Peluang untuk melihat Akhyar Rashid dan Luqman Hakim kembali menyarung jersi Harimau Malaya masih terbuka apabila kedua-dua pemain itu disenaraikan dalam senarai bersedia bagi menghadapi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang China dan Yemen pada November ini.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai 24 pemain utama serta 15 pemain simpanan yang berpotensi dipanggil sekiranya berlaku sebarang perubahan dalam skuad.
Akhyar Rashid yang kini beraksi bersama Negeri Sembilan FC dan penyerang Luqman Hakim Shamsudin merupakan antara nama menarik dalam senarai bersedia tersebut. [Read more…] about AKHYAR RASHID & LUQMAN HAKIM MASIH BERPELUANG! DUA BINTANG NEGARA TUNGGU PANGGILAN TAN CHENG HOE


