• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Ekonomi / Coret-coret budget 2014, harga rumah diturunkan??

Coret-coret budget 2014, harga rumah diturunkan??

Zik · Aug 22, 2013 · 8 Comments

Share this on WhatsApp

harga rumah, gambar rumah, harga rumah turun, skim harga rumah,

Dah semakin menjadi perbualan hangat untuk budget 2014 kali ini. Sebabnya dah tak lama lagi untuk kerajaan membuat perbentangan budget 2014 dalam mana mengetahui apa kepentingan yang rakyat bakal perolehi dan juga untuk pembangunan bersama. Perbentangan budget yang akan bersidang di Dewan Rakyat pada 25 Oktober ini, 2013.

Perdana menteri ajak brain storm idea.

Dalam pada itu juga, Datuk seri Najib Tun razak ada mengutarakan di laman rasi facebooknya. “Salam 1Malaysia! Tahun lepas idea dan saranan anda telah digunakan dalam beberapa polisi dalam Belanjawan 2013,”

Harga rumah bakal turun??

Isu penurunan dan pengawalan harga rumah dijangka menjadi sebahagian intipati Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan pada Oktober depan. Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata kementeriannya telah diminta mendapatkan cadangan dan idea daripada pihak industri perumahan melalui penganjuran makmal berhubung isu tersebut.

“Mereka yang terlibat dalam makmal tersebut terdiri daripada pihak industri seperti pemaju, persatuan pembeli rumah dan pihak berkepentingan lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Inisiatif Menurunkan Harga Rumah di sini hari ini.     Beliu berkata apa yang dicadangkan nanti lebih kepada dasar, daripada segi fiskal dan polisi contohnya Cukai Keuntungan Hartanah Sebenar (RPGT), setem duti dan sebagainya.    

Abdul Rahman berkata makmal itu juga membincangkan mengenai jalan terbaik untuk menangani isu kenaikan harga rumah yang mendadak sejak lima tahun kebelakangan ini. “Penganjuran makmal berkenaan juga turut disokong Perdana Menteri memandangkan isu perumahan sentiasa menjadi agenda utama kerajaan,” katanya.

Kementerian juga katanya telah mewujudkan sebuah jawatankuasa pemantauan terhadap janji kerajaan untuk mewujudkan satu juta unit rumah mampu milik dalam masa lima tahun akan datang.

“Kita telah diarahkan untuk memantau projek di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), PR1MA, Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS), dan agensi kerajaan negeri supaya objektif tersebut dapat dicapai dan mesyuarat pertama berhubung perkara itu telah diadakan pada dua bulan lepas,”

Pendapat anda??

Ini tentunya meringankan beban buat mereka yang berpendapatan yang tidak seberapa, pekerja swasta, dan sendiri mungkin boleh membuat sedikit budget untuk beli rumah, dengan kadar yang tertentu dan syarat asas yang perlu dipenuhi. Entahla, aku nie belum ada lagi budget untuk perumahan. EPF pun ada berapa sen jer nih.

Pelan ada, tapi masih samar-samar lagi. Insyallah. Kita dengar jerla nanti perbentangan budget 2014 nanti. habis cerita.

Pss: Br1m ada dapat ker untuk budget 2014?? Janji ditepati, kwang-kwang.

Share this on WhatsApp

Ekonomi budget 2014, coret-coret budget 2014, harga rumah bakal turun 2014, harga rumah turun 2014, intipati budget 2014, pelan turun harga rumah 2014

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Comments

  1. Mohd Helmi Ahmad says

    August 22, 2013 at 10:09 pm

    Assalamualaikum, salam perkenalan. Nak follow tapi, tak jumpa pula butang follownya.

    Harap-harap begitulah. Saya belum beli rumah lagi ni.

    Reply
  2. akubiomed says

    August 22, 2013 at 11:46 pm

    Harap jangan pula pemaju mengadu kenaikkan harga bahan untuk tidak menawarkan harga rendah kepada pembeli.

    Reply
  3. Online Tips Info says

    August 24, 2013 at 1:48 pm

    Harap-harap dapat bonus yang menarik untuk budget 2014 nanti..tunggu dengan penuh debaran…..

    Reply
  4. Pol says

    August 29, 2013 at 12:16 pm

    Moga-moga pengumuman kerajaan tahun ini akan memberi manfaat kepada rakyat jelata dan meningkatkan ekonomi negara secara keseluhannya.

    Reply
  5. Ariff says

    August 29, 2013 at 10:42 pm

    Kalau betul dia turun bagus lah, ini menunjukkan kerajaan melalukan sesuatu bagi mencapai kenikmatan kepada semua pihak…

    Reply
  6. pahan says

    August 29, 2013 at 11:13 pm

    harap2 la dapat turun betul2 bro.uhu

    Reply
  7. dean says

    September 1, 2013 at 10:26 am

    salam…
    kata tn . bri…(otai hartanah) sbb rumah mahal krn buyer pertama tu nak buat untung, diorang beli cash pastu jual balik dgn harga yg melampau…harap kerajaan dapat kenal pasti masalah sebenar..

    Reply
  8. kakiblog says

    September 1, 2013 at 11:47 pm

    semoga ia turun supaya kos hidup kita semakin baik..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.

Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss