Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Uncategorized / Harimau Malaya REBAH di Hanoi Vietnam, tewas 0-1

Harimau Malaya REBAH di Hanoi Vietnam, tewas 0-1

Zik · Oct 11, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

malaysia, malaysia vs hong kong,

Hampeh, terkilan, sedih. Kecewa semua adalah. Apepun inilah skuad kita yang ada terpaksa jugalah menghadapinya dengan tabah dan sabar. Skuad kendalian Tan Cheng ho gagal melakar kemenangan apatah lagi seri di tempat lawan malam semalam.

HANOI: Impian Harimau Malaya menamatkan kemarau kemenangan di Hanoi lebur apabila terpaksa akur tewas tipis 0-1 kepada Vietnam di Stadium My Dinh, malam semalam.

Corak permainan dipamerkan skuad Naga Emas di bumi sendiri langsung tidak mengejutkan kenapa mereka mampu menghuni ranking 99 dunia dan keputusan itu membuktikan masih banyak kerja rumah perlu direncana Tan Cheng Hoe.

Gol tunggal Nguyen pemusnah harimau malaya longlai. 

Pada perlawanan tersebut, sekali pun berjaya menguasai hampir keseluruhan permainan, tuan rumah hanya bergantung kepada jaringan tunggal, Nguyen Quang Hai di babak pertama.

Walaupun berjaya mencipta beberapa gerakan menarik untuk menghasilkan jaringan, Vietnam pantas membuktikan yang 45 minit pertama menjadi milik mereka sambil pertahanan negara dilihat beberapa kali melakukan sedikit kesilapan.

Mujur Offside.

Minit ke-28, Stadium My Dinh bergema penyokong mereka apabila Quang Hai menggegar gawang negara namun ia dibatalkan kerana penyerang tuan rumah itu terlebih dulu dikesan berada dalam kedudukan ofsaid.

Sebaik aksi memasuki minit ke-40, Quang Hai akhirnya berjaya menebus kekecewaan untuk memastikan Vietnam memasuki bilik persalinan dengan kelebihan satu gol. Kesilapan farizal marlias yang tidak dapat meneka bola itu kemana, dan defend pun tidak dapat mengekang pergerakan Nguyen Quang Hai. Pass dan shoot first touch bola belum jejak tanah menewaskan farizal marlias.

Bersambung babak kedua, skuad Naga Emas seakan tidak kenal erti lelah dan terus mempamer permainan pantas hingga meletakkan pemain negara dalam situasi tertekan.

Malaysia hampir bolos kali kedua. 

Minit ke-72, pemain gantian Vietnam, Nguyen Anh Duc hampir menghukum Harimau Malaya buat kali kedua tetapi kali ini, Shahrul Saad berada di kedudukan tepat untuk mengeluarkan bola atas garisan gol ketika gawang negara sudah terbuka luas.

Secara keseluruhannya kita kecewa dengan keputusan perlawanan ini, sepatutnya kita mencatatkan seri pun sudah memadai. Namun, kita tewas kali kedua. Peluang untuk mara nampaknya semakin tipis dan sukar sebenarnya. Melainkan kita mencatat kemenangan untuk perlawanan terakhir pusingan pertama .

Fungsi matyo?? 

Entahla, kenapa matyo disandarkan lagi. Yer kita tahu matyo ada pengalaman bertemu dengan veitnam tetapi sekarang situasi dah berubah, pemain mereka pun dah banyak pakai yang muda, laju bertenaga.  Pergerakan matyo benar-benar sudah dihidu dan dirantai dengan kemas.

Banyak off form pada perlawanan malam semalam, matyo, akhyar rashid walaupun sudah tukar dengan matyo tetap tidak dapat menembusi gawang pertahanan vietnam. Apa lagi? Akram? Halim lagilah, boleh buat aku hilang sabar game malam tadi!!

Shahrul saat mcm mana la boleh dapat defend terbaik malaysia. Memang mintak kena maki ke macam mana. Brendan Ngan pun tak dapat support yang baik. Susah kali ini. Main macam apa aku tengok. Masa pun berlalu sangat pantas. First half pun aku rasa sekejap jer. Mungkin sebab aku tengok game nih mengantuk , aksi kurang.

Pass-pass ke belakang. Apakah ini?? Kita di pressure, tapi gagal untuk buat counter attack ke macam mana ?? Langsung takda percubaan merbahaya. Percubaan semua ke laut china Selatan. Jauh tersasar. Peluang sepakan sudut pun tak dapat nak pecahkan tembok pertahanan vietnam yang lebih berdisiplin.

Kita boleh juga ada dapat control ball. Dah lepas tu dah kena attack dah menegulur passing .Bila sah mengelupur tu tau laa . bola kelaut . tengah tak kreatif langsung . Striker pun mati kutu . tak pandai cari ruang langsung . Tolonglah kena alert sikit. 

Kita kena akui pasukan vietnam lagi bagus, dan kita sebenarnya takdalah kalah dengan teruk untuk kali ini. Semua kalah beza 0-1. Tetapi ianya tetap dipanggil KALAH. So tiada mata. Namun kalau boleh kita nak tengok game malaysia ada tentangan yang hebat. Macam lawan dengan UAE hari tuh aku ada berpuas hati sedikit berbanding dengan game lawan malam tadi dengan Vietnam semua serba tak menjadi.

Misi seterusnya malaysia akan bertemu dengan Thailand melengkapkan pusingan pertama kelayakkan piala dunia Stage 2 Malaysia vs Thailand pada 14 November 2019 di stadium bukit Jalil.

Kedudukan kumpulan G:
  1. UAE 6 MATA
  2. THAILAND 4 MATA
  3. VIETNAM 4 MATA
  4. MALAYSIA 3 MATA
  5. INDONESIA 0 MATA

Video gol highlights malaysia 0-1 Vietnam 10.10.2019 Kelayakkan piala dunia pusingan kedua.

Share this on WhatsApp

Uncategorized keputusan malaysia vs vietnam 10.10.2019, malaysia tewas 0-1 vs vietnam 10.10.2019, ulasan malaysia vs vietnam 10.10.2019, video gol highlights vietnam 1-0 malaysia 11.10.2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.