
Tiga nama besar dalam dunia bola sepak Asia kini menjadi perhatian apabila muncul sebagai calon berpotensi untuk mengemudi skuad Harimau Malaya.
Mereka ialah Hong Myung-bo dari Korea Selatan, Kevin Muscat dari Australia dan Masatada Ishii dari Jepun. Ketiga-tiganya mempunyai pengalaman luas serta rekod kejayaan yang mampu memberikan dimensi baharu kepada bola sepak Malaysia.
Persoalannya, siapakah paling layak membawa Harimau Malaya mengharungi cabaran Kelayakan Piala Dunia 2030 dan Piala Asia 2032? [Read more…] about 3 CALON JURULATIH HANDAL ASIA, SIAPA PALING LAYAK KEMUDI HARIMAU MALAYA?
Sukan
Senarai nama 24 Pemain Harimau Malaya Ke China,
24 Pemain Harimau Malaya Ke China, Tiada Wakil JDT Dalam Senarai!
Satu perubahan besar bakal berlaku dalam kem Harimau Malaya apabila ketua jurulatih interim, Tan Cheng Hoe mengumumkan senarai 24 pemain bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 FIFA di China pada November ini.
Apa yang paling mencuri perhatian ialah tiada seorang pun pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan kali ini.
Skuad negara bakal mengharungi dua ujian penting, bermula dengan pertemuan menentang tuan rumah China pada 14 November 2026, jam 8 malam. Selepas itu, Malaysia akan berdepan Yaman pada 17 November, jam 2 petang. [Read more…] about Senarai nama 24 Pemain Harimau Malaya Ke China,
ACLE: JDT Tewas Di Tangan Jeonbuk Hyundai 2-0

Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya terpaksa menerima hakikat kekalahan pertama dalam kempen AFC Champions League Elite (ACLE) 2026/27 selepas tewas 0-2 kepada wakil Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors.
Aksi perlawanan keempat Zon Timur yang berlangsung di Stadium Piala Dunia Jeonju menyaksikan Harimau Selatan gagal meneruskan rentak positif apabila dua jaringan pada separuh masa pertama menghukum skuad kendalian Xisco Munoz. [Read more…] about ACLE: JDT Tewas Di Tangan Jeonbuk Hyundai 2-0
