• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kekeluargaan / Haiwan peliharaan.

Haiwan peliharaan.

Zik · Mar 11, 2010 · 4 Comments

Share this on WhatsApp

Salam semua. Anda anda mempunyai haiwan peliharaan?

Jaga haiwan peliharaan kita dengan penuh kasih sayang!

Anda suka pelihara binatang? Jika ya, apakah binatang tuh?trends

HOBI membela haiwan peliharaan semakin banyak dipraktikkan oleh golongan masyarakat dizaman ini,  kerana ia boleh menjadi sebagai teman berhibur dan mengisi masa lapang. Namun, ada disebalik cerita yang nak menarik  yang hendak diceritakan disini.

Tanggungjawab Terhadap Haiwan.

Menyayangi haiwan peliharaan sama ada Ayam, Kucing, Arnab, Lembu dan sebagainya merupakan satu tabiat yang sangat baik dan patut dipuji, ini kerana Islam menyuruh umatnya agar menyayangi semua makhluk Allah, termasuk insan, haiwan dan juga alam sekitar. Bagaimanapun, menyayangi sesuatu ada batasnya, janganlah kita keterlaluan sehingga menyayangi haiwang seperti kucing melebihi kesayangan terhadap manusia.

Namun, hal ini sebenarnya sering terjadi dalam sesetengah masyarakat di negara-negara maju, anjing dan kucing mendapat pembelaan yang lebih istimewa, dari segi makan minum, kebersihan, kesihatan, tempat tinggal dan sebagainya, sedangkan pada masa yang sama, didapati beratus-ratus kanak-kanak yang tidak berdosa terkorban setiap hari, akibat kerakusan kuasa oleh pihak-pihak yang mendakwa kononnya mereka telah maju.

Dari aspek bertentangan pula, kita dapati ada manusia yang keras tabiatnya, suka menzalimi haiwan, sanggup membunuh binatang tanpa sebarang dosa, semata-mata kerana kegemaran hidupnya memburu dan membunuh, seolah-olah haiwan dicipta Allah untuk diburu dan dibunuh.

Sikap ini juga pada pendapat zik, ia merupakan  suatu yang sangat keterlaluan, bahkan kegembiraan memburu binatang bukan suatu budaya yang terpuji pada zaman ini.

Balasan bagi yang menyeksa binatang!

Al-imam al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar ra dari Nabi S.A.W bersabda, “Seorang wanita memasuki neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.”

Dalam riwayat di dalam sahih al-Bukhari, “Seorang wanita diseksa kerana seekor kucing yang dia kurung sehingga mati. Dia masuk neraka kerananya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya dia makan serangga bumi.” Rasulullah telah melihat wanita yang mengikat kucing ini berada di neraka manakala beliau melihat syurga dan neraka ketika shalat gerhana.

Di dalam Shahih al-Bukhari dari Asma binti Abu Bakar ra bahwa Rasulullah S.A.W bersabda, “Lalu neraka mendekat kepadaku sehingga aku berkata, ‘Ya Rabbi, aku bersama mereka?’ Aku melihat seorang wanita. Aku menyangka wanita itu diserang oleh seekor kucing. Aku bertanya, ‘Bagaimana ceritanya?’ Mereka berkata, ‘Dia menahannya sehingga mati kelaparan. Dia tidak memberinya makan dan tidak pula membiarkannya mencari makan.” Nafi’ berkata, “Menurutku dia berkata, ‘Mencari makan dari serangga bumi.” Muslim meriwayatkan dari Jabir hadits Rasulullah S.A.W yang melihat seorang wanita yang mengikat kucing berada di Neraka. Di dalamnya terdapat keterangan bahawa wanita itu berasal dari Bani Israil.

Di dalam riwayat lain disebutkan bahawa wanita itu berasal dari Himyar. Ini adalah kisah wanita Himyariyah Israiliyah yang mengurung seekor kucing, tetapi dia tidak memberinya makan dan minum sehingga kucing itu mati kerana kelaparan dan kehausan. Ini menunjukkan kasarnya sifat wanita itu, betapa buruk akhlaknya, serta tiadanya belas kasih di dalam hatinya. Dia sengaja menyakiti. Jika di dalam hatinya terdapat belas kasihan, nescaya dia melepaskan kucing itu. Dia mengurungnya sepanjang siang dan malam. Kucing berasa haus dan lapar dan meminta dengan suara yang meminta bantuan dan pertolongan. Suara dengan ciri tersendiri yang dikenali oleh orang-orang yang mengenal suara. Akan tetapi, hati wanita ini telah membatu dan tidak terketuk oleh suara pilu kucing itu. Dia tidak menghiraukan harapan dan impiannya.

Suara kucing itu semakin lemah, lalu seterusnya menghilang. Kucing itu mati. Ia mengadu kepada Tuhannya tentang kezhaliman manusia yang hatinya keras dan membatu. Jika wanita ini ingin agar kucing ini tinggal di rumahnya, dia mungkin sahaja memberinya makan dan minum. Rasulullah S.A.W telah menyampaikan kepada kita bahwa kita meraih pahala dengan berbuat baik kepada binatang. Jika dia enggan memberinya makan, maka dia harus melepaskannya dan membiarkannya bebas di bumi Allah yang luas. Ia pasti mendapatkan makanan. Lebih-lebih lagi, Allah telah menyediakan rezeki bagi kucing tersebut daripada sisa-sisa makanan orang, begitu pula serangga-serangga yang ditangkapnya.

Perbuatan ini telah memberi kecelakaan kepada wanita tersebut, sehingga dia masuk ke dalam neraka. Rasulullah Sallahu’ ‘Alaihi Wassalam melihat kucing itu memburu wanita yang menahannya di neraka. Kesan-kesan cakaran tergores di wajah dan tubuhnya. Beliau melihat itu ketika syurga dan neraka diperlihatkan kepadanya pada saat shalat gerhana.

Kesimpulan dan pengajaran yang kita boleh dapat :-

1. Memelihara haiwan adalah suatu amal soleh yang sangat besar pahalanya di sisi Allah, setiap makanan yang diberi dan setiap tanaman yang dimakan olehnya pasti ada pahalanya.

2. Kasihanlah kepada haiwan, jangan menzaliminya, jangan khianati pergerakan dan kehidupannya. Haiwan juga makhluk Allah yang ingin hidup bersama-sama manusia di bumi ini.

3. Besarnya dosa orang-orang yang menyeksa binatang dan menyakitinya dengan memukul dan membunuh. Seperti dalam hadis tadi, Wanita itu masuk neraka kerana dia menjadi sebab kematian seekor kucing.

4. Boleh mengurung binatang seperti kucing, burung, dan sebagainya, jika diberi makan dan minum. Jika tidak mampu atau tidak mahu, maka hendakah melepaskannya dan membiarkannya pergi di bumi Allah yang luas untuk mencari rezekinya sendiri.

5. Di Akhirat, manusia diazab sesuai dengan perbuatannya di dunia. Ini berdasarkan hadis tadi, Wanita ini diserang oleh seekor kucing di Neraka dengan mencakari tubuhnya.

6. Mengikut kajian dari barat ada menyatakan bahawa dengan membela haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing dapat menghilangkan stress pada tahap optimum dan merendahkan paras darah tinggi.

P/s: Teringat kucing dekat kampung.. Isk2..

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kekeluargaan, Kerohanian/Keagamaan haiwan peliharaan anda, sayangi haiwan peliharaan

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Izzan Aufa says

    November 4, 2010 at 10:42 pm

    skrg kami sdg pelihara arnab… 😉

    Reply
  2. amy says

    April 12, 2012 at 8:33 pm

    :'(
    ada serangga apa tah speciesnya masuk bilik. Sbb sy takut, n tak taula dia ada sengat ke tak n geli, sy tangkap, masuk botol. Nk lepaskan kat luar tak brani. Housemate smua pmpuan jugak, penakut smuanya.. Last2 serangga tu mati dlm botol. Sy tak sdp ati, googlelah dpn harapan bole tebus dosa ni mcm dosa tinggal puasa (ye, sy jahil) last2 landing kat sini 🙁

    Reply
    • Zik says

      April 14, 2012 at 11:26 pm

      yerla , saya paham maksud amy bukan berniat untuk menyeksa dia kan… tapi kalau boleh , jangan seksa binatang tuh walaupun ia adalah haiwan yang ganas ke.. untuk akan datang , buang jer jauh2… jangan takut sangat..

      Reply
  3. Zoey says

    August 16, 2012 at 1:54 am

    dah kalu bunuh harmster camne?.. harmster comel,kengkadan penyakit dye 2 mendatangkan keburukan pada kita, takut terjjangkit..cth air kencing tikus.., bleh x bunuh harmster atas sbb ni???

    Reply

Leave a Reply to Zoey Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 






Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

Recent Posts

  • Panduan Peperiksaan online PTD n19 2021
  • Live streaming Melaka United vs Selangor fc liga super 18.4.2021
  • Live streaming Petaling jaya city vs Pulau Pinang liga super18.4.2021
  • Live streaming Sabah vs Uitm liga super 17.4.2021
  • Live streaming Perak vs Kedah 17.4.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 




Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)

Before you go

You may also be interested in these posts:

Kerohanian/Keagamaan

Panduan sembahyang lengkap cara rasulullah S.A.W

Share this on WhatsAppAssalamualaikum. Dibawah ini ada disertakan mengenai pandu…

Kerohanian/Keagamaan

Hold my hand, maher Zain lyrics mp3

Share this on WhatsApp I hear the flower’s kinda crying loud The breeze&rs…

Kerohanian/Keagamaan

Welcome O ramadhan 2011(1432 M)

Share this on WhatsAppRamadhan come again for this year.  How about your pr…

%d bloggers like this: