Sekadar gambar hiasan.
Tahniah buat skuad kebangsaan yang telah berjaya menempah tiket ke final, baru sahaja tadi yang telah menang tipis keatas India 4-3. Malaysia telah berjaya menjaringkan gol, diwaktu yang sangat genting golden gol, dimasa tambahan tadi.
Detik cemas diwaktu masa tambahan, dimana pukulan sudut penalti yang diberikan oleh malaysia, betul-betul memberi kelebihan untuk gol. 50-50 tuh!
Pada pertemuan penuh cemas dan mendebarkan hati penonton di rumah, Stadium Hoki Aoti, Guangdong semalam, Malaysia mendahului 1-0 hasil dari jaringan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd. Jalil pada minit ke-32. Bagaimanapun, India menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi Sandeep Singh dan kedudukan 1-1 kekal sehingga waktu rehat.
Namun pada babak kedua, permainan semakin sengit dengan Tushar Khandker meletakkan India 2-1 pada minit ke-37. Namun begitu pemain negara tidak menyerah kalah dan terus melakukan asakan sehingga mendapat pukulan sudut penalti yang disempurnakan Azlan Misron hasil set piece yang menarik pada minit ke-49.
India sekali lagi memberi tekanan ke atas Malaysia dengan gol ketiga mereka pada minit ke-54 hasil pukulan sudut penalti kapten, Rajpal Singh. Begitupun, pemain negara sekali lagi bangkit melawan dengan gol penyamaan tiga minit sebelum permainan tamat hasil jaringan pukulan sudut penalti Muhd. Amin Rahim, sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan dengan peraturan jaringan emas (golden goal).
Pakar flick negara, Amin Rahim sekali lagi menjadi wira Malaysia apabila meledakkan gol kemenangan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-75.
Ia merupakan satu sejarah yang baru, setelah harapan untuk ke final selama ini selalu berakhir di peringkat sukur akhir, kadang-kadang kumpulang pun tak lepas. Skuad kebangsaan akan bertemu dengan negara pakistan yang mengalahkan pasukan korea, hari khamis ini.
nUR_rOsALiNdA says
Tahniah Malaysia
Malaysia Boleh!!!!~
Ismail N says
yup, Malaysia Boleh!
suffer8zine says
gud lux malaysia!
Terkini : Wanita Paling Rendah Di Dunia
Zik says
semoga berjaya …jom kita tengok esok petang 4..45… pm
Ismail N says
Satu lagi persembahan mantap dari pasukan hoki negara. Jika dapat di kekalkan, insya-allah, Pakistan boleh ditewaskan di perlawanan akhir nanti.
Zik says
hari nih penentuan pukul 4.45 pm… hehe
Faisal says
Wah aku harap pasukan berjaya menang emas kali ini.biar bangga sikit Malaysia ini.Asyik kalah-kalah je.
Latest Post:Senarai Lengkap 14 Buah Lagu Ke Final Anugerah Juara Lagu 25
Zik says
yang penting berjaya melangkah ke final..hehe
Berita Sukan Terkini says
Tahniah buat malaysia.. hebat gak hoki malaysia ni..
Zik says
boleh tahanla… harap prestasi kena maintain kan..
Azuan says
yup.. betul tu..
Mohd Hafiz says
wah.. cayalah menang lwn india.. 🙂
dpt silver pun jd lh….
Zik says
mesti emas… mahu lepas target…
acapz says
yeah. bgus2. hee. gud luck malaysia 😀
Zik says
esok kalau ada astro …tengok la dalam pukul 4.45 petang..
acapz says
dh tngok. kalah bro. huhu.
wandisini says
semalam tak dapat tengok live. tengok highlight pun macam dah best
rasa rugi tak tengok, member cakap memang best lah game semalam. mendebarkan katanya
Zik says
detik paling cemas… malaysia tengah ketinggalan… tengok macam takda harapan jer…. fuh.. nasib baik last2 minute tuh gol
mancai says
wah tahniah Malaysia… harap zaman minarwan nawawi dan seangkatan dengannya berulang…
Zik says
zaman2 mirnawan nawawi memang best…
lazaac says
dah tengok smlm, mmg terbaik pemain Malaysia… tahniah buat pemain Malaysia, semoga merangkul gelaran juara di perlawanan final.. 🙂
suri says
AMin harap2 begitulah..maju le suka utk semua :biggrin:
hafizmd says
sempat juga tengok petang semalam…memang sengit betul game ni…last2 mase sudden death tuh…memang powerlah si amin tuh…tahniah buat pasukan hoki malaysia!!!
buat yg terbaik mase lawan pakistan petang ini@esok…
zik..petang ni ke petang esok final??
suri says
suri tak dpt tgok huuu… anak sdra dah ada umah jeuh nak melayannya..
harapkan ulasan dan pandangan mmber2 bloger jerlah nampaknyer:kissing:
dnoBiz says
Semagat juang diaorang buatkan aku kagum.
Zik says
eerm petang khamis.. hari nih la… pukul 4.30 petang.. jangan lupa bro..kalau sempatla…
Affan says
amin tu pakar sudut penalti tu. hehe
suri says
rindu :wub: :face: :ninja: pulak nak bersukan masa anak dara blh jer tergelinjang2 kata org2 tua le hiii
Anwar Osman says
Bila finalnya? Sorila x sempat tgk berita.
Zik says
hari nie.. pukul 4.30 petang…
tehr says
tiba2 je aku jadi bersemangat
syabas dan teruskan perjuangan
tapi, pakistan ni pasukan hebat…
Zik says
tak boleh pandang rendah pasukan yang masuk ke final nih…
dnoBiz says
Perasaan aku bila dengar berita ni sama dengan perasaan aku bila kelantan menang piala Malaysia
Zik says
hehe… aku dapat bayangkan perasaan tuh…fuh!!
akubiomed says
Harap-harap pasukan Hoki Malaysia dapat memastikan kilauan emas didalam gengaman mereka 🙂
Zik says
besar harapan dari semua rakyat malaysia…
Affan says
hehe. aku pun dah lama tak main hoki. ada gak tengok video match tu, bagus lah semangat diorang