Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Personal / Jalan-jalan di Penang (cuti-cuti malaysia)!

Jalan-jalan di Penang (cuti-cuti malaysia)!

Zik · Dec 24, 2018 · 4 Comments

Share this on WhatsApp

bukit bendera

 

Exploring Penang

Bila korang dengar perkataan Penang, apa yang akan muncul dalam fikiran korang. Mesti nasi korang terbayang nasik kandar beratur, pasembor, Bukit Bendera, Padang Kota, Feri dan Jambatan Pulau Pinang. Benda Itu juga perkara yang sama , bermain dalam fikiran aku apabila aku terdengar perkataan Penang ataupun Pulau Pinang. Di sini aku nak menceritakan tentang percutian aku dan kawan aku ke Penang. Ia bermula apabila aku dan kawan aku membuat rancangan untuk pergi bercuti ke Penang. Kami memang excited  time tu. Kami plan untuk pergi bercuti selama 3 hari 2 malam di sana and dah minta cuti pada hari isnin sebab nak explore satu Penang untuk 3 hari tu.

Kalau nak stay kat Penang, I have my own preference on the place to stay. And tak lain tak bukan, it is the Eastin Hotel Penang yang terletak di sepanjang Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Sungai Nibong. Kawasan ini sangat mudah untuk dicari kerana mempunyai Queensbay Shopping Mall yang besar, yang hanya bersebelahan dengannya, dan aku juga melihat ada kedai serbaneka 24 jam di belakang hotel. Dan terletak di tepi pantai Queensbay, korang dapat menikmati keseronokan tergung, sama ada korang mempunyai urusan korporat atau hanya untuk bersantai. And selalunya, aku akan book Eastin Hotel Penang on Traveloka app. Ianya sangat mudah dan realiable. 

 

eastin hotel penang

Kami berada di Pulau Pinang untuk perjalanan berburu makanan 3 hari 2 malam. Langkah je masuk ke lobi, kami disambut oleh senyuman mesra mereka dari pintu hingga kaunter depan. Hotel itu mempunyai restoran iaitu Swez Brasserie di mana tetamu hotel mempunyai sarapan, makan tengahari dan makan malam mereka. Makanan di situ memang sedap dan harga yang berpatutan. Kami tinggal di bilik Eastin Deluxe – 56 meter persegi (jumlah 33 bilik), yang merupakan bilik suite. Bilik ini mempunyai pemkorangngan indah dari tingkap, Pulau Jerejak jelas kelihatan. Queensbay Mall terletak di sebelah kanan dari tingkap bilik. Bilik itu luas dan mempunyai bilik mandi kecil di sebelah ruang tamu. Kami berpuas hati dengan bilik termasuk kemudahan & perkhidmatan. Biar aku tunjukkan jenis bilik lain di Eastin Hotel Penang. Bilik Deluxe (Hillview & Seaview dengan jumlah 234 bilik). Bilik Dupleks SOHO (jumlah 12 bilik) Bilik Suite Mesra (hanya 1 bilik sahaja). Aku kagum di mana hotel menyediakan bilik ini untuk orang kurang upaya.

Selepas rehat di bilik, kami dah sedia dan segar untuk jalan-jalan pusing Penang. Tempat yang pertama kami pergi adalah di Nasi Kandar Kapitan yang berdekatan dengan Eastin hotel kerana kami tersangat lapar. Kami hanya berjalan kaki sahaja ke situ dan mengambil masa selama 15 min sahaja. Di Nasi kandar Kapitan, kami makan roti naan tandoori, butter chic chicken dan makanan yang paling wajib makan iaitu nasi kandar. Kami makan seperti orang yang tidak ingat dunia. Sedap sangat-sangat. Selepas itu, kami pergi ke Padang Kota lama merupakan padang yang dibina oleh kerajaan British untuk tempat berkumpul dan berarak. Terletak dalam kawasan the Espelande, Padang Kota Lama tempat terawal di tubuhkan di George Town. Kerana ia berhampiran dengan laut korang dapat merasa tiupan angin laut yang nyaman sambil berjalan di padang ini.

Di situ, kami makan mee goreng sambal sotong dan coconut shake. Pergh…… memang sedap la aku cakap kat korang. Jika korang masih ingat kelas sejarah zaman sekolah dahulu korang mesti tahu bahawa Fort Cornwallis ini merupakan tempat pertama Sir Francis Light menjejak kakinya ke bumi Malaysia pada 1876.Banyak dari infrastucktur asalnya masih berdiri kukuh dan korang berpeluang untuk melihat beberapa bangunan bersejarah yang pada zaman itu memainkan peranan seperti sebagai tempat menyimpan senjata dan kelengkapan perang.

Antara destinasi paling ikonik di Pulau Pinang yang harus korang lawati jika diizinkan adalah Bukit Bendera. Ia merupakan stesyen bukit british yang tertua di Asia Tenggara dan diatas terdapat 52 lot bungalow yang dibina 100 tahun dahulu.Untuk ke puncak korang tidak perlu berjalan kerana korang boleh menaiki funicular train service. Banyak aktivit menarik menanti korang di puncak nanti seperti melihat pemandangan Pulau Pinang yang mengkagumkan di Skydeck, melihat gelagat lucu burung hantu di owl museum dan bermacam-macam lagi. Kami telah memilih Pantai Batu Ferringhi sebagai destinasi terakhir di sini.

pantai batu feringgi

Pantai Batu Feringgi. 

Kepada meraka yang selalu datang ke Pulau Pinang korang pasti setuju bahawa Pantai Batu Ferringgi ini merupakan pantai yang paling popular di Pulau Pinang. Di sini korang dapat berjalan di atas pantai pasir yang luas sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman. Selain daripada itu korang juga boleh melakukan dengan aktiviti sukan air seperti jetski dan parasailing.

Berakhir sudah senarai tempat menarik di Pulau Pinang. Aku harap korang telah mendapat inspirasi untuk merancang percutian korang ke sana kelak. Tidak kira destinasi mana korang pilih untuk dilawati kami harap korang pulang membawa banyak kenangan manis. Babai! 

Share this on WhatsApp

Personal book hotel di penang guna traveloka app, cuti-cuti malaysia jalan di penang, hotel-hotel di penang, jalan-jalan di penang, menginap hotel penang, penginapan hotel di penang, xploring penang

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. encikhafiz.my says

    January 2, 2019 at 6:36 pm

    Selamat tahun baru 2019 zik. Penang tempat kami tu dulu. Syurga makanan sedap-sedap sampai lah ke kedah.

    Reply
    • Zik says

      January 2, 2019 at 7:07 pm

      selamat tahun baru bro.. tuh dia bak hang.. kami dah lama tak mai penang.. haha

      Reply
  2. Xplorasi Destinasi says

    January 9, 2019 at 3:35 pm

    In Shaa Allah tahun ni nak cari masa nak gi bercuti ke Penang pulak. Dekat dah dengan kampung hehe

    Reply
  3. si bongkok says

    January 21, 2019 at 12:25 am

    Terbaik laa bro…pi bercuti sampai penang!

    Reply

Leave a Reply to Zik Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.