Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / France (Perancis) mara ke final tewaskan belgium 1-0 piala dunia 11.7.2018

France (Perancis) mara ke final tewaskan belgium 1-0 piala dunia 11.7.2018

Zik · Jul 11, 2018 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

piala dunia, world cup 2018, logo piala dunia 2015,

Pasukan Perancis mara ke final bakal bertemu pasukan England atau Croatia yang akan berlangsung esok 2 pagi 12 julai 2018.  Kalau tengok gameplay tampak seimbang sebenarnya. Pasukan Belgium pun banyak buat serangan. Sepakan padu dari hazard berjaya di nafikan oleh penjaga gol Perancis. Memang cekap beb, Hugo Lloris kalau tak memang dah bolos banyak tuh.

KEPUTUSAN PENUH :

FRANCE 1-0 BELGIUM

Penjaring:

Samuel Umtiti 

SAINT PETERSBURG: Samuel Umtiti membawa Perancis ke final Piala Dunia di Saint Petersburg sebentar tadi apabila menanduk masuk jaringan kemenangan 1-0 seterusnya memberikan satu lagi kekecewaan buat ‘generasi emas’ Belgium.

Perancis yang memiliki skuad muda yang amat berbakat kini mahu membalas dendam kekalahan di laman sendiri pada final Euro 2016 pada saingan final menentang England atau Croatia.

Dalam saingan Piala Dunia yang kerap ditentukan menerusi hantaran bola mati, sepakan penjuru terbukti amat berkesan apabila Umtiti menanti untuk berlari dan menyambut hantaran Antoine Griezmann enam minit babak kedua bermula.

Perancis juga berterima kasih kepada aksi menyelamat hebat penjaga gol Hugo Lloris pada kedua-dua babak.

Pemain Belgium, Kevin De Bruyne memberi amaran bahawa Kylian Mbappe sudah bersedia mengejutkan dunia pada awal permainan dan pemain remaja termahal dalam sejarah bola sepak dunia itu menunjukkannya pada 60 saat pertama.

Dia mengatasi Jan Vertonghen dengan mudah dan hanya halangan minit terakhir Vincent Kompany menyekat Griezmann daripada menyambung hantaran lintang itu.

Thibaut Courtois keluar dari gawang tepat pada masanya untuk menyelamatkan Vertonghen sekali lagi daripada kepantasan Mbappe pada minit ke-12 namun Belgium paling banyak menguasai posisi bola.

Pemain Red Devils paling berbahaya ialah Eden Hazard yang memulakan karier bersama Lille dalam Ligue 1 yang melakukan cubaan pertama tetapi hanya sedikit melepasi palang. – AFP

Video gol highlights perlawanan awal pagi tadi.. memang sengit beb.

Tahniah buat pasukan france yang telah melangkah ke final. Kini tunggu diantara croatia atau England yang menjadi bakal juara piala dunia 2018!!!

Share this on WhatsApp

Sukan france 1-0 belgium 2018, keputusan perancis vs belgium piala dunia separuh akhir 11 julai 2018, keputusan terkini piala dunia france vs belgium 2018, ulasan france vs belgium piala dunia separuh akhir 11 julai 2018, video gol france 1-0 belgium piala dunia separuh akhir 2018, youtube gol france vs belgium piala dunia 2018

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.