Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Sukan

Sukan

Live streaming badminton final beregu malaysia vs chinese taipei 17.12.2021

Zik · Jan 17, 2021 · Leave a Comment

badminton, badminton,

Perlawanan akhir hari ini dalam saingan thailand open 2021. Beregu negara kita melangkah ke final semalam apabila menundukkan pasukan pasukan indonesia yang cukup gah. Buat yang terbaik untuk pasukan malaysia bertemu dengan chinese taipei hari ini 17 januari 2021.

Live streaming badminton live open thailand 17.1.2021. [Read more…] about Live streaming badminton final beregu malaysia vs chinese taipei 17.12.2021

Keputusan terkini Leicester city vs Manchester united epl 26.12.2020

Zik · Dec 26, 2020 · Leave a Comment

logo epl, poster epl, bpl, english premier league

Keputusan terkini perlawanan dalam saingan liga EPL diteruskan pada malam ini. Perlawanan diantara pasukan Leicester city vs Manchester united pada malam ini 26 disember 2020. Harap ada berita gembira diantara salah satu pasukan ini,

Manchester united yang menduduki tangga ketiga manakala pasukan tempat kedua. Musim ini nampak agak sengit diantara pasukan epl ini nampak sudah semakin menyerlah.

Kalau manchester united dapat menang game malam ini, naik ke tangga kedua, kalau seri kekal ditangga ketiga. Mampukah skuad ole untuk mendaki tangga kedua seterusnya mencabar tempat pertama, liverpool?

Keputusan terkini perlawanan :

Leicester City vs Manchester united liga epl 26 disember 2020. [Read more…] about Keputusan terkini Leicester city vs Manchester united epl 26.12.2020

Piala malaysia 2020 dibatalkan!

Zik · Nov 12, 2020 · Leave a Comment

piala malaysia

Tahun ini paling sejarah betullah, piala afc dibatalkan sahaja. Ini berikutan jumlah angka yang naik mendadak sangat membimbangkan. Entahla cakap lebih-lebih kang kena pulak aku nih. Apepun ianya berkaitan dengan kos dan juga ekonomi negara yang semakin membimbangkan. Yer entahla.

Copy paste dari bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Saingan Piala Malaysia 2020 menjadi mangsa terbaharu COVID-19, selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan pembatalan kejohanan berprestij itu berkuatkuasa hari ini.

Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas Ahli Lembaga Pengarah MFL selepas rayuan untuk meneruskan kejohanan itu ditolak oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, pihaknya harus akur dengan keputusan terbaharu MKN bahawa kerajaan tidak membenarkan Piala Malaysia berlangsung sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan yang dilanjutkan sehingga 6 Disember ini.

“Pertama, MFL sentiasa peka dengan saranan daripada MKN. Pihak kerajaan menyarankan supaya tidak meneruskan pertandingan Piala Malaysia 2020.

“Sudah tentu dalam surat rayuan sebelum ini MFL sudah menyediakan perancangan cukup rapi selaras dengan panduan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan kejohanan Piala Malaysia yang masih berbaki tujuh perlawanan dapat diteruskan. Tetapi, seperti saya katakan, MFL sentiasa peka dengan saranan pihak kerajaan.

“Justeru, MFL menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah terpaksa mengambil keputusan yang cukup berat untuk membatalkan saingan Piala Malaysia 2020 demi kesihatan dan keselamatan semua pihak seperti disarankan oleh pihak kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan MKN menolak rayuan MFL untuk meneruskan saingan Piala Malaysia sepanjang tempoh PKPB.

Selain itu, Ab Ghani menjelaskan keputusan membatalkan saingan Piala Malaysia terpaksa dilakukan kerana tidak boleh lagi menangguhkan kejohanan itu ke bulan lain selepas kontrak pemain secara amnya akan berakhir pada 30 November ini.

“Banyak polemik akan tercetus jika MFL mengambil pendekatan untuk melanjutkan tarikh Piala Malaysia di mana pasukan akan berdepan masalah seperti ketiadaan pemain serta terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi.

“Apapun, saya mewakili bagi pihak MFL ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang membenarkan saingan Liga Malaysia seperti Liga Super dan Liga Perdana dijalankan sebelum ini,” katanya.

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 454
  • Page 455
  • Page 456
  • Page 457
  • Page 458
  • Interim pages omitted …
  • Page 1327
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.