Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Archives for Akademik

Akademik

Sains- Meramal

Zik · Oct 20, 2019 · Leave a Comment

Meramal ialah membuat jangkaan tentang apa yang akan berlaku bagi suatu peristiwa berdasarkan pemerhatian , pengalaman lalu atau data yang dipercayai.

 sudu, litar letak sudu

Rajah menunjukkan mentol menyala apabila satu litar ringkas disambungkan dengan sebatang sudu keluli.

 

Jika sudu plastik yang digunakan, mentol itu tidak akan menyala . Hal ini kerana plastik tidak mengalirkan arus elektrik.  Ia adalah penebat  haba.

Membuat jangkaan awal tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman lalu atau berdasarkan data.

PETUNJUK
  1. menggunakan bukti yang lepas atau ketika itu untuk menyatakan apa yang mungkin akan berlaku
  2. membezakan ramalan daripada meneka
  3. menentukan hasil yang mungkin daripada sesuatu tindakan
  4. secara eksplisit menggunakan pola sebagai bukti bagi membuat unjuran
  5. mengesahkan satu kenyataan mengenai apa yang akan berlaku atau ditemui berdasarkan bukti atau pengalaman yang lepas
  6. mengekstrapolasi dan menyisipkan sebagai alat membuat ramalan

[Read more…] about Sains- Meramal

Sains- Membuat Inferens

Zik · Oct 20, 2019 · Leave a Comment

Inferens ialah satu tafsiran untuk menerangkan tentang suatu peristiwa atau pemerhatian.

Tafsiran itu mungkin benar dan mungkin tidak benar tetapi mestilah logok atau munasabah.

Kemahiran membuat inferens

Takrif
Membuat kesimpulan awal yang logik , yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu pemerhatian, fenomena, kejadian atau peristiwa.Biasanya kesimpulan awal ini, dibuat berdasarkan pengalaman yang lalu.

Anda perlu menguasai kemahiran ini supaya anda boleh…
membuat penerangan awal untuk sesuatu pemerhatian.
membina satu hipotesis untuk penyiasatan
mengguna bukti-bukti yang ada untuk membuat penerangan awal.
melalui proses pemikiran semasa hendak menerangkan  sesuatu pemerhatian.

Anda sedang menginferens apabila…..
cuba membuat kesimpulan awal tentang pemerhatian.
membuat satu kesimpulan daripada sesuatu data.
membuat kesimpulan daripada sesuatu maklumat.
membuat satu tanggapan awal.
mencari jawapan kepada soalan yang bermula dengan ;
Mengapakah …..?,  Bagaimanakah…?  Nyatakan sebab…

Rajah dibawah menunjukkan seorang murid telah gagal dalam ujian.

fail, gagal, gagal dalam peperiksaann

Beberapa inferens yang boleh dibuat tentang kegagalan murid itu ialah

  • Murid itu tidak belajar dengan betul
  • Murid itu tidak mengulang kaji pelajarannya.
  • Murid itu tertidur semasa ujian.

Membuat inferens tentang kepentingan air kepada tumbuhan.

Kaedah:

Dua biji anak benih kacang hijau ditanah di dalam dua bekas yang berasingan.

satu daripada anak enih itu disiram dengan air setiap hari.

Anak benih yang satu lagi tidak disiram dengan air.

Selepas 5 hari , pemerhatian terhadap kedua-dua biji anak benih itu dibuat.

disiram, disiram dan tidak disiram,

Pemerhatian

 

Inferens :

Anak benih yang disiram tumbuh subur kerana tumbuhan memerlukan air untuk hidup.

Anak benih yang tidak disiram terbantut dan layu kerana tumbuhan tidak boleh hidup tanpa air.

Contoh lain :

Aktiviti 1: Sekumpulan murid darjah lima sedang menjalankan projek mengkaji kesan penggunaan baja terhadap pertumbuhan pokok. Ketinggian pokok dan banyaknya baja yang diguna telah direkod dalam jadual 1.

Jadual 1 
Apakah inferens yang boleh anda buat?

Mengukur menggunakan nombor

Zik · Oct 14, 2019 · Leave a Comment

ukur buku,

Mengukur ialah membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan mengunakan perlatan.

PETUNJUK

  1. Boleh mengira dan membandingkan bilangan item di dalam kumpulan yang berlainan
  2. Boleh mengenali pola di dalam jadual-jadual nombor
  3. Menggunakan nombor untuk merekod fenomena
  4. Menggunakan skala dan menerangkan nisbah
  5. Mengira dengan mudah
  6. Membandingkan objek-objek menggunakan nombor
  7. Menggunakan alat dengan betul
  8. Mencatat bacaan dengan tepat
  9. Mencatat unit dengan betul
  10. Memilih dan menggunakan unit yang piawai
  11. Membanding masa, jarak, luas dan isipadu dengan unit yang berkaitan
  12. Menentukan kejituan ukuran tertentu

 

Peralatan yang biasa digunakan untuk mengukur suatu kuantiti dinyatakan dalam jadual di bawah.

Kuantiti          Peralatan
Panjang         Pembaris, benang
Isi Padu         Cawan, silinder penyukat
Masa             Jam, Jam randik
Jisim              Neraca

 

Rajah dibawah menunjukkan cara mengukur panjang sebuah buku dengan menggunakan sebatang pembaris.

ukur buku,

Pembaris digunakan kerana sisi buku yang lurus. Semasa mengukur, hujung pembaris bertanda sifar mestilah selari dengan satu hujung buku. Barulah tepat kiraan ukur buku.

Mengukur & menggunakan nombor adalah pemerhatian yang dibuat secara kuantitatif dengan menggunakan unit rujukan atau alat berunit piawai. Bagi aktiviti ini saya menggunakan pelbagai alat spt neraca tiga palang, neraca digital, penimbang & pengukur badan, pita pengukur, neraca Newton, neraca spring, angkup Vernier, pembaris, silinder penyukat, termometer dll. Saya mahu setiap murid mendapat pengalaman menggunakan alat ini. Seterusnya murid mengisi jadual setelah mendapatkan data.

ParameterNilai ukuranUnitAlat ukuran
Tinggi saya
Jisim saya
Ukur lilit pinggang
Jisim tepung Neraca tiga palang
Tinggi doh awal
Isipadu air
Berat pemberat Neraca Newton
Jisim pemberat Neraca spring
Jumlah yis
Lebar fail
Panjang meja makmal
Diameter pensel
Suhu badan saya

 

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 33
  • Page 34
  • Page 35
  • Page 36
  • Page 37
  • Interim pages omitted …
  • Page 99
  • Go to Next Page »

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.