Impian untuk melihat skuad muda negara beraksi di pentas Asia kembali menjadi perhatian apabila Harimau Muda B-16 kini menggalas misi penting dalam kempen Kelayakan Piala Asia B-17 2027.
Ketua jurulatih skuad B-16 negara, Shukor Adan, menegaskan bahawa sasaran utama pasukannya sudah jelas, iaitu memastikan Malaysia berjaya melayakkan diri ke kejohanan Piala Asia B-17 tahun depan.
Malaysia bakal mengharungi cabaran Kumpulan E dengan berdepan Palestin, Singapura, Guam dan India. Lebih menarik, skuad negara akan mendapat kelebihan beraksi di laman sendiri apabila Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras menjadi gelanggang perlawanan kelayakan ini.
Namun, perjalanan Harimau Muda bukanlah mudah. Berdasarkan format kelayakan, hanya juara setiap kumpulan akan memperoleh tiket automatik ke pusingan akhir Piala Asia B-17 2027 yang dijadualkan berlangsung di Uzbekistan pada Mei tahun depan. [Read more…] about HARIMAU MUDA B-16 BURU TIKET KE PIALA ASIA B-17 2027 – SHUKOR ADAN MAHU SOKONGAN PADU PENYOKONG!


