Senang jer sebenarnya nak buat peta minda nih. Tak semestinya nak kena tulis/ lakar design dengan cantik-cantik. Yang penting kita paham apa yang kita tulis tuh.
Tujuan Mind Mapping.
Untuk memudahkan kita ingat , faham dan juga menjadikan minda kita lebih cepat bertindak dan tahu apa yang sebenarnya kita mahukan. Ia berkonsepkan tulang ikan, pokok, viral, MLM dan sewaktu dengannya. Mind mapping bukan sahaja untuk mereka yang masih di sekolah, universiti, tetapi dalam perniagaan, kerja seharian kita boleh mempraktikkan mind mapping ini. Perlu kita kembangkan dan jadikan mind mapping ini sebagai kehidupan seharian. Boleh jadi ia satu target seharian, mingguan, bulanan dan tahunan.
Kenapa perlu mind mapping.
Ia lebih infografik, tidak dalam bentuk ayat perenggan yang panjang berjela-jela. Lebih kepada key point (kata kunci). Bila kita dah ingat dan tahu kata kunci. Dah boleh goreng masa exam tuh. Hehe.
Mudah hafal, faham dan hadam. Bila kita buat mind mapping nih bila dah dekat exam. Kalau esok exam , malam baru nak buat itu sendiri mau ingatlah. Jawabnya esok kantoi. Melainkan kau buat mind mapping nih untuk toyol masa exam. Hehe.
Alternatif nota kecil. Yerla, dah korang takkan nak membaca mengkhinzir buta esok nak exam, baru nak membaca. Sempat ke?? So persediaan untuk buat mind mapping kena awal jugakla. So malam tuh tinggal baca jer dari mind mapping. Sap-sap sekali imbas. Tak paham, baru tengok kata kunci tuh, pergi belek balik dekat buka. Huhu.
Cara nak buat ??
Halah senang jer. Ikut contoh gambar bawah nih. Sekarang zaman android, IOS. Lagilah senang, tinggal masukkan data-data ker. Install jer dulu dekat handphone canggih korang tuh dari google apps. Taip jer mind mapping. Berlambak ada. free ada, berbayar pun ada tuh. Jari anda tentukan. Jimat kertas dan ink dakwat.
Contoh dan jenis mind mapping.
Tontoh video tutorial yang basic punya (tapi dalam bahasa english lah kan )
Versi Lain :
Yang paling penting ialah : asasnya
- Pakai kertas putih.
- Tulis tajuk besar dekat tengah.
- Point besar tulis satu dahan.
- Di bahagian dahan boleh tulis lagi ranting.
- Dibahagian ranting boleh tulis point dalam ranting kecil lagi..
Bersambung…
ada orang bole, ada orang sebaliknya. otak saya memang tak boleh terima peta minda…nampak serabut je.
Peta minda memang bagus untuk latihan minda.
peta minda sesuai untuk lelaki
wanita rasanya kurang sikit
Sampai sekarang guna untuk kerja apabila dapat projek yang tidak mempunyai rujukan dan tidak tahu bermula dari mana. Main letak-letak dahulu kemudian baru susun. Sekarang ini lebih mudah guna software selepas itu boleh convert kepada Power Point Presentation, Excel dan sebagainya tidak payah pening kepala nak menaip semula. Paling best boleh letak datelines dan indikator status progress senang nak pantau mana-mana ahli kumpulan yang tido. 🙂
bro memang hebat… hehe
Peta minda nie mmg memudahkan tp kena ada asasnya…
nak buat peta minda nie pun kena perah otak jugak, kalau tak kena cara mmg serabut la jawabnya..
paling penting penggunaan warna tu, kalau dh susun design cantik2 tp color hitam putih je tak masuk jugak…
dulu masa sekolah selalu buat dan ternyata sangat bermanfaat meningkat ingatan terhadap fakta yang penting
dulu buat time belajar dulu. bila dah kerja lama tinggal dah. kena ajar untuk anak2 pula
saya sangat suka belajar menggunakan peta minda..hu..hu..terbaik tu
Waktu zaman sekolah dulu, memang suka belajar dan study dengan cara macam ni..salah satu sebabnya ianya cepat masuk dalam kepala dan masalah mengantuk tiada lagi..haha
Pernah dulu guna masa belajar dulu.Memang senang nak ingat jadinya..
teknik teknik macam ni la yang buatkan kita mudah menghafal