Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Pengumuman / Caj RM1 untuk pengeluaran antara bank dilaksana semula mulai Februari 2022

Caj RM1 untuk pengeluaran antara bank dilaksana semula mulai Februari 2022

Zik · Dec 15, 2021 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

caj atm rm1 antara bank

Sejak setahun yang lepas, Kerajaan memperkenalkan pengecualian caj pada sistem MEPS pada 6 April 2020. OCBC dan UOB bagaimanapun mengecualikan yuran sebulan lebih awal. Oleh kerana pandemik covid19, pihak bank telah bersetuju untuk tidak mengenakan sebarang caj pengeluaran ATM antarabank – sekaligus mengelak orang ramai bergerak jauh, dan mengeluarkan duit daripada mesin ATM berdekatan tanpa sebarang caj tambahan.

Namun dalam beberapa hari ini beberapa bank dah setuju untuk kembalikan cas RM1.

Apa pun, kini ia dilihat caj pengeluaran untuk ATM antarabank akan kembali pada Februari 2022 kelak. Perkara ini telah pun diumumkan oleh pihak Citibank dan juga KFH , Maybank, dan juga CIMB buat masa ini. Bank-bank lain masih belum mengumumkannya secara rasmi, termasuk pihak Paynet yang belum keluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengannya.

KEMASKINI BANK YANG TELAH SETUJU UNTUK CAS RM1 SEMULA ADALAH:

  • Maybank 
  • CIMB Bank/CIMB Islamic 
  • Hong Leong Bank 
  • Ambank 
  • Public Bank 
  • HSBC Bank 
  • Citibank 
  • Bank Islam

Kita mungkin akan mendengar pengumuman lanjut dan perkongsian pihak-pihak bank lain dalam masa terdekat ini berkenaan dengan perubahan ini. Selaku pengguna bank, pengecajsan ini sepatutnya tidak wajar buat masa ini. Lagipun ekonomi masih belum pulih sepenuhnya. Bank pun sudah mengaut keuntungan berbilion-bilion. Lagi dengan moratarium lagi.

Caj RM1 adalah di bawah Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), yang pemegang saham terbesarnya ialah Bank Negara Malaysia. Baki sahamnya pula dipegang oleh konsortium 11 bank.

Share this on WhatsApp

Pengumuman caj rm1 atm antara bank lain mula feb 2022, Caj RM1 untuk pengeluaran antara bank dilaksana semula mulai Februari 2022

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.