Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / CONFIRM, JOHOR CUTI PERISTIWA 16 OKTOBER 2022

CONFIRM, JOHOR CUTI PERISTIWA 16 OKTOBER 2022

Zik · Oct 16, 2022 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

pengumuman johor cuti 16.10.2022

 

Tahniah buat pasukan JDT yang telah menjulang piala Liga Super 9 kali berturut-turut. Namun ada satu pengumuman yang Menteri Besar telah umumkan iaitu Cuti peristiwa pada 16 oktober 2022.

KENYATAAN AKHBAR YANG BERHORMAT TAN SRI DATO’ DR. HAJI AZMI BIN ROHANI SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR CUTI KHAS PERISTIWA SEMPENA KEJAYAAN GEMILANG PASUKAN JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT) DAN PENCAPAIAN CEMERLANG NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM DALAM KEJOHANAN SUKAN TAHUN 2022

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, dengan ini kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 16 Oktober 2022, sebagai Hari Cuti Khas Peristiwa bagi seluruh rakyat Negeri Johor sempena kejayaan gemilang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Liga Super Malaysia buat kali ke-9 berturut-turut dan memenangi 10 piala dalam lainlain kejuaraan yang disertai JDT pada tahun 2022.

Pemberian cuti khas peristiwa ini juga dibuat sebagai tanda meraikan kejayaan cemerlang Negeri Johor menjuarai Kejohanan Sukan SUKMA Edisi ke-20 lalu, iaitu buat pertama kalinya semenjak ia mula dianjurkan pada tahun 1986, dengan menggungguli kutipan pingat sebanyak 77 pingat emas, sekaligus melepasi jauh sasaran yang ditetapkan, iaitu 55 pingat emas.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga ingin memberi penghargaan kepada beberapa acara sukan lain yang disertai oleh pasukan Negeri Johor yang mencatatkan kecemerlangan dan merangkul kejuaraan sepanjang 2022 seperti Bola Jaring, menerusi Johor Jewels, menjuarai Sooka Netball Super League (NSL) 2022. Pasukan Sepak Takraw juga beraksi cemerlang apabila berjaya menjuarai Piala Tun Ali pada bulan Ogos yang lalu. Manakala pasukan ragbi pula menempa kejayaan apabila menjuarai Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan bawah 21 tahun dan menjadi johan dalam Kejohanan HARP Men’s U19 Championship 2022.

Pemberian cuti ini juga merupakan penghargaan Kerajaan Negeri kepada pihak terlibat dan rakyat Negeri Johor yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada setiap pasukan yang bertanding mewakili Negeri Johor Darul Ta’zim. Keputusan pengisytiharan Cuti Khas Peristiwa ini adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

TAN SRI DATO’ DR. HAJI AZMI BIN ROHANI Setiausaha Kerajaan Johor 15hb Oktober 2022

 

Share this on WhatsApp

Pengumuman CONFIRM, ESOK JOHOR CUTI, JOHOR CUTI 16.10.2022, JOHOR CUTI PERISTIWA 16 OKTOBER 2022, johor cuti peristiwa 16.10.2022, pengumuman johor cuti pada 16.10.2022

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.