Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kiblat sembahyang merupakan syarat sah dalam sembahyang. Hah, kalau tak memang tak sah le sembahyang kita. KECUALI dalam keadaan tertentu yang akan diterangkan sebentar sahaja lagi insyallah.
Ada beberapa cara.
Yang pertama sila ke laman web http://www.qiblalocator.com/ ia ada menunjukkan cara untuk kita mengetahui dimana arah kiblat dengan menaip kawasan rumah kita. Ia seperti google earth.
Qibla Locator atau penunjuk arah kiblat antara lain dibuat oleh Ibn Mas’ud dengan menggunakan peranti lunak aplikasi Google Maps API v2, sejak tahun 2006. Teknologi ini dikembangkan oleh Hamed Zarrabi Zadeh dari Universitas Waterloo di Ontario, Kanada.
Dengan Qibla Locator yang berbasis Google Earth ini dapat diketahui arah kiblat dari mana pun kita berada. Untuk mengetahuinya, kita cuma meletakkan lokasi tempat kita, , alamat atau nama jalan,pos code, dan negara atau garis lintang dan garis bujur di di kotak atas tuh.
Maka di sisi kanan gambar peta akan muncul besaran arah kiblat atau kabah dan jaraknya dari posisi lokasi yang kita masukkan.
Untuk tahu cara yang lain. boleh rujuk di video youtube di bawah ini. Ia ada menyatakan cara, kaedah yang lain selain menggunakan kompas, seperti arah matahari terbenam, kayu tegak, bintang orian (ketika malam).
Selamat mencuba.
Dalam pada itu juga, sebagai pengetahuan tambahan. Bagaimana cara untuk mengetahui masuk waktu solat dan waktu sembahyang ketika di tempat yang kita susah untuk mencari arah kiblat contohnya di hutan belantara, atau di laut bagaimana perlaksanaanya boleh rujuk di video di bawah oleh ustaz harun din.
Bagaimana nak tahu masuk waktu solat, kiblat dan arah kiblat?
Dalam keadaan- keadaan yang luarbiasa, dimana pada waktu ketika itu kita tidak tahu mana arah kiblat Kita dikehendaki supaya beriktihad (berusaha dengan apa sahaja sedaya upaya) apa yang ada berpandukan kepada matahari, yakin telah masuk waktu sembahyang contohnya waktu subuh, terdengar bunyi ayam berkokok, ataupun waktu zohor kita tengok sudah gelincirnya matahari (matahari melepasi tegak.
Ketika di laut.
Nelayan yang sedang dalam sampan lautan. Ketika bermula takbiratul ihram, hendaklah menghadap kiblat. Kemudian selepas takbiratul ihram, maka terpulanglah kepada keadaan selepas itu, kerana keadaan dalam darurat. Itulah cara kita sembahyang dalam kenderaan yang bergerak dan berpusing.
Kaedah menggunakan kayu tegak.
Pacakkan sebatang kayu yang tegak (objek yang lurus) di tempat tanah yang rata, ambil hujung bayang menghala ke arah matahari. Maka lurus bayang akan membetulkan arah kiblat.
INFO FALAK :
Matahari akan berada dalam keadaan tegak ke arah kaabah dalam dua kali setahun.Fenomena yang berlaku seperti ini, merupakan peluang untuk kita mengetahui arah kiblat, membetulkan arah kiblat sebelum ini.
28 mei , pukul 5:16 PM (petang)
16 Julai, pukul 5:28 PM (petang)
Tarikh ini sesuai untuk di malaysia sahaja.
Adakah arah kiblat tempat sembahyang kita tepat? Mungkin ini salah satu usaha yang boleh kita semua mengetahui ilmu falak yang sedikit sahaja sebenarnya dan ada pendapat mengatakan mengambil konsep matahari terbenam tidak tepat. Banyak alternatif lain yang boleh kita pelajari.
Tengok arah matahari
terbenam boleh ke Zikr :shocked:
boleh..tapi masih tidak tepat sebab mesti ubah beberapa darjah utk lebih tepat…itu sebab rasanya ada masa dan ketika…pihak berkuasa mengeluarkan satu masa di mana matahari betul2 berada di atas kaabah…masa inilah, kita perlu betul2 ambil peluang utk dapatkan arah kiblat yg paling tepat…
sekadar berkongsi π
pssst..maaf kalau ade yg silap
Menentukan arah kiblat yang paling adalah menggunakan info falak seperti diatas pada tarikh-tarikh tersebut matahari berada dikududukan atas Kaabah. Benda menentukan arah kiblat selalu diambil ringan moga dengan tip ini boleh dimanfaatkan.
ya betul tuh… arah kiblat mesti kena betul…
nice sharing bro…skrg ni byk isu dorg cakap kiblat salah..takut jugak aku salah..huhu..nt nak di check kiblat petang ni…
hal pernah masuk dalam berita.
takut juga aku. :cwy:
Kita yang mudah pun x solat.. Sangat teruk!
teknologi ditangan kita.tapi mudah tak solat. :ermm:
Thanks for sharing bro, kadang-kadang tu masa travel dlm hutan ada sket cuak gak nak cari arah kiblat nih…
kalau dah darurat tak mengapa… yang penting yakin..
kalau dalam keadaan darurat, serong sikit tak apa asalkan tak melebihi 180 darjah dari arah asal. guna kaedah arah matahari paling senang. kalau malam boleh refer buruj utara. tapi kalau malam berawan tebal macam mana ek?
pakai kompas jela…huhu, kalau takda juga..yakin dengan hati….
sebab tu orang dulu terer tengok matahari bulan bintang semua..dia orang guna untuk tentukan arah kiblat dan masuk waktu.
sekarang dan ada macam-macam kemudahan dah.. tu pun terbabas jer kerjanya..akulah tu..huhu..
hehe …. orang dulu memang ilmu2 nie memang tak terlepas..
Salam zik huhu..salam maal hijrah. terbaek laahhh perkongsian ni…xpenah lagi hadapi situasi camni (darurat).Terkenang dulu time sekolah buat x kisah je pasal solat kalo p kem mana2 ke…niat nk qada je semua..kena rotan piapppp!! sekali kat kaki ngan ustaz baru nk amik air sembyg huhu
boleh tahan garang ustaz… tuh…
aku ada jam yang ada penunjuk kiblat dan kompas.. aku beli 10tahun lepas guna kad kredit.
ia adalah garget yang paling aku sayang.
tapi dah rosak dah.
talinya dan baterinya dah bertukar berkali2.
ianya mmg tepat menghala ke kiblat bila di check. jd, sesekali bila aku solat di mana2, bila check kiblat surau di situ mmg ada yang menyimpang.
satu lagi, kalu korang perasan pondok wakaf kat kawasan rehat highway PLUS, ianya mmg sudah diset arah kiblat yang betul. tak payahlah nak senget2kan lagi sejadah.
berapa agaknya harga jam kiblat tuh???
rasanya sekitar rm3xx. jenama Casio. masa aku beli dulu sekitar rm6xx.
menarik sekali ni bro….cina yg pasang astro rumah aku hari tu pulak kata disc astro kena hala macam hala orang islam semayang kalau mau betul2 clear..kebetulan kot
owh yeker..tak tahu lah pulak…
teringat dahulu cikgu aku ada ajar aku cara nak cari arah kiblat, guna bayang2 la kan.. π
erm bayang2 salah satu tekniknya..
nice sharing bro. thanks.
ada yg kecoh pas tsunami 2004 arah kiblat skit berubah
tapi x pun
owh yeker… baru aku tahu pasal nih..
tapi budak2 skrg maju2 pakai iphone la pulak.hadoi..
thanks hare bro.cool!
iphone pun dah ada.??.. terbaik tuh…
ouh memang kena tengok dua bulan tu jeke?? lambat lagi bulan mei dan julai tu…
ah ya… memang tarikh tuh jer..
bleh juga carik alat yg kompas utk kiblat tu..rasanya betul dah..i.allah…
mcm tmpt aku dulu panggil je orang falak majlis agama, diorang yg tgkkan..hehe..
wah senang sikit ek.. yelah mereka pun memang pakar dalam bidang ini…
oh. yang ni memang dah tahu. tapi rasanya memang ramai lagi yang masih tak tahu.
hurm betul tuh cikgu… saya pun belajar2 sikit lah nih… yang bintang tuh masih tak berapa nak pandai..
owh bagus2x…
Minta izin share ya.. http://www.facebook.com/murahjual2
askom semua..sya ada masalah.sya harap korang semua boleh tlg sya..sya teringin nak sembahyang.tpi tiap2x kali sya nak solat .mesti x jadi. Contoh? Sebelum masuk waktu. Sya rasa besemangat nak solat. Tpi bila dah masuk waktu .sya jadi x besemangat nak solat.tlg sya.. Sya nak berubah. Sya takot mati. Sya takot allah.
salam rusli , dlu aku macam ang juga. tapi alhamdulillah lah . da boleh brubah . kalau dulu ak tak semangat untuk solat tapi semenjak aku tahu macam mana nak solat dengan betul . aku jadi semangat. cuba taip di google search “cara solat dengan betul” . di sana ada langkah demi langkah. dan bacaan doa boleh la di cari kat youtube. sama-sama kita berubah ke arah kebaikan. π
Assalam..
Teknologi sekarang makin canggih…tak ada alasan untuk tidak solat..
assalamualaikum …ada kah sembahyang kita sah klau sebelum ni kiblat kita x betul??bukan sengaja ,saya memang tak tahu π
tak sengaja tak mengapa.. tapi wajib bertaubat dan seeloknya buat sembahyang taubat diatas kejahilan kita sendiri
assalamualikum , waktu yang sesuai untuk mengenalpasti arah kiblah
.tengahari ataupun sebelah petang . mahu kepastian itu sahaja
petang… tengah hari pun boleh… paling tepat petang..