• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kerohanian/Keagamaan / Cara untuk qadha sembahyang (panduan)

Cara untuk qadha sembahyang (panduan)

Zik · Jul 21, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

cara qada solat

Solat merupakan ibadah yang penting dan wajib dilakukan di samping membentuk peribadi manusia kerana ianya mampu menghalang seorang Muslim daripada melakukan perkara mungkar, iaitu perkara salah dan terlarang.

Acapkali kita mendengar bahawa solat adalah tiang agama, malah solat juga kunci kepada terimanya semua amalam yang dilakukan dalam mengejar ganjaran pahala dan syurga.

Sebelum solat lima waktu diwajibkan kepada umat Islam, solat pertama yang diwajibkan adalah solat malam. Firman Allah s.w.t ;

“Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk solat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya).”

Asal solat 50 waktu dalam sehari. 

Kemudian kewajipan ini juga diringankan dengan perintah solat wajib lima waktu ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Pada awalnya, Allah s.w.t memerintahkan solat 50 waktu dalam sehari semalam kepada Rasulullah s.a.w.

Baginda pun menerima perintah itu dan ingin kembali ke bumi. Tetapi di langit keenam, Baginda bertemu Nabi Musa a.s lalu ditanya mengenai perintah yang diberikan Allah kepada Baginda s.a.w.

Lalu baginda menjawab, perintah untuk solat sebanyak 50 kali sehari semalam telah diberikan kepadanya oleh Allah s.w.t. Nabi Musa a.s pun menasihatkan Rasulullah untuk kembali bertemu Allah s.w.t bagi meminta untuk jumlah itu dikurangkan.

Umat sebelum ini juga gagal melaksanakan perkara yang diperintahkan Allah inikan pula untuk umat Nabi Muhammad melakukan solat 50 waktu sehari semalam, pesan Nabi Musa a.s.

Rasulullah s.a.w menerima nasihat itu lalu Baginda pun kembali menghadap Allah s.w.t untuk meminta pengurangan. Lalu jumlah itu dikurangkan kepada 40.

Nabi s.a.w turun semula ke langit keenam bertemu Nabi Musa a.s yang kemudian mencadangkan agar jumlah itu dikurangkan lagi;

“Umatmu masih belum mampu melakukannya wahai Muhammad.”

Begitulah seterusnya berulang kali, sehingga jumlah tersebut berkurang menjadi lima waktu. Selepas perintah itu bertukar menjadi lima waktu sahaja, Nabi s.a.w turun bertemu Nabi Musa yang mencadangkan agar jumlah itu dikurangkan lagi. Namun, baginda s.a.w bersabda;

“Aku telah berulang kali memohon keringanan kepada Rabbku, sehingga aku berasa malu. Aku reda dan menerima perintah tersebut.”

Kemudian Nabi s.a.w kembali ke bumi dengan membawa perintah solat lima waktu itu. Semua waktu solat hanya diwajibkan dua rakaat sahaja kecuali Maghrib tiga rakaat pada waktu awal solat dperintahkan wajib.

Selepas berhijrah ke Madinah, Rasulullah s.a.w mendapat wahyu agar tiga waktu solat iaitu Zuhur, Asar dan Isyak ditambah dua rakaat setiap satu sehingga menjadi empat rakaat. Waktu solat Maghrib dan Subuh kekal dengan tiga dan dua rakaat.

Begitulah secara ringkasnya tentang sejarah solat yang dititikmulakan dari peristiwa Israk Mikraj.

Bagaimanakah sekiranya Rasulullah s.a.w tidak mahu berusah payah berulang kali menemui Allah dan meminta waktu solat dikurangkan?

Sehingga hari ini, pada waktu solat yang lima waktu ini saja, kita masih malas, melenggahkan bahkan enggan, sedangkan hikmah dan ganjaran pada solat itu sangatlah besar.

Semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan yang tidak lalai dalam mendirikan solat.

Pengertian Solat. 

Solat dari sudut bahasa beerti doa atau memohon kebajikan dan pujian manakala dari sudut syarak pula, solat diertikan “beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir disudahi dengan salam, dilakukan dengan keadaan beribadah kepada Allah S.W.T dengan menurut segala syarat yang telah ditentukan.”

Solat diwajibkan kepada seluruh umat islam yang telah baligh, berakal, dan suci daripada hadas kecil dan besar.

Namun begitu, ramai di kalangan kita yang pernah tertinggal solat fardhu sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja bahkan ada yang tidak menunaikan solat fardhu sehingga bertahun lamanya

Boleh jadi seseorang itu tertinggal solat atau tidak menunaikan solat fardhu kerana masih jahil agama, lagha, leka dengan dunia, kesibukkan bekerja, malas dan sebagainya tetapi walau apa pun alasan hutang solat fardhu wajib diganti kerana hukum meninggalkan solat fardhu adalah berdosa besar.

Firman Allah S.W.T

Yang bermaksud: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. Surah An Nisaa: 103″

Ayat ini menunjukkan bahawa solat fardhu menjadi kewajipan orang Islam dan mempunyai waktunya yang telah ditetapkan.

Pengarang al-Fiqh al-Manhaji  menyebut: Orang yang meninggalkan kerana mengingkari hukum wajibnya atau sengaja mempersendakannya akan menjadi kafir dan terkeluar daripada agama Islam.

Dalam naskhah tersebut ada menyatakan sesiapa yang meninggalkan solat fardhu secara sengaja wajib bertaubat dan sekiranya dia mengingkari, dia akan dihukum bunuh sebagai seorang murtad dan mayatnya tidak boleh dimandikan, dikafankan, disembahyangkan serta dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam kerana dia bukan lagi di kalangan mereka.

Sementara itu, sekiranya dia telah berubah ke arah yang lebih baik dan ingin kembali ke pangkal jalan, dia wajib mengqadha semula kesemua solat fardhu yang telah ditinggalkannya sejak akil baligh. 

Cara qadha solat fardhu yang sudah lama ditinggalkan

Bagi mereka yang ingin ganti atau qadha solat fardhu yang sudah bertahun lamanya ditinggalkan boleh melakukannya dengan menunaikan qadha solat fardhu bermula dari sekarang semampu yang mungkin walaupun secara beransur-ansur sehingga selesai di samping perlu bertaubat kepada Allah SWT.

Cara niat qadha bagi solat Fardhu Lima Waktu:

  1. Solat Magrib. – Sahaja aku solat fardu magrib tiga rakaat qadha kerana Allah Ta’ala .
  2. Solat Isyak- Sahaja aku solat fardu Isyak empaat rakaat qadha kerana Alla Ta’ala.
  3. Solah Subuh- Sahaja aku solat fardhu Subuh dua rakaat qadha kerana Allah Ta’alla.
  4. Solat Zuhur. Sahaja aku solat fardu Zuhur empaat rakaat qadha kerana Allah Ta’ala.
  5. Solat Asar- Sahaja aku solat fardu Asar empaat rakaat qadha kerana AllahTa’ala.

Mereka hendaklah menghitung solat yang ditinggalkan dengan ghalib zan atau yakin supaya dapat diqadhakan semua solat yang pernah ditinggalkan.

Tapi bagaimana ingin mengetahui selama mana perlu diganti solat fardhu? Menurut Ustaz Azhar Idrus andai kita telah qadha solat fardhu melebihi solat fardhu yang pernah ditinggalkan, kita akan merasa satu perasaan di dalam hati yang meyakinkan kita bahawa solat qada kita telah cukup. InsyaAllah.

Penerangan adalah seperti video di bawah.

Untuk memudahkan qadha solat fardhu, seseorang itu boleh melakukan solat qadha selepas solat fardhu misalnya selepas melakukan solat fardhu zohor disambung terus dengan solat qadha zohor dan begitulah untuk waktu-waktu solat fardhu yang lain.

Masa sesuai yang untuk solat Qada”

masa sesuai qada solat,

Solat qadha juga boleh dilakukan 5 waktu solat qadha sekali gus sebelum tidur atau ketika tengah malam semampu yang mungkin.

Sebagai infomasi, solat qadha fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali ulama’ kata haram untuk qadha solat fardhu semasa khatib sedang naik di atas mimbar untuk membaca khutbah. Wallahualam.

Informasi dipetik daripada laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Semoga informasi ini memberi manfaat buat kita semua!

Bagaimana pula cara untuk qadha solat fadhu oleh Ustaz Zaharuddin ada kupasannya.

Tertinggal sebab apa tu? Sebab tak sedar tidor ke, sedar lewat ke, atau sengaja. Yang saya pernah dengar dari ramai ustaz “,kalau kita sedar ‘sedar dh lewat (subuh gajah)/cahaya matahari dah naik dah, pd masa kita sedar itu hendaklah segera bangun ambil wuduk dan solat subuh tak perlu niat qadha.” hanya perkongsian, jika ada yg silap tolong betulkan.terima kasih

Cara qadha’ solat yang tertinggal lama? (oleh team tarbiah sentap). 

 

Persoalan yang sering timbul.

Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?

Jawapan :  Wajib qada solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.

Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya.

Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.

Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu ( tetapi sudah buat solat taubat ) bagaimana ?

Soal jika meninggal sebelum sempat meng’qada kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar-benar insaf dan niat untuk qada’ kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dosa-dosanya.

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Kerohanian/Keagamaan cara qadha solat yang tertinggal lama, cara untuk qadha solat, cara untuk qadha solat dengan cara yang betul, panduan solat qadha, panduan untuk qadha solat yang tertinggal selamat berpuluh tahun, pengertian solat

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 






Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

Recent Posts

  • Panduan Peperiksaan online PTD n19 2021
  • Live streaming Melaka United vs Selangor fc liga super 18.4.2021
  • Live streaming Petaling jaya city vs Pulau Pinang liga super18.4.2021
  • Live streaming Sabah vs Uitm liga super 17.4.2021
  • Live streaming Perak vs Kedah 17.4.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 




Kategori/Sitemap

Archives

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)

Before you go

You may also be interested in these posts:

Kerohanian/Keagamaan Personal

Kartun Malaysia , kalau sibuk dengan business pun agak-agakla!!

Share this on WhatsAppAku tahu, ada diantara kita yang sibuk dengan duniawi, sib…

Kerohanian/Keagamaan

Kelebihan berzikir

Share this on WhatsAppAdakah kita berzikir setiap hari, Dari Anas ra bahwa Rasul…

Kerohanian/Keagamaan

Kenapa manusia berperang??

Share this on WhatsAppMereka yang tak berdosa menjadi mangsa Peperangan bukan se…

%d bloggers like this: