• Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Tips dan trick / Cara Ambil Geran Kereta Di Bank,

Cara Ambil Geran Kereta Di Bank,

Zik · Feb 10, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

geran jpj

Rasanya ramai tahu pasal cara pengambilan geran kereta ni. Dah lama juga tahu cuma malas nak ke bank. Bank masa sign agreement kereta ni agak jauh juga, tu yang tak terpergi. Lagi ketika entri ini sedang ditulis, sedang menghadapi PKP (perintah kawalan pergerakan) dari PKP 1.0, PKPB, PKP 2.0 dan sampai fikir lah sendiri aku pun tak tahu sampai bila wabak ini akan berakhir?

 

Semalam alang-alang keluar untuk urusan bank (bank lain dan urusan lain), ambil kesempatan untuk ke Cimb Bank di Melaka Raya, dekat-dekat dengan RAMADA hotel (dengar dah bankrup). Itulah bank tempat aku buat loan kereta.

Syarat boleh ambil geran.

  1. Owner (tuan punya badan).
  2. Dah habis bayar. Hehe (tertakluk pada terma dan syarat).

Geran memang boleh ambil sejak pindaan Akta Sewa beli tahun 2010. Kegagalan bank bagi kita geran selepas diminta secara bertulis boleh dikenakan denda RM100k kepada bank itu. Tak payah tunggu setahun ke setahun setengah ke. Jalam terus.

 

Mudah sahaja proses pengambilan geran kereta ni.

1- Tunjukkan IC kepada pegawai yang bertugas.
2- Dia akan tanya, dah habis bayar atau belum.
3- Dia akan cari geran.
4- Isi borang dan tandatangan.
5- Thumb print untuk pengesahan IC.
5- Selesai.

Dah boleh ambil geran kereta korang tuh. Amacam, senang jer tuh sebenarnya

Mulai 1 Jun 2016, JPJ telah memperkenalkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC).
geran baru jpj voc
Saiz geran yang baharu ini lebih kecil dari yang lama punya tuh dan tidak mengandungi cetakan rekod urusniaga seperti mana geran yang lama. Yela, dulu kalau nak renew dia punya geran sampi penuh tuh, ada yang sampai  guna kertas belakang tuh ha. Semakan data geran ini dilakukan terus dengan sistem pangkalan data JPJ.
Sekiranya korang ambil loan dari AEON credit. Korang boleh pergi ke AEON yang tempat korang buat loan tuh untuk ambil geran.
Namun ada komen nitizen:

Untuk makluman geran kenderaan TIDAK boleh disimpan/pegang oleh bank atau syarikat peminjam atas dasar kita peminjam. Ada peruntukan undang2 di dalam akta JPJ. Bila dah tanda tangan perjanjian pinjaman kenderaan, geran mesti disimpan oleh pemilik kenderaan yang didaftarkan. Jangan tanda tangan satu borang yang beri kelulusan bank untuk “pegang” geran tersebut. Jika bank berkeras kerana alasan bank bagi pinjaman, ugut balik atau jumpa pengurus bank dan cakap tidak akan tanda tangan perjanjian pinjaman jika geran asal tidak diberi. Bank hanya boleh simpan salinan sahaja bukan peminjam simpan salinan. Jangan terima apa2 alasan bank. Bank akan bagi geran asal kerana bila pelanggan nak tidak mahu tanda tangan bank akan rugi hilang pelanggan…itu yang saya buat dengan BSN dan RHB…

Di dalam geran JELAS tertulis nama kita sebagai pemilik sah kenderaan dan ada nota yang menyatakan bank boleh menarik kenderaan jika ada masalah default Pemba ya ran. Bank BUKAN pemilik kenderaan tersebut.

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Tips dan trick apa persediaan untuk ambil geran kereta di bank, Cara Ambil Geran Kereta Di Bank, panduan ambil geran kereta di bank, prosedur ambil geran di bank, syarat ambil geran di bank

promo lazada

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2022 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Tolong buat Artikel ini (request article)
  • LIVESCORE BOLA
  • Cart
  • Checkout
  • Shop
 

Loading Comments...
 

    %d bloggers like this: