• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Isu semasa / Gua Tham Luang part3: Empat mangsa selamat dikeluarkan, misi SAR ditangguh

Gua Tham Luang part3: Empat mangsa selamat dikeluarkan, misi SAR ditangguh

Zik · Jul 9, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot
HELIKOPTER,
Helikopter membawa mangsa-mangsa remaja ke Hospital Chiang Rai selepas mereka berjaya diselamatkan pada Ahad. – REUTERS

BANGKOK: Empat mangsa remaja yang terperangkap dalam gua Tham Luang di Chiang Rai, telah berjaya dikeluarkan pada Ahad semalam petang.

Sudah berapa hari terperangkap dalam gua 23 june sampai sekarang , hampir 16 hari di dalam gua yang gelap gelita belum kena cahaya matahari tuh. Memberi kesan yang negatif. Takut mangsa trauma, kalaulah aku yang hidup dalam keadaan sempit macam tuh. Ya Allah, takut seyh. Ibarat baru neraka dunia.

Sah 4 orang sudah terselamat.

Ini disahkan oleh Narongsak Osottanakorn, bekas gabenor Chiang Rai yang juga merupakan ketua misi menyelamat operasi tersebut.

Menurut beliau, mangsa pertama yang dikeluarkan merupakan yang paling lemah antara 12 remaja yang terperangkap bersama jurulatih pasukan bola sepak mereka sejak 23 Jun lalu.

“Waktu yang paling kritikal dalam misi ini ialah apabila hujan turun semula dan menyebabkan kami mempunyai masa yang terhad.

“Paras oksigen yang makin berkurangan juga menjadi cabaran utama,” katanya pada sidang media di tapak operasi berkenaan.

Susulan itu, Narongsak menambah, misi SAR terpaksa ditangguhkan kerana pasukan penyelamat memerlukan sekurang-kurangnya 10 jam untuk membuat persiapan bagi operasi seterusnya.

CUMA EMPAT, BUKAN 6! 

Sebelum ini, media melaporkan enam mangsa berjaya dikeluarkan tetapi Narongsak mengesahkan hanya empat yang selamat dibawa keluar setakat ini.

Terdahulu, dua mangsa pertama dilaporkan dikeluarkan sekitar jam 6 petang waktu tempatan (7 petang waktu Malaysia).

Salah seorang daripada mereka dikenal pasti sebagai Mongkol Boonpiem, 13 tahun, manakala seorang lagi belum didedahkan namanya.

Kedua-dua mangsa menjalani pemeriksaan fizikal di hospital lapangan berdekatan gua tersebut, sebelum dipindahkan ke Hospital Chiang Rai menggunakan helikopter tentera Thailand.

“Kami menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas mereka sebelum mereka dipindahkan ke Hospital Chiang Rai,” kata Ketua Jabatan Kesihatan Chiang Rai, Tossathep Boonthong, memetik laporan Reuters.

Mangsa ketiga pula dilaporkan dikeluarkan dari gua tersebut pada jam 7.15 malam waktu tempatan manakala mangsa keempat dikeluarkan dalam 30 minit kemudian.

Buat masa ini, identiti mangsa ketiga dan keempat masih belum didedahkan.

Pihak berkuasa di wilayah utara Chiang Rai memulakan misi berbahaya untuk membawa keluar 12 remaja terbabit dan jurulatih pasukan bola sepak sekolah mereka selepas kumpulan itu terperangkap di dalam gua tersebut sejak lebih dua minggu lalu.

Difahamkan, para remaja yang berusia antara 11 tahun dan 16 tahun itu ke kawasan tersebut bersama jurulatih mereka, 25 tahun, kerana hendak berkelah sambil meneroka kawasan gua tersebut bagi menyambut hari kelahiran salah seorang daripada mereka.

Sementara itu, wartawan antarabangsa yang berpangkalan di Bangkok, Florian Witulski telah berkongsi beberapa maklumat mengenai operasi berkenaan.

Menurut Witulski, seorang doktor warga Australia memutuskan untuk membawa remaja yang mempunyai kondisi paling lemah untuk keluar terlebih dahulu.

copy paste dari astro arena.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Isu semasa gua thailand tham luang, misi selamatkan budak sesat dalam guna ditangguhkan., misi selamatkan mangsa di gua thailand sesat di gua, perkembangan terkini 12 budak sesat dalam gua, punca utama 12 budak sesat dalam gua tham luang, senarai mangsa yang sudah selamat sesat dalam gua

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • KL United benam Selangor FC menang penentuan penalti 4-2
  • Hampir 30% Ahli KWSP Keluarkan Semua Simpanan Akaun 1 – Tinggalkan Sekadar RM100
  • Live streaming friendly uitm fc vs selangor ll 27.2.2021
  • Dividen kwsp 5.2 konvensional, 4.9 peratus shariah 2020
  • Live streaming Kuala Lumpur United vs Selangor (piala prihatin menteri wilayah) 27.2.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Alam sekitar Isu semasa

UPDATE terkini, Kronologi 12 remaja dan seorang jurulatih sesat dalam gua Tham Luang di Thailand

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Apa yang kita dapat tahu dari sumber , diaora…

%d bloggers like this: