Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / PIALA MALAYSIA / JADUAL PENUH PIALA MALAYSIA 2022

JADUAL PENUH PIALA MALAYSIA 2022

Zik · Oct 26, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

piala malaysia

Liga super sudah pun melabuhkan tirainya bagi edisi 2022. Juara Liga Super 2022 iaitu JOHOR DARUL TAKZIM (JDT) 9 kali berturut-turut. Kita fokus pada kejohanan piala MALAYSIA pula untuk bulan ini dah bulan hadapan. Bulan 12 2022, 1 2023 kita akan mula kempen PIALA AFF MITSHUBISHI pula.

Untuk format piala MALAYSIA kali ini tiada peringkat kumpulan, sebaliknya terus ke pusingan 16 pasukan yang mata berformatkan kalah mati. Namun ada perlawanan timbal balik setiap perlawanan , kecuali final sekali lawan sahajalah. Selain itu kita tidak lagi menggunakan format jaringan lawan sebagai kelebihan. Sekiranya aggregate sama, akan tambah masa sehingga wisel penamat 120 minit dalam perlawanan kedua apabila aggregate sama jaringan atau kosong-kosong.

Memandangkan banyak sangat perlawanan tertangguh, sebab covid masa awal tahun ada beberapa pasukan macam kedah, terengganu, jadual perlawanan dah jadi padat, sebab itu format baru dibentuk untuk elakkan jadual sangat padat. Kena ada jarakkan masa, hari perlawanan ini.

PELUANG KE ASIA MASIH TERBUKA UNTUK SEMUA KELAB YANG BERAKSI PADA KEMPEN TM PIALA MALAYSIA

Slot AFC Champion League (ACL) dan AFC Cup tahun 2023 adalah seperti berikut:

PILIHAN PERTAMA

KEDUDUKAN 2022 KELAYAKAN 2023
Johan Liga Super = AFC Champions League
Juara Piala FA = AFC Cup
Kedua Liga Super = AFC Cup

Jika sekiranya Johan Liga Super dan Juara Piala FA 2022 adalah kelab yang sama, maka berikut adalah kelayakan ke AFC Cup 2023:

PILIHAN KEDUA

KEDUDUKAN 2022 KELAYAKAN 2023
Johan Liga Super = AFC Champions League
Juara Piala Malaysia = AFC Cup
Kedua Liga Super = AFC Cup

Jika sekiranya Johan Liga Super, Juara Piala FA dan Juara Piala Malaysia 2022 adalah kelab yang sama atau Piala Malaysia 2022 dimenangi pasukan naib juara Liga Super, maka berikut adalah kelayakan ke AFC Cup 2023:

PILIHAN KETIGA

KEDUDUKAN 2022 KELAYAKAN 2023
Johan Liga Super = AFC Champions League
Kedua Liga Super = AFC Cup
Ketiga Liga Super = AFC Cup

Oleh itu, pasukan yang akan memperolehi slot kedua ke AFC Cup 2023 hanya boleh ditentukan selepas berakhirnya TM Piala Malaysia 2022.

KELAYAKKAN HANYA TERPAKAI yang ada LESEN KELAB AFC. 

Namun bagitu  slot kelab ke kejohanan AFC di atas adalah berdasarkan kelab yang memperolehi Lesen Kelab AFC untuk musim 2023. Kalau takda memang terlopong jela team tuh. Sri Pahang rasa dulu pernah dapat, tapi sebab lesen afc takda, dia bagi kat selangor kalau tak silap. Tahun bila aku pun tak ingatlah.

16 pasukan yang layak bertanding dalam piala MALAYSIA 2022.

  1. JDT
  2. TERENGGANU
  3. SABAH
  4. KUALA LUMPUR CITY
  5. PETALING JAYA CITY
  6. KEDAH FC
  7. PENANG FC
  8. NEGERI SEMBILAN FC
  9. SELANGOR FC
  10. SRI PAHANG FC
  11. SARAWAK UNITED
  12. KELANTAN UNITED
  13. PDRM FC
  14. KUCHING CITY FC 
  15. UITM FC
  16. KELANTAN FC

Liga super 11 pasukan, liga premier 5 pasukan. Sarawak United membuat rayuan sebab ada tunggakan dan beberapa perkara sudah selesai dan memohon semula dan dimasukkan semula ke piala malaysia. Kecuali pasukan Melaka united tidak dapat diselamatkan.

Ini adalah keputusan undian setelah diletakkan dalam pot bahagian masing-masing.

PUSINGAN 16 PASUKAN PIALA MALAYSIA 2022.

  • Penang FC Vs Kuching City FC
  • UiTM Vs Sabah
  • Sarawak United Vs Kelantan FC
  • PJ City FC Vs JDT
  • Kelantan United Vs Selangor
  • Kedah Darul Aman FC Vs Negeri Sembilan
  • PDRM Vs KLFC
  • Sri Pahang FC Vs Terengganu FC

JADUAL PERLAWANAN PIALA MALAYSIA PUSINGAN 16. (KALAH MATI)

PUSINGAN 16 – PERLAWANAN PERTAMA

RABU, 26 OKTOBER 2022

8.15 MALAM

  • Sarawak United FC vs Kelantan FC
  • UITM FC vs Sabah FC
  • Kelantan United FC vs Selangor FC

9.00 MALAM

  • Penang FC vs Kuching City FC
  • PJ City FC vs Johor Darul Ta’zim
  • Kedah Darul Aman FC vs Negeri Sembilan FC

KHAMIS, 27 OKTOBER 2022

9.00 MALAM

  • Sri Pahang FC vs Terengganu FC
  • PDRM FC VS KL CITY FC

PUSINGAN 16 – PERLAWANAN KEDUA 

ISNIN , 31 OKTOBER 2022

9.00 PM

  • JOHOR DARUL TAKZIM VS PETALING JAYA CITY
  • KUCHING CITY VS PENANG
  • SABAH VS UITM
  • KELANTAN FC VS SARAWAK UNITED

SELASA  , 1 NOVEMBER  2022

9.00 PM

  • SELANGOR FC VS KELANTAN UNITED
  • NEGERI SEMBILAN VS KEDAH
  • TERENGGANU VS PAHANG
  • KUALA LUMPUR CITY VS PDRM

SUKU AKHIR,

  • SUKU AKHIR 1

TBD 5.11.2022

  • SUKU AKHIR 2

TBD 11.11.2022

SEPARUH AKHIR

  • SEPARUH AKHIR 1

TBD 15.11.2022

  • SEPARUH AKHIR 2

TBD20.11.2022

AKHIR.

TBD 26.11.2022

 

 

* Akan dikemaskini jadual perlawanan dari semasa ke semasa.Tertakluk kepada pindaan

Share this on WhatsApp

PIALA MALAYSIA, Sukan jadual penuh perlawanan piala malaysia 2022, jadual penuh perlawanan piala malaysia kalah mati timbal balik 2022, JADUAL PENUH PIALA MALAYSIA 2022, jadual perlawanan piala malaysia jdt 2022, jadual piala malaysia

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.