

Ada apa dengan budget 2010?
Setiap kali budget dibentangkan setiap tahun pastinya ada banyak benda yang tak puas hatinya. Ingat senang ke nak puaskan hati setiap orang. Bukan mudah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin.
Esok hari jumaat, pembentangan!
Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkannya dijangka menawarkan lebih banyak insentif khusus bagi merangsang pelaburan domestik bagi mengimbangi insentif diberikan kepada pelabur asing.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata sejak kebelakangan ini pihaknya menerima banyak rungutan mengenai insentif berlebihan ditawarkan untuk menarik kemasukan pelaburan langsung asing (FDI).
Intipati budget 2011 (jangkaan sahaja).
- Memulakan beberapa projek utama dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).
- Menjangkakan defisit fiskal jatuh sekitar lima hingga 5.2 peratus pada 2011 bersandarkan unjuran untuk perkembangan 5.4 peratus pertumbuhan pada tahun lalu.
- Pelaksanaan sistem cukai perkhidmatan dan barangan (GST) akan membantu melonjakkan asas perolehan kerajaan, tetapi memandangkan perbincangan mengenai cadangan tersebut semakin sejuk, peluang untuk GST diperkenalkan pada 2011 adalah tipis.
- Menjangkakan cukai eksais dikenakan pada produk rokok dan tembakau, walaupun tambahan perolehan.
- Projek jangka panjang termasuk meningkat modal insan dan membina sistem MRT Kuala Lumpur.
- Geran khas dan insentif bagi aktiviti pembuatan mewah (high-end) (termasuk sektor tenaga hijau) dan terhadap usaha untuk meningkatkan modal insan dan teknikal dengan latihan atau pendidikan tinggi.
- Subisidi. kerajaan tidak akan menarik sebarang subsidi sedia ada terutama yang melibatkan pemulihan ekonomi pada tahun ini. Tetapi ini tidak bermakna, kerajaan akan menggabungkan perbelanjaan subsidi dengan perancangan asal untuk secara perlahan-lahan mengurangkan subsidi minyak dengan purata RM0.10 seliter setiap enam bulan, RM0.05 seliter mungkin akan dipertimbangkan bergantung kepada harga pasaran minyak mentah dunia pada tahun hadapan.
- Pelaksanaan peraturan yang lebih ketat berkaitan pasaran hartanah terutama apabila pihak berkuasa sedang memantau pertumbuhan pinjaman gadai janji sejak beberapa bulan lalu.
- Menurunkan nisbah pinjaman kepada nilai bagi pembelian hartanah kedua kepada 70 peratus berbanding 80 peratus seperti apa dilakukan Singapura.
Walaubagaimanapun, kita tunggu dan lihat esok apa intipati yang cuba diterapkan Bajet 2011 nanti. Tunggu.
Sumber utusan.
mana la Zikri dapat ni?
Sya dah 3 tahun kerja kerajaan ni, bonus tak dapat rasa lagi.
nampaknya taun nie pun tak dapat juga... huhu
salam zikr..
yang pasti budgetku selalu
larikk..nak kena beli laptop
baru lak ni..he he
sama la bro Zulk,
dalam perancangan untuk beli laptop pertama hehehe ( selama ni pakai pc biasa je )
yang pastinya ada yang diberi untuk rakyat dan ada juga yang diambil secara senyap semula 🙂
yup... entahla...
Tiada negara yang mampu memuaskan hati semua rakyatnya, buktinya negara mana yang tak ada pembangkang?, yang pasti bercakap lebih mudah dari melaksanakan, apa pun aku berharap dapat yang terbaik dari kerajaan ( walaupun sumbangan aku pada negara tak seberapa)
ya betul tuh.. bukan mudah untuk mentadbir negara ini..
budget harap rzki dpt keje gomen hee...
baik ada budget klu tak camner nak buat perancagan kewagan pada masa dpan dan strusnya... :blush:
budget sangat penting...
aku suka sal Geran khas dan insentif bagi aktiviti pembuatan mewah tu. Boleh kasi tambah produktiviti negara dan rakyat
moga2 projek berjalan lancar..
salah satu fungsi budget tahunan adalah untuk memudahkan perancangan dan penyelarasan program dan aktiviti semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Pada masa yg sama juga sebagai platform utk sebarang cadangan dan idea baru pihak pentadbiran kerajaan.
sedang menanti dengan penuh minat ni 😀
hurm baru jer tengok intipati budget tahun 2011...
Satu lagi rupa, harap-harap budget kali ini tidak berlaku defisit lagi yek. 😀
harap2...
Mengharapkan harga ROKOK dan ARAK dinaikkan secara MAKSIMUM....!!! hohoho
eh.. rokok baru jer naik la..
setiap rakyat mengharapkan yang terbaik dari bajet ni tiap-tiap tahun. Kena terima apa je diorang bentangkan
tapi kena juga menilai mana yang penting dgn yang tak... sebab kadang2 ia nampak macam membazir jer..
Pelajar yang bakal masuk form 5 tahun depan berdebar..adakah diorang akn dapat komputer jugak ?
sudah diketahui... huhu..kerajaan tak da duit kot..
InsyaAllah antara budjet yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah badjet untuk kita juga kan? Mesti baik.. InsyaAllah
ya untuk kepentingan bersama..
Harapan saya lagi banyak insentif potongan cukai. Tak larat bro sekali kena cukai pendapat nak terduduk dibuatnya.
Actually budget amat penting dan menarik utk diikuti. Sekiranya anda terlibat dalam industri pembekalan, servis dsb. - apa yg disenaraikan dlm budget akan memberi gambaran tentang peluang-peluang perniagaan dan tender yg di akan dikeluarkan oleh kerajaan. Maybe yg kerja gomen cuma tahu tentang bonus tetapi yg berada dlm private sector, budget adalah sesuatu yg di tunggu-tunggu dan di kaji. 😀
yup betul tuh... yang swasta nie banyak benda juga nak kena buat, untuk survive company for future.... thanks bro.. bro memang banyak pengalaman...
boleh aku beli seluar panjang yg baru.huhuhu...
hehe... lain macam jer...
bagi aku oklah...
ok ek??? hoho.. janji cukup bulan semua lepas ... bayar itu ini.. huhu
kalau ikut budget,dapat bonus hujung tahun ni..entah dapat ke tak..sebelum ni kata dapat,tapi kompeni aku tak bagi pun..
owh.. takpela... janji bulan2 lepas bayar itu ini... huhu