Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Sukan

Sukan

Siaran Langsung PERAK VS SABAH SUKU AKHIR2 25.9.2023

Zik · Sep 25, 2023 · Leave a Comment

PERAK VS SABAH

Perlawanan suku akhir kedua di stadium Ipoh perak pada jam 9 malam ini. Sama ada Perak atau Sabah yang akan dapat slot ke Separuh akhir. Tiga slot telah dapat pasukan Pasukan JDT, KUALA LUMPUR dan Terengganu. Bulan 10 kita nak fokus dalam kempen pesta Merdeka. Piala AFC , dan juga liga Super.

Perak bangkit dua kali dalam pertembungan suku akhir pertama di stadium Likas. Adakah sentuhan magis Yusri Che Lah akan menjadi di Stadium Ipoh malam ini. Apa lagi semua datanglah ke stadium Ipoh pada malam ini memberi sokongan sebagai pemain ke 12. Datuk Ong Kim Swee tidak boleh pandang sebelah mata pasukan Perak sekarang ini sudah ada banyak peningkatan sejak dibawah Yusri Che Lah.

Pasukan Sabah yang menduduki tangga ke 4 dalam Liga Super dengan 42 mata berbanding pasukan Perak di tangga 11 dengan 26 mata. Bola itu bulat, jika tahu strategi dalam perlawanan penting seperti ini pastinya akan menghasilkan satu magis. Points dah tak jadi sandaran, semua bergantung kepada pemain dan strategi dari coach.

Video highlights Sabah 2-2 Perak suku akhir Piala Malaysia.

Pasukan Sabah ada penat sedikit minggu lepas ada piala AFC menewaskan pasukan Hougang United dari Singapura 3-1. Awal minggu ini jumpa pulak dengan Perak. Tetapi ianya bukanlah alasan buat pasukan Sabah membuat persediaan melepaskan piala ini ke tangan pasukan lain dengan mudah. Kalau mara, Sabah atau Perak akan bertemu dengan penyandang Juara, JDT. Keras beb. Apepun ianya satu pendedahan yang baik buat pasukan yang akan jumpa JDT. Kuat JDT , kuatlah liga kita.

Pasukan Sabah yang perlu diambil perhatian ialah Darren Lok dan juga Saddil Ramdani. Pasukan Perak ialah pemain import mereka, Luciano Guaycochea dan Wan Zack Haikal bekas pemain kebangsaan yang masih ada bisanya juga.  [Read more…] about Siaran Langsung PERAK VS SABAH SUKU AKHIR2 25.9.2023

SIARAN LANGSUNG SELANGOR VS TERENGGANU PIALA MALAYSIA SUKU AKHIR2 24.9.2023

Zik · Sep 24, 2023 · Leave a Comment

selangor vs terengganu piala malaysia2023

Apakah akan ada magis yang terhasil dalam perlawanan penting pada malam ini jam 9 malam buat Selangor? Apakah akan laungan SIUUU dar Selangor , menyatakan kebangkitan dari perlawanan suku akhir pertama yang tewas 0-2 di stadium Gong Badak pada tempohari.  Selangor perlukan sentuhan magis dari Tan Cheng Ho dan juga sokongan yang tidak berbelah bagi dari penyokong yang akan datang ke stadium pada malam ini.

2 pasukan sudah menempah slot Separuh akhir, iaitu JDT (Penyandang Juara), Kuala Lumpur city, tinggal Selangor vs Terengganu dan Perak vs Sabah. 2 pasukan sahaja lagi. JDT mara dengan aggregate 7-1 menewaskan pasukan Negeri Sembilan. Manakala KL city menang dengan aggregate 2-1 di stadium Darul Makmur petang tadi game delay sebab hujan lebat, padang pun basah teruk banyak air.

KEPUTUSAN TERKINI : [Read more…] about SIARAN LANGSUNG SELANGOR VS TERENGGANU PIALA MALAYSIA SUKU AKHIR2 24.9.2023

Siaran Langsung Sri Pahang vs KL city suku akhir2 Piala Malaysia 24.92.2023

Zik · Sep 24, 2023 · 1 Comment

Sri pahang vs Kuala Lumpur city Piala Malaysia

Semalam satu slot sudah disahkan , iaitu JDT selaku penyandang juara piala Malaysia edisi 2022 mara ke separuh akhir, dan bakal bertemu Perak atau Sabah. Semalam menang 4-1 vs Negeri Sembilan, dengan aggregate 7-1. Bagaimana pula skrip pertembungan diantara pasukan Sri Pahang vs Kuala Lumpur City pada jam 5:30 petang nanti.

KEPUTUSAN AGGREGATE TERKINI

SRI PAHANG 0-1 KUALA LUMPUR CITY.

KL City tidak membawa bekalan yang selesa di tempat sendiri apabila hanya berjaya menjaringkan satu gol sebelum bertandang ke Stadium Darul Makmur, Kuantan petang nanti 24 september 2023.  Bukan mudah untuk KL city menundukkan Sri Pahang. Apatah lagi bermain ditempat lawan. Apakah KL city mampu untuk bertahan atau akan menggandakan usaha untuk mendapatkan gol pendahuluan memberi sedikit tekanan kepada pasukan Sri Pahang. Sri Pahang kena manfaatkan bermain ditempat sendiri selain percaturan taktikal yang berkesan dari Jurulatih Fandi Ahmad.

Apepun kita harap kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang menjanjikan yang terbaik pada petang ini, salah satu harus mara dan satu juga harus kecundang.

KEPUTUSAN TERKINI SRI PAHANG VS KUALA LUMPUR CITY 24.9.2023 SUKU AKHIR KEDUA.

[Read more…] about Siaran Langsung Sri Pahang vs KL city suku akhir2 Piala Malaysia 24.92.2023

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 45
  • Page 46
  • Page 47
  • Page 48
  • Page 49
  • Interim pages omitted …
  • Page 1294
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.