Memohon maaf diatas tidak dapat membuat rumusan yang penuh. Gambar diatas ialah Imam muda yang berada dikedudukan paling rendah. Ketika diakhir rancangan, yang mana ketika penyingkiran dijalankan. Semua IM steady jer. Hati diaorang siapa yang tahu??
Imam muda sudah bermula!!
Permulaan Imam Muda (IM) minggu pertama dimulakan dengan semuanya IM berselawat yang sedap suaranya. Lebih kurang 5 minit. Program dimulakan oleh pengacara musim 1, ustaz Haji Dzulkarnain Haji Hamzah. Memecah tradisi satu penemuan dalam kehidupan. 50% dari markah praktikal dan 50 dari markah praktikal.
Tema minggu 1:
Jadinya tema/tugasan untuk 10 imam muda musim kedua ini ialah Kelahiran.
Tema minggu 1, ini sama seperti imam muda musim pertama. Bezanya dilihat lebih menyayat hati kerana ditontonkan betu-betul bayi yang mati dan bayi yang dibuang hidup kedalam longkang. Apa kejadahnya semua ini!!! Mereka ditugaskan untuk ke pusrawi. Tempat orang melahirkan anak, mereka ditugaskan untuk mengazankan bayi yang baru lahir.
Namun!! (ada namun pulak)!!
Tugasan ini ditukar disaat akhir, kepada mendekati wanita-wanita yang hamil tanpa perkahwinan di Kem Modal Insan (Kewaja). Ini kerana pasukan IM2 dimaklumkan oleh pihak berkuasa tentang kes pembuangan bayi, minggu lepas. Ketika masing-masing khusyuk mentelaah kelas pengajian al-Quran di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di ibu negara, pada jam 10 malam, 19 April lalu, mereka diarahkan ke satu lokasi dalam keadaan tergesa-gesa.
Apabila sampai ke lokasi yang ditujui, kawasan sekitar sudah pun dipenuhi orang ramai termasuk polis dan forensik yang sedang menjalankan tugas hakiki mereka. Penemuan mayat bayi yang dibuang dalam sebuah longkang besar memeranjatkan 10 IM kita ini.
Apabila mereka menyaksikan sendiri di hadapan mata kejadian yang tidak berperikemanusiaan ini. Beberapa peserta program ini dilihat tidak mampu melawan pelbagai perasaan yang bercampur baur (menangis) sebaik melihat sekujur tubuh kecil di dalam longkang yang ditinggalkan.
Air mata keinsafan yang mengalir di setiap wajah bersih 10 IM ini adalah perasaan yang tidak mampu disorok lagi.
Isu tidak perikemanusiaan yang semakin menjadi barah dalam jiwa. Tak tahu apa nak jadi dah ?? Hampir setiap hari selalu terjai macam ini. Semakin parah!!
“Apa yang bakal didedahkan kepada peserta dan masyarakat bukan sekadar untuk menyelesaikan masalah yang tidak berkesudahan ini, namun menunjukkan kepada mereka keadaan sebenar situasi yang berlaku disamping keinsafan yang mampu dilahirkan buat semua.
“Semua orang menyedari isu ini malah tidak terkecuali akan menjadi bahan panas di dalam akhbar berkaitan pembuangan bayi, namun sedarkan kita kaum wanita sering dipersalahkan di dalam hal ini,”
Sementara itu, kejutan yang dilalui 10 peserta program ini sebagai cukup menginsafkan mereka, malah tidak pernah menjangka berhadapan dengan kejadian tragis itu.
Ketika ditanya oleh Ustaz dzulkarnain kenapa terlalu emosi??
(IM) fakrul:
Agak emosi ketika waktu itu. Subhanallah, Ustaz. Saya rasa emosi kerana suka hari jer anak dibuang begitu sahaja. Sedangkan ada yang berkeluarga bertahun-tahun berusaha, tak dapat juga anak. Suka hati mak bapak jer buang anak macam itu.!
10 imam muda ke Kem Modal Insan (Kewaja) di Taman Seri Gombak, Selangor.
Sebelum mereka pergi, IM dipimpin oleh Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz selaku mudir atau pengetua dengan dibantu empat orang mursyid atau guru iaitu Ikmal Zaidi Hashim, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Tuan Asmawi Tuan Umar dan Zulkefli Hamat.
Jadinya IM2 ini akan menemu ramah mereka ini, menyelami perasaan, apa perasaan mereka. Bagaimana boleh berlaku dari A-Z. Mereka ini dipecahkan kepada 5 kumpulan, setiap satu kumpulan 2, ada orang.
- IM Amar dengan IM Mujahid.17 tahun (baru
- IM Fatah dengan IM Fadli
- IM Fakhrul dengan IM Razlan (21 tahun)
- IM Nazrul dengan IM Ali (umur 17 tahun) dirogol ketika balik sekolah.
- IM Azlan (isterinya keguguran). takziah diucapkan.
Cabaran untuk menemuramah mereka ini.
Imam muda kali ini dia punya cabaran untuk interview dengan wanita ini. Bukan senang untuk menyelami perasaan mereka ini. Kesedihan dan tangisan yang perlu ditempuhi. Sedih woo. Ada yang tidak mahu bercakap ketika diinterview. Salah cakap/salah tanya soalan mahu dia marah lah pulak.
Kesimpulan:
Masalah yang sosial yang berlaku sekarang di malaysia sangat membimbangkan. Bukan semuanya salah wanita, ada juga salah orang lelaki. Hai nak jadi nasib. Malu, lelaki yang dikurniakan 9 akal, tetapi nafsu yang dijadikan ikutannya.
29 April Hari Jumaat : Khutbah dan Tazkirah.
Semua 10 Imam Muda, bertandang ke Masjid, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM, Bangi, untuk tugasan Tazkirah dan Kutbah Jumaat. Siapa jadi imam ?? IM Fakhrul pembaca khutbah(khatib) dan merangkap Imam. Manakala IM Hassan memberikan tazkirah sebelum sembahyang jumaat.
IM Hassan memberikan tazkirah. Sebelum masuk waktu sembahyang jumaat.
Imam muda Fakrul menjadi Khatib. Katanya tak mengantuk.
5 soalan mingguan imam muda.
- Berikan maksud aqidah menurut istilah?
- Terangkan maksud akidah dalam kehidupan manusia?
- Apakah hukum mencegah dalam kehamilan?
- Apakah hukum yang wajib dikenakan ke atas penzina lelaki dan wanita?
- Apakah hukum menggugurkan anak?
Jawapan:
- 1.Suatu kefahaman yang kukuh dan pegangan dan jelas tanpa sebarang keraguan.
- 2. Memberi maksud yang hidup yang sebenar kepada manusia sebagaimana firman Allah dalam surah al-Dhariyat ,ayat 56 maksudnya:
Dan (ingatlah) aku tidak menciptakan Jin Manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada Ku.
- 3. Pandangan Jumhur Fuqaha dan Sahabat menegaskan bahawa hukum merancang keluarga adalah makruh.
- 4. -Sebat 100 kali bagi yang belum berkahwin (lelaki/perempuan)
- – rejam sampai mati bagi yang sudah berkahwin
- -takzir bagi pasangan yang berkhalwat
- 5. Hukum menggurkan kandungan anak adalah HARAM tanpa sebarang sebab.
Siapa tersingkir ??
Tiada penyingkiran berlaku diumumkan oleh Tuan Mudir, Imam Hassan Al-Hafiz. Sebelum penyingkiran dilakukan, tiga peserta IM2 iaitu Mujahid, Ali dan Fadli berada pada kedudukan terbawah. Namun, setelah diumumkan keputusan tiada siapa terkeluar minggu ini, bermakna mereka bertiga terselamat demi memberikan peluang untuk terus berusaha pada minggu seterusnya.
Tuan Mudir, pun buat suspen pulak. Huhu. Siap bagi kad merah, kiranya bagi warning. Ingat minggu kedua buat betul-betullah ya!! Tingkatkan prestasi.
- (IM)Mujahid Suhaimi (Mujahid), 20, katanya jadualnya yang sangat padat dan hanya tidur sekitar 3 jam sehari kerana banyak perkara yang perlu dipelajari. Dan kerana katanya mendapat markah ujian teori yang rendah.
- Seorang lagi peserta (IM) Ali Khairudin Haji Abdul Marif (Ali), 26, pula berpendapat: Beliau mengatakan disebabkan masalah kesihatan dan tidak fokus pada pelajaran.Beliau cuba baiki untuk minggu kedua ini nanti.
- Manakala (IM) Zulfadli Haji Awang (Fadli), 24, juga mengakui sikapnya yang kurang fokus dan tidak bersungguh-sungguh menjadi faktor kepada kedudukan yang terendah minggu ini.
Rumusan sendiri: 10 Imam muda di minggu pertama masih belum dapat menyesuaikan diri dan masih malu-malu. Insyallah mereka akan perbaiki minggu seterusnya. Insyallah.
Tengok video part1, ada banyak part lain yang tak di upload. *Akan diupdate
amie says
salam. saya pun xde astro. tapi saya download episod 1 ni dekat jiwang.net. alhamdulillah, dapat tengok jugak. cubalah.
muslimah says
I LOVE IMAN MUDA HASSAN…….hrap2 ade jodoh.he.he.he
zaliemation says
Info terkini..Program Keusahawanan 3K bersama Imam Muda Fakhrul setiap Hari Sabtu & Ahad bertempat di Prima Sri Gombak,Batu Caves Selangor..sila lawati blog : http://inspirasilensa.blogspot.com