Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Hari sukan negara, apa yang patut kita lakukan?

Hari sukan negara, apa yang patut kita lakukan?

Zik · Oct 8, 2016 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hari sukan negara, Hari ini hari sabtu, iaitu hari sukan negara pada 8.10.2016.  Banyak aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk kali ini.

Copy paste.

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober  setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

OBJEKTIF

a) Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat.

b) Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat.

c) Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan.

d) Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.

e) Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.

Apa yang boleh kita lakukan dari aktiviti seperti ini boleh follow/Ikut dari badan kerajaan, memang ada aktiviti tersendiri yang disediakan oleh kementerian belia dan sukan itu sendiri. YB Khairy jamaluddin pun memang turun padang punya. Di peringkat sekolah, badan berkanun, daerah dan peringkat negeri.

Bersukan, yang mudah-mudah. Macam berbasikal, main badminton ke, jogging ke, berkayak ke namun apa yang penting jangan lupa stretching dulu sebelum nak start bersukan. Sebab korang dah lama bersenam, krem pulak kang. Sebenarnya memang kena stretch baik dah lama tak senam atau memang selalu.

Mungkin bagi aku sendiri, kita bersukan ini bukan mahu sihat tubuh badan sahaja, selain kita mahu ambil masa dalam sebulan dua, buat aktiviti riadah bersama keluarga. Yerla sibuk buat kerja seharian, nak chill out juga.

copy paste dari harisukannegara.my

Share this on WhatsApp

Sukan apa itu hari sukan negara, gambar sekitar hari sukan negara 2016, hari sukan negara 2016, info mengenai hari sukan negara, objektif hari sukan negara, tarikh hari sukan negara

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.