Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Kesihatan / Cara atau Petua nak halau lipas secara berkesan !

Cara atau Petua nak halau lipas secara berkesan !

Zik · Aug 27, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

lipas babi,

Lipas merupakan salah satu serangga perosak yang kurang disenangi ramai orang. Ia menyebabkan kerosakan yang serius pada kertas dinding, buku, pakaian dan perabot. Tidak kurang juga ada di antara kita yang memang tidak boleh terserempak langsung dengan serangga itu dan yang paling teruk, ada pula yang tidak tahan dengan bau kehadirannya. 

Masalahnya apabila ia sudah berada di dalam rumah, ia akan mula membiak dengan cepat dan agak mustahil pula untuk menyingkirkannya.

Banyak petua sebenarnya untuk menghalau lipas nih selain kita menggunakan ricsert yang bahaya dari segi racunnya dan takut anak-anak kena kesannya kan. Jom kita tengok petua-petua orang dulu macam mana nak halau lipas aka babi bila dia terbang!. 

  • Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.
  • Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.
  • Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.
  • Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
  • Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di tempat banyak lipas.
  • Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.

Berikut dicadangkan beberapa cara organik dan tidak toksik untuk menghapuskan lipas secara semula jadi.

1. Dapatkan segenggam bunga cengkih dan segenggam garam Epsom. Campurkannya dan letakkannya di dalam piring-piring yang ditempatkan di lokasi persembunyian lipas yang biasa (kawasan gelap, panas dan lembap). Antara lokasi yang sesuai ialah; di belakang mesin basuh, peti sejuk dan ketuhar. Jangan lupa bahagian dapur dan kawasan di bawah singki bilik mandi. 

epson salt
Boleh dapatkan di kedai pasaraya atau dishopee

2. Titiskan beberapa titik minyak bunga cengkih  di sudut-sudut dan lubang -lubang tersembunyi di celah-celah dinding dan di dalam kabinet dapur.

minyak bunga cengkih

3. Lipas tidak sukakan bau daun bay (bay leaf). Hancurkan beberapa helai daun bay dan taburkannya di mana-mana lokasi yang anda nampak lipas berkeliaran. Daun bay boleh di dapati di seksyen rempah ratus di pasaraya. Ia biasa digunakan dalam masakan Mediterranean.

 

 

 

 

 

 

4. Boraks atau asid borik adalah sangat berkesan terhadap lipas. Taburkan boraks di sekitar tempat lipas di kesan. Tetapi awas, boraks yang berlebihan adakah bersifat toksik kepada manusia. Elakkan dari meletakkan boraks di kasasan di mana kanak-kanak atau haiwan peliharaan bermain, tidur atau makan. Boraks boleh di dapati sebagai bahan kimia di kedai peralatan makmal atau sebagai bahan di dalam sabun pencuci kain.

5. Anda juga boleh membuat racun serangga organik buatan sendiri dengan mencampurkan soda penaik dan gula sama banyak. Letakkan campuran ini di dalam pinggan-pinggan cetek yang diletakkan di lokasi lipas bersembunyi. Lipas akan memakan campuran ini kerana ia manis. Walau bagaimanapun gas daripada soda penaik pula akan membunuhnya secara dalaman. 

6. Gunakan daun pandan untuk mengelakkan lipas secara semula jadi. Daun pandan mengeluarkan bau kuat yang dikatakan mengganggu sistem pernafasan atau sistem saraf lipas. Ikat 3-5 helai daun pandan dan letakkannya di dalam mangkuk kecil. Mangkuk-mangkuk ini pula diletakkan di lokasi lipas berkeliaran. Gantikan daun pandan seminggu sekali apabila baunya sudah berkurangan.

Enam cara di atas boleh dicuba untuk mengurangkan kehadiran lipas di rumah. Namun begitu, cara yang terbaik untuk mengelakkan lipas ialah dengan mengelakkannya datang ke rumah anda!

a) Pastikan dapur sentiasa bersih, dan sampah dibuang sekerap yang mungkin.

b) Bersihkan tumpahan dan gris dengan cepat.

c) Lipas juga tidak boleh hidup tanpa air dan jika boleh, elakkan air yang bertakung.

d) Jangan biarkan makanan tanpa bertutup.

e) Jika ada bukaan kecil, pastikan ia ditampal. Dalam erti kata lain, elakkan kewujudan pintu masuknya.

f) Buangkan barang-barang yang menyemakkan rumah seperti surat khabar kama, majalah dan beg plastik yang tidak digunakan.  Ini adalah kerana ia merupakan makanan kepada lipas.

Dengan menggunakan kaedah penyingkiran lipas secara semula jadi ini, anda bukan sahaja dapat menyingkirkan serangga perosak ini tetapi juga membantu memastikan keluarga anda selamat dari penyakit yang mungkin dibawa oleh serangga ini. 

Share this on WhatsApp

Kesihatan, Tips dan trick Cara atau Petua nak halau lipas, cara nak halau lipas, panduan halau lipas, panduan nak halau lipas, panduan/petua halau lipas berkeliaran di rumah kita, tips berkesan nak halau lipas, ubat halau lipas tanpa racun serangga, ubat lipas

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.