Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Arts & Entertainment / Elfira layang tweet, Sufian nafi aksi kait kisah lalu- ini respon sufian yang wins!

Elfira layang tweet, Sufian nafi aksi kait kisah lalu- ini respon sufian yang wins!

Zik · Feb 4, 2019 · 1 Comment

Share this on WhatsApp

Sufian Suhaimi ajl

KUALA LUMPUR: “Terima kasih atas doa… Maaf andai kata mengguris mana-mana pihak.”

Itu reaksi penerima trofi Persembahan Terbaik pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33, Sufian Suhaimi apabila kecoh bekas tunang, Elfira Loy melayangkan tweet yang antara lain berharap kejayaan penyanyi itu pada acara anugerah berkenaan mampu menamatkan derita dan penceritaan hidupnya.

Dikerumuni wartawan pada sidang media sebaik berakhirnya AJL 33 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, malam tadi, Sufian sebaliknya enggan memandang negatif tweet Elfira yang mendoakan kejayaan dalam mempertaruhkan lagu Di Matamu pada pertandingan itu.

Mengangkat tiga metafora ketika mendendangkan lagu ‘berhantu’ Di Matamu yang dikatakan menceritakan kisah putus tunang dengan Elfira, Sufian mempertahankan aksinya bukan menyindir atau memperli sesiapa, sebaliknya sekadar memberi penghayatan mendalam terhadap lagu dinyanyikan.

“Ia lagu sedih dan berkait dengan kisah putus cinta di mana bukan saya saja yang pernah mengalaminya. Semua orang di pernah berhadapan situasi sama. Saya cuma menyampaikannya sebaik mungkin. 

Sufian Suhaimi , saya doakan awak menang harini . Semoga dengan kemenangan awak , “ derita “ & penceritaan awak akan habis. ?

— ELFIRALOY (@elfira_loy) February 3, 2019

Tweet dilayangkan Elfira yang mendoakan kemenangan Sufian dapat menamatkan derita dan penceritaan hidupnya yang tersebar, malam tadi.

“Lampu ‘chandelier’, pelamin dan kain putih digunakan bagi menzahirkan penceritaan kesedihan lagu itu. Saya tidak berniat perli sesiapa sebaliknya teruja sehingga ada yang menitiskan air mata dengan persembahan itu.

“Selain penonton di stadium, saya dimaklumkan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut memuji persembahan saya. Saya memilih untuk hanya memberi perhatian kepada perkara positif begini,” katanya.

Malam tadi, tidak lama selepas Sufian diumumkan memenangi trofi Persembahan Terbaik, netizen kecoh apabila tweet Elfira yang mendoakan kejayaan bekas tunangnya dapat menamatkan derita dan penceritaan hidupnya, tersebar.

Penyanyi Sufian Suhaimi membuat persembahan pada malam Anugerah Juara Lagu 33 di Axiata Arena, Bukit Jalil. – Foto Eizairi Shamsudin

Terdahulu, Sufian tampil di pentas AJL 33 mendendangkan lagu Di Matamu dengan penuh perasaan. Persembahannya yang dilengkapi props kain putih dan pelamin berhias bunga dan sofa pengantin, pantas mengusik emosi penonton sehingga ramai yang menitiskan air mata.

Sufian berkata, dia tidak berniat memalukan sesiapa dengan persembahan itu, malah tidak mengambil kesempatan daripada kisah cintanya yang berakhir dengan perpisahan.

Sufian juga tidak tahu menahu persamaan pelamin yang digunakan sebagai props seperti didakwa netizen sama dengan pelamin bekas tunangnya itu.

“Saya kurang pasti mengenai hal itu kerana tidak melihat pelamin artis lain. Malah, saya difahamkan, penyanyi Yuna pernah menggunakan khidmat pereka pelamin yang sama,” katanya.

Awal tahun lalu, kisah putus tunang antara Sufian dan Elfira hangat diperkatakan netizen. Umpama cinta tak kesampaian, Sufian melancarkan Di Matamu, lagu cinta melankolik ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen, yang dikatakan menceritakan apa yang dilaluinya bersama Elfira.

INI JAWAPAN DARI SUFIAN SUHAIMI 

 

Tak cukup dengan itu, ds najib pulak ada tweet pasal 1 malaysia.

Salam 1Malaysia ! ?

Oh biar rasa ini
Hanya sekadar engkau tahu
Aku ada bila perlu
Kita saja tahu
Ternyata benar benar kali ini
Memilih kamu
Mencintai aku pic.twitter.com/PLoYZtz5KS

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) February 4, 2019

Share this on WhatsApp

Arts & Entertainment elfira tweet doakan kejayaan sufian di ajl 33, lagu ajl dimatamu berhantu ajl 33, lagu dimatamu sufian suhaimi trending di ajl, lagu dimatamu trending di ajl, respons sufian suhaimi apabila elfira tweets doakan kejayaan di ajl

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. zara says

    February 6, 2019 at 8:48 am

    tak pernah minat sufian suhaimi, tapi best penghayatan dia malam tu..suara pon sedap..moga terus sucses la dia

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.