Ucapan takziah buat ahli keluarga Dr Lolo (Dr Lo’Lo Mohd Ghazali) Ahli parlimen Titiwangsa yang telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam semalam. Beliau menghidap penyakit kanser.
Sebenarnya aku pernah jumpa banyak kali Dr lolo nie masa duduk kampung baru Kuala Lumpur, jumpa sekadar lalu jerla tapi cakap-cakap tak pernah. Berbanding dengan YB dekat kawasan aku nih, setahun sekali belum tentu jumpa, bila nak pilihanraya baru boleh jumpa.
Dari raut wajah pertemuan sebelum ini, memang aku tak tahu langsung Si Arwah tak pernah menampakkan beliau ini seorang yang sakit. Hanya Allah dan dia sendiri yang tahu, atau ahli keluarga terdekat. Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.
Menurut anak allahyarhamuha di laman blognya , Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat pagi esok (hari ini) pukul 10:30 pagi.
Sedikit biodata Dr Lolo:(sumber blognya)
Merupakan seorang isteri, ibu, anak, doktor perubatan, pimpinan PAS, aktivis masyarakat, WAKIL RAKYAT dan yang paling utama Hamba ALLAH. Dilahirkan pada 2 Ogos 1957 di Kuala Kangsar Perak.
Bapa Allahyarham Dato Hj Mohd Ghazali. Ibu Allahyarhamah Datin Hjh Zainab. Suami Prof Madya Dr Aminuddin Abd Hamid Karim.Adik beradik 8 orang. Anak-anak 4 orang: Mawaddah, Muhd Fawwaz, Sakinah, Muhd Farhan. Menantu Mohd Azizy dan Nur Hafizzah. Cucu ‘Izz Nu’man.
Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya.
Sumber blog drlolo, harakahdaily.
semoga rohnya dicucuri rahmat… al-Fatihah…
terkejut betul dengan berita ni. tak sangka yer. Tak pernah dengar pulak dia sakit. Alhadulillah dia meninggal dalam perjuangan.
takziah kepada keluarga beliau. Al-Fatihah
salam Zikr..
Al-Fatihah..
masa dia dah tiba..
bila la pulaa kita..?
hanya Allah yang mengetahui
al fatihah…
Al-Fatihah…
Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para salihin.
Al-Fatihah dan takziah untuk keluarga beliau.
Pernah sekali waktu dengar radio IKIM, dengar suara beliau yang membuat panggilan. Ketika itu ada slot perkongsian dengan saudara baru.
Peribdainya seindah nama…mutiara.