Sengit perlawanan pada perlawanan malam ini. Biarpun bermain 9 orang sebelum mengheret ke masa tambahan. Hassan Sunny pun kena red card pada minit ke 188, pemain singapura wajar dipuji bermain dengan penuh semangat dan berdisiplin tinggi. Cuma nasib tak menyebelahi pasukan singapura apabila peluang untuk menjaringkan gol pada minit ke 89, penjaga gol indonesia dapat membaca pergerakan sepakan faris ramli yang ke sebelah kanan rendah berjaya di nafikan.
KEPUTUSAN PENUH
INDONESIA 4-2 SINGAPURA
AGGREGATE
INDONESIA 5-3 SINGAPORE
Jaringan oleh :
- Ezra Walian 11″ [INDONESIA]
- Song 45+4″ [SINGAPORE ]
- Shahdan bin Sulaiman 74″ [SINGAPORE ]
- Pratama Arhan 87″ [INDONESIA]
- Faris Ramli (missed penalti) 89″ [SINGAPORE ]
- Shawal Anuar 91″ (gol sendiri) [INDONESIA]
- Egy Maulana Vikri 105+2 ” [INDONESIA]
INDONESIA DIDEPAN.
Indonesia di depan seawal minit ke-10 menerusi Ezra Walian sebelum Singapura beraksi dengan 10 pemain apabila Safuwan Baharudin dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-45.
Singapura bangkit!!
Namun, itu tidak menghalang Singapura mendapatkan gol penyamaan menerusi Song Ui Yong di penghujung babak pertama sebelum mereka kehilangan seorang lagi pemain, Irfan Fandi pada minit ke-66 susulan layangan kad merah. Bermain dengan 9 orang, memang tertekan. Tetapi pasukan singapura masih boleh bertahan buat masa ini. Serangan dari indonesia ketika ini sangat tumpul takda idea.
Singapura di depan!!
Biarpun bermain 9 ,berbekalkan semangat yang kental, malam itu distadium Nasional ‘meletup’ pada minit ke-75 apabila sepakan percuma Shahdan Sulaiman menerjah gawang Indonesia sebelum Pratama Arhan memastikan perlawanan diheret ke masa tambahan dengan gol kedua Indonesia pada minit ke-87.
Peluang kemenangan Singapura dinafikan Penjaga gol indonesia.
Peluang Singapura ke final terbuka luas apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti di hujung permainan namun Faris Ramli mensia-siakan kesempatan terbaik itu apabila penaltinya ditepis Nadeo Argawinata.
Pasukan Indonesia masa tengok masa dah nak habis. Mereka barulah membuat pertukaran pada minit ke 70 minit lebih , 3 orang. Merancakkan di bahagian serangan.
SINGAPURA TAMBAH DERITA, tambah koleksi kad merah.
Jaringan sendiri Shawal Anuar dan Egy Maulana Vikri pada masa tambahan mengecewakan Singapura yang terpaksa beraksi dengan lapan pemain 4-2 pada aksi separuh akhir kedua itu. Masa nak dia nak clear ball, dia terlepas bola tuh. Yela tengah cemas masing-masing.
Singapura kehilangan seorang lagi pemain di penghujung masa tambahan, kali ini giliran penjaga gol mereka, Hassan Sunny dilayangkan kad merah sehingga memaksa penyerang, Ikhsan Fandi menjadi penjaga gol gantian. Dalam dua minit jerla. Masa tamat.
Apapun tahniah dan syabas kepada pemain singapura yang bermati-matian untuk mempertahankan gawang pasukan dari bolos, Hassan Sunny pun bekerja keras mempertahankan banyak percubaan dari Indonesia sebelah kanan dan kiri.
Indonesia akan bertemu dengan Vietnam atau Thailand pada pentas akhir pada 25 dan 1 Januari 2022. Kita akan tahu keputusan perlawanan Vietnam vs Thailand esok. Pastinya ianya perlawanan yang mendebarkan.
Leave a Reply