gol kedua selepas menyudahkan umpanan yang dilakukan Sergio Arguero pada minit ke-58.

Akhyar Masuk, baru dapat satu gol! 

Usaha Mora mengeluarkan Sumareh dan memasukkan Akhyar Rashid pada minit ke-69 membuahkan hasil apabila bekas pemain Kedah itu akhirnya berjaya menewaskan Hafizul Hakim, lima minit kemudian.

6 minit masa tambahan.! 

Ketika JDT di ambang kekalahan, Leandro Velazquez muncul penyelamat apabila meledak gol penyamaan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan. Ramai orang pertikaikan kenapa jdt selalu dapat penalti, dan sebab itu term Jenalti diguna pakai oleh nitizen. Tapi memang tengok video tuh pemain perak masa bola dekat kotak penalti , bola tuh kena tangan pemain perak.

velaquez

Tambah pulak, ketika game habis , ada insiden yang tak sedap didengar. Tak pasti apa pasalnya, pasal penalti tuh ke,atau masa tambahan patutnya lagi ke? Seri sudahla. Elok lah tuh dari patutnya kalah tau.

Share this on WhatsApp

LIGA SUPER, Sukan Jaringan jenalti masa tambahan 6 minit selamatkan jdt dari tewas ditangan perak

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.