
Gambar arkib.
Perkhidmatan sosial terkemuka no1, iaitu Facebook dan Instagram (satu kapal) kini dilihat menghadapi masalah untuk diakses . Aku ingat kena hack ke atau facebook aku dah suspended. Difahamkan, masalah ‘crash’ itu didakwa bermula sekitar 11.30 malam hari ini dan menjejaskan penggunanya di seluruh dunia.
Menurut @ABSCBNNews, terdapat laporan bahawa pengguna telah log keluar secara automatik daripada akaun Facebook, Messenger, Instagram dan Threads mereka.
people running to X 4 seeing if Instagram and Facebook are down.#instagramdown #facebookdown #CyberAttack pic.twitter.com/DWG579QQjR
— Mouad Boucharai (@f63r8) March 5, 2024
Sementara pada Instagram pula, latar masa tidak boleh nak refresh macam biasa, dan tiada kandungan yang boleh diakses. Perkhidmatan Threads juga dilihat terjejas, dan membuatkan pengguna tidak boleh lakukan sebarang perkongsian baharu atau menyegar semula perkhidmatan berkenaan.
Kalau fb down, aku akan pergi ke twitter untuk mengesahkan keadaan.
Masalah teknikal ini dilihat melibatkan sejumlah besar pengguna seluruh dunia, dengan ramai yang menggunakan laman sosial alternatif seperti X, Twitter dalam menyuarakan perkara ini. Telekom Malaysia turut mengesahkan masalah mengakses Instagram dan Facebook ini.
Sementara itu di platform X, tanda pagar hash tag, (#) Facebook atau #facebookdown dan #instagramdown menjadi trending nombor satu di Malaysia selepas ciapan mencecah kira-kira 88,000.
Tidak ketinggalan, Meta juga trending di platform tersebut ekoran ia adalah syarikat yang memiliki Facebook dan Instagram.
Menjengah ke paltform X, rata-rata orang ramai khususnya mereka yang gemar menggunakan media sosial meluahkan keluhan kerana gagal mengakses kedua-dua aplikasi tersebut.
Apun dah settle balik. Macam aku kena login semula, tukar balik password sebab dah gatal tangan , duk tukar password banyak kali. Hai masalah tol.. Next time jangan tukar dulu kata kunci, tunggu dan lihat.
Facebook and instagram down
Meanwhile X :#instagramdown #facebookdown #MarkZuckerberg pic.twitter.com/mSE2cqprED— Dr.Shaun???????? (@fiftysix56__) March 5, 2024

Leave a Reply