Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Sukan / PIALA MALAYSIA

PIALA MALAYSIA

KEPUTUSAN UNDIAN TM PIALA MALAYSIA 15.9.2021

Zik · Sep 15, 2021 · Leave a Comment

piala malaysia,

Sebentar tadi sudah selesai Majlis Undian Telekom Malaysia edisi 2021.Kita kupas setiap pasukan yang bertanding dalam satu kumpulan. Apa kelebihan apa kekurangan pasukan ini.  Stay tuned.!

 

[Read more…] about KEPUTUSAN UNDIAN TM PIALA MALAYSIA 15.9.2021

Live streaming Majlis Undian TM Piala Malaysia 2021

Zik · Sep 15, 2021 · Leave a Comment

piala malaysia

Tahun ini syukur Piala Malaysia dapat dijalankan seperti biasa. Tahun lepas sekerap jalan je, lepas tuh dibatalkan gara-gara kenaikan kes yang tinggi (covid19) di negara kita. Tahun ini kita lebih bersedia, dengan beberapa sop yang telah ditetapkan oleh MKN.

Jom kita tengok Majlis Undian TM piala malaysia hari ini 15 september 2021. [Read more…] about Live streaming Majlis Undian TM Piala Malaysia 2021

Piala malaysia 2020 dibatalkan!

Zik · Nov 12, 2020 · Leave a Comment

piala malaysia

Tahun ini paling sejarah betullah, piala afc dibatalkan sahaja. Ini berikutan jumlah angka yang naik mendadak sangat membimbangkan. Entahla cakap lebih-lebih kang kena pulak aku nih. Apepun ianya berkaitan dengan kos dan juga ekonomi negara yang semakin membimbangkan. Yer entahla.

Copy paste dari bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Saingan Piala Malaysia 2020 menjadi mangsa terbaharu COVID-19, selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan pembatalan kejohanan berprestij itu berkuatkuasa hari ini.

Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas rayuan untuk meneruskan kejohanan itu ditolak oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, pihaknya harus akur dengan keputusan terbaharu MKN bahawa kerajaan tidak membenarkan Piala Malaysia berlangsung sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan yang dilanjutkan sehingga 6 Disember ini.

“Pertama, MFL sentiasa peka dengan saranan daripada MKN. Pihak kerajaan menyarankan supaya tidak meneruskan pertandingan Piala Malaysia 2020.

“Sudah tentu dalam surat rayuan sebelum ini MFL sudah menyediakan perancangan cukup rapi selaras dengan panduan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan kejohanan Piala Malaysia yang masih berbaki tujuh perlawanan dapat diteruskan. Tetapi, seperti saya katakan, MFL sentiasa peka dengan saranan pihak kerajaan.

“Justeru, MFL menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah terpaksa mengambil keputusan yang cukup berat untuk membatalkan saingan Piala Malaysia 2020 demi kesihatan dan keselamatan semua pihak seperti disarankan oleh pihak kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan MKN menolak rayuan MFL untuk meneruskan saingan Piala Malaysia sepanjang tempoh PKPB.

Selain itu, Ab Ghani menjelaskan keputusan membatalkan saingan Piala Malaysia terpaksa dilakukan kerana tidak boleh lagi menangguhkan kejohanan itu ke bulan lain selepas kontrak pemain secara amnya akan berakhir pada 30 November ini.

“Banyak polemik akan tercetus jika MFL mengambil pendekatan untuk melanjutkan tarikh Piala Malaysia di mana pasukan akan berdepan masalah seperti ketiadaan pemain serta terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi.

“Apapun, saya mewakili bagi pihak MFL ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang membenarkan saingan Liga Malaysia seperti Liga Super dan Liga Perdana dijalankan sebelum ini,” katanya.

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 31
  • Page 32
  • Page 33
  • Page 34
  • Page 35
  • Interim pages omitted …
  • Page 67
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.