
Ahad ini bermula kejohanan Piala Asean 2024 (dahulu piala aff Suzuki , Mitsubishi). Hari ini dah mula sidang media buat pasukan Loas vs Malaysia yang akan berlangsung pada hari ahad esok nanti. Harap dapat lakukan yang terbaik buat skuad Harimau Malaya.
Ini adalah tugasan terakhir buat Skuad Pau Marti setelah itu dia akan letak jawatan. Apepun semoga skuad ini buat yang terbaik biarpun kita tak dapat buat yang terbaik sebab skuad harimau utama tak dapat diturunkan dalam kejohanan ini sebab masing-masing sibuk dengan tugasan piala acl, liga super, piala Malaysia, Piala Shopee dan sebagainya.
Piala AFF Mitsubishi kembali lagi pada tahun 2024 ini setelah kali terakhir dianjurkan pada tahun 2022 (THAILAND JUARA) dan sebagai sebahagian daripada penjenamaan semula, pertandingan utama di rantau ini yang dahulunya dikenali sebagai Piala AFF Mitsubishi Electric juga dinamakan semula sebagai ASEAN Mitsubishi Electric Cup™ 2024. Ini bergantung kepada siapa penajanya tuh.
Misal kata ada negara macam malaysia , ada syarikat besar nak taja, boleh letak nama kau punya syarikat. Contohlah, Khairul Aming Cup. Contoh jer tuh, tapi nama syarikat KA ialah Rasapop tak silap. Tapi nak taja untuk perlawanan seperti ini bukan sikit punya duit kau nak standby. Juta usd tuh kena sedia.
Edisi kali ini akan menjadi edisi ke-15 kejohanan ini, kejohanan bola sepak yang disertai negara-negara yang bergabung dengan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).
Tarikh Kejohanan Piala AFF 2024
Kejohanan Piala Asean Mitsubishi Electric 2024 akan bermula dari 8 Disember 2024 sehingga 5 Januari 2025.
Format Piala AFF Mitsubishi 2024
Piala Asean Mitsubishi Electric 2024 akan mengikut format yang sama macam edisi-edisi yang lepas.
Dalam format semasa, sembilan pasukan kedudukan tertinggi akan layak secara automatik dengan pasukan ranking ke-10 dan ke-11 bermain dalam kelayakan dua perlawanan.
10 pasukan itu akan dibahagikan kepada dua kumpulan berlima dan bermain sistem round robin dengan setiap pasukan bermain dua perlawanan di tempat sendiri dan dua perlawanan di tempat lawan.
Undian akan dibuat untuk menentukan di mana pasukan bermain manakala format pusingan kalah mati akan kekal tidak berubah.
KEPUTUSAN UNDIAN , MALAYSIA DI KUMPULAN A.

Kumpulan A:
- Thailand,
- Malaysia,
- Singapura,
- Kemboja,
- Timor-Lest
KUMPULAN B :
- VIETNAM
- INDONESIA
- FILIPINA
- MYANMAR
- LAOS
Jadual Perlawanan Pasukan Malaysia (Harimau Malaya)
Kejohanan ini dijadualkan berlangsung dari 23 November hingga 21 Disember 2024 dan sudah pastinya kita mendoakan kejayaan pasukan Harimau Malaya.
10 pasukan yang berentap setelah keputusan undian seperti berikut , A DAN B. Malaysia diundi dalam kumpulan A.
Pasukan yang dapat tempat 1 dan 2, kumpulan A dan B yang akan mara ke peringkat seterusnya yang akan bermain secara kalah mati. Tetapi ada ti
Berikut merupakan jadual perlawanan Harimau Malaya bagi kejohanan ini:
JADUAL PERLAWANAN PIALA AFF PASUKAN MALAYSIA
- Ahad, 8 Disember 2024: Kemboja VS Malaysia di Stadium Olimpik, Phnom Penh masa 6:45pm
- Rabu, 11 Disember 2024: Malaysia lwn Timor-Leste di Stadium Nasional, Bukit Jalil 9:00pm
- Sabtu, 14 Disember 2024: Thailand lwn Malaysia di Stadium Rajamangala, Bangkok 9:00 pm
- Jumaat, 20 Disember 2024: Malaysia lwn Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil 9:00pm
Malaysia akan berehat pada Hari Perlawanan 4 (Selasa, 17 Disember 2024) sebelum menamatkan perlawanan peringkat kumpulan di tempat sendiri menentang Singapura.
INI ADALAH JADUAL PENUH , SEMUA PERLAWANAN.
| Tarikh Masa | Tuan Rumah | Keputusan (vs) | Pelawat | ||
|---|---|---|---|---|---|
| 8 Disember – Ahad | |||||
| 6:45PM | Cambodia | ||||
| 9:00PM | Timor Leste | ||||
| 11 Disember – Rabu | |||||
| 7:00PM | Singapore | ||||
| 9:00PM | Malaysia | ||||
| 14 Disember – Sabtu | |||||
| 6:30PM | Timor Leste | ||||
| 9:00PM | Thailand | ||||
| 17 Disember – Selasa | |||||
| 6:45PM | Cambodia | ||||
| 8:30PM | Singapore | ||||
| 20 Disember – Jumaat | |||||
| 9:00PM | Malaysia | ||||
| 9:00PM | Thailand | ||||
JADUAL Separuh Akhir
- Katakanlah Malaysia layak ke separuh akhir, perlawanan akan berlangsung secara timbal balik:
Sebagai Juara Kumpulan A:
- Jumaat, 27 Disember 2024: Perlawanan di tempat lawan menentang Naib Juara Kumpulan B
- Isnin, 30 Disember 2024: Perlawanan tempat sendiri di Stadium Nasional, Bukit Jalil
Sebagai Naib Juara Kumpulan A:
- Khamis, 26 Disember 2024: Perlawanan tempat sendiri di Stadium Nasional, Bukit Jalil
- Ahad, 29 Disember 2024: Perlawanan di tempat lawan menentang Juara Kumpulan B
Mengikut jangkaan aku, malaysia kalau layak ke separuh akhir mungkin akan jumpa dengan
Jadual Final
Perlawanan Final juga akan dilangsungkan secara timbal balik:
- Final 1: Khamis, 2 Januari 2025
- Final 2: Ahad, 5 Januari 2025

Leave a Reply