
Berikut adalah keputusan perlawanan liga juara-juara eropah. Ada beberapa perlawanan terpaksa ditangguhkan (lawan di England) sebab masih lagi tempoh berkabung , kematian Elizabeth ll. Jom kita tengok keputusan penuh perlawanan pada hari ini.
Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss
Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024
Zik · · Leave a Comment

Berikut adalah keputusan perlawanan liga juara-juara eropah. Ada beberapa perlawanan terpaksa ditangguhkan (lawan di England) sebab masih lagi tempoh berkabung , kematian Elizabeth ll. Jom kita tengok keputusan penuh perlawanan pada hari ini.

Perlawanan liga super hari ini super sunday, diantara pasukan Sri Pahang vs Kuala Lumpur hari ahad 11 september 2022. Adakah sri pahang mampu menyekat kemaraan pasukan Kuala Lumpur city yang prestasinya berada di tempat terbaik setelah dapat mara ke separuh akhir piala afc dan akan bakal bertemu dengan pasukan kelab dari Uzbekistan bulan oktober nanti.
Sri pahang yang berada ditangga ke 7 dengan 21 mata mahu dapatkan tempat 3 terbaik untuk ke piala afc tahun hadapan, juga dengan kuala lumpur city juga mahu berikan yang terbaik. Bojan hodak dan Dollah Salleh diantara jurulatih yang sudah masak dengan pemain liga super. [Read more…] about LIVE STREAMING SRI PAHANG VS KUALA LUMPUR CITY 11.9.2022
Zik · · Leave a Comment

Ini adalah perlawanan yang sangat penting dalam kejohanan piala fa edisi 2022. Memandangkan kita tiada liga EPL untuk 1,2 minggu ini. Baik kita layan dua gergasi ini berentap di Stadium Bukit jalil, Hari sabtu ini JDT VS TERENGGANU.
Kita harap cuaca baiklah pada malam ini, semalam tengok hujan lebat pulak. Keadaan padang pun harapnya dalam keadaan yang baik, jangan masa kelayakkan piala asia, teruk padangnya, lawan bahrain, bangladesh, dan Turkmenistan. Untung kita jadi tuan rumah.
Macam mana dengan penyokong yang akan hadir pada perlawanan malam ini? ada yang sudah bergerak semalam ,tumpang rumah kawan, sedara mara. Ada yang gerak pagi-pagi ini, lepas subuh pergi ke stadium bukit jalil. Apepun pada perlawanan malam ini, harapnya tiadalah insiden yang tidak diingini berlaku.
SIAPA MENANG TAK KISAH, KE FINAL SUDAH KIRA JUARA!!
Perkara yang kita paling respect ialah penyokong yang sanggup datang dari jauh, Terengganu, Johor. Masing-masing korbankan masa, tenaga, wang ringgit untuk pergi ke stadium membawa khabar gembira atau tidak. Bagi aku kalau tak menang pun sudah dikira menang juga, sebab dapat pergi ke final itu bukanlah satu benda yang mudah. Cuma ianya jadi lebih manis membawa khabar gembira yang pergi ke stadium, bergembira membawa pulang piala kemenangan piala fa buat tahun ini.
Kita pun belum pasti, akan kemaskini pada petang atau sebelum sepak mula pada perlawanan malam ini.
JANGAN LUPA :
JDT VS TERENGGANU
MASA : 9 MALAM
LIVE : YOUTUBE
LOKASI : STADIUM BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR . .
KEPUTUSAN TERKINI JDT VS TERENGGANU FINAL PIALA FA 2022
*akan dikemaskini perlawanan malam nanti.
LIVE STREAMING JDT VS TERENGGANU 10.9.2022