Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Uncategorized

Uncategorized

Punca kes COVID 19 naik diterengganu

Zik · May 19, 2021 · Leave a Comment

covid19 gambar

KHAS UNTUK WARGA TERENGGANU

DUA HARI berturut2 Terengganu melaporkan TIGA DIGIT kes harian Covid 19. Esok mungkin tiga digit lagi. Seramai 14 orang sedang dirawat di ICU HSNZ buat masa ini.

Apapun kami tidak terkejut langsung. Ini kerana rakyat di terengganu itu sendiri yang memberi ruang dan peluang Covid 19 bersuka ria di Terengganu.

Kisah kluster yang menyebabkan tertularnya kes naik diterengganu. 

Saya kongsi kisah kisah Kluster yang mengesahkan TIADA PEMATUHAN SOP yang menyebabkan penularan jangkitan Covid 19 di Terengganu berlaku dengan pantas.

Kisah 1
Lepak lepak bersama 18 orang kawan di sebuah rumah kosong di Setiu. Akhirnya 17 disahkan positif melibatkan kawan lepak dan ahli keluarga. Seramai 162 kontak rapat dikesan.

Kisah 2
Seorang dikesan positif untuk saringan masuk kerja di Johor. Semua kontak rapat famili di Dungun disaring. Akhirnya 41 ahli keluarga dan kawan disahkan positif serentak. Seramai 245 kontak rapat dikesan.

Rupanya ada beberapa buah rumah dalam pagar yang sama. Turun naik rumah itu biasa.

Kisah 3
Menganjurkan majlis berbuka puasa melibatkan 20 orang. Akhirnya tercetus Kluster Bukit Pauh di Dungun dengan jumlah kes positif 78 orang dan 496 orang kontak rapat.

Merebak pula ke KT bila kes tadi ada diskusi dan moreh di kedai makan. Akhirnya 2 kawan dikesan positif.

Kisah 4
Masak ramai2 buat majlis berbuka puasa di sebuah surau di Marang. Macam2 aktiviti dibuat sebelum raya. Sukaan sungguh semua orang. Akhirnya 26 disahkan positif. Seramai 283 orang kontak rapat dikesan.

Kisah 5
Pergi mesyuarat di KL. Tidak buat penilaian risiko. Masuk kerja macam biasa. Akhirnya 36 disahkan positif. Akhirnya ribuan kontak terpaksa disaring

Berpuluh puluh kisah boleh dishare untuk diambik iktibar untuk mengesahkan TIADA PEMATUHAN SOP. SOP semua KELAUT. Sebab apa kelaut. Sebab mereka tak cakna, sambil lewa dan perlekehkan PEMATUHAN SOP. Semuanya dianggap rekaan dan menyusahkan.

Kita tak tahu status kawan kita masa majlis sosial di atas. Kita hanya tahu bila mereka disahkan positif. Akhirnya kita menjadi kontak rapat. Nasib tak baik kita pula disahkan positif.

IKTIBARNYA. Jangan ambik mudah kebolehjangkitan Virus Covid 19 ni seperti berdiskusi untuk marking paper exam, akhirnya 3 guru disahkan positif.

Semua pemimpin masyarakat dari semua peringkat termasuk semua Ketua Jabatan sila pastikan PEMATUHAN SOP dikalangan semua rakyat dan anggota di kawasan/Jabatan masing2.

TANGGUHKAN semua majlis perkumpulan. Semua kena DUDUK RUMAH. Tidak ada guna peraturan PKP kalau masih ada yang bersukaria.

Kalau rakyat Terengganu rasa mereka kebal kepada Covid 19 teruskan aktiviti suka ria kalian.

Tiada paksaan untuk anda membaca tulisan ini. Boleh abaikan. Kalau ada manafaat sebarkan nasihat ini kepada semua orang.

Pesanan #PKNTrg

Dr Nor Azimi binti Yunus
Pengarah Kesihatan Terengganu

copy paste

Keputusan terkini dan carta liga super 9.5.2021

Zik · May 9, 2021 · Leave a Comment

liga super.

Kita ada tiga perlawanan dalam saingan liga super hari ini , selangor vs terengganu, melaka united vs petaling jaya city dan selangor vs terengganu untuk perlawanan yang ke 13 pusingan kedua.

Selangor vs Terengganu 9.5.2021 [Read more…] about Keputusan terkini dan carta liga super 9.5.2021

Live streaming Petaling jaya vs Selangor liga super 2.5.2021

Zik · May 2, 2021 · Leave a Comment

liga super.

Boleh dikatakan perlawanan malam ini dijangka sengit diantara pasukan petaling jaya vs selangor. Kedua-dua pasukan ini boleh dikatakan hebat juga, biarpun pasukan selangor dengan prestasi yoyo. Petaling jaya aku paling respek sebab tiada pemain import semua pemain tempatan belaka beb. Semalam dah settle, terengganu tewas mengejut dengan penang 1-4 manakala pasukan pahang tiada masalah menewaskan pasukan uitm tercorot liga 5-0.

Mampukah petaling jaya pada malam ini untuk menundukkan pasukan selangor yang berlangsung pada malam ini. Kedudukan tak jauh, masing-masing Selangor tangga ke 5 dengan 15 mata, dan petaling jaya tangga ke 6 dengan 14 mata. Kalau seri kekallah ditangga yang mereka duduki. Kalau selangor menang kekal juga, cuma jurang mata dah dekat dengan tangga ke 4 , terengganu. Kalau petaling jaya menang, akan pintas pasukan selangor. [Read more…] about Live streaming Petaling jaya vs Selangor liga super 2.5.2021

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 15
  • Page 16
  • Page 17
  • Page 18
  • Page 19
  • Interim pages omitted …
  • Page 65
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.