• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Zikri Husaini

Kemesraan yang berkekalan

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Copa America / Brazil mara ke final , tewaskan argentina 2-0 separuh akhir copa america 2019

Brazil mara ke final , tewaskan argentina 2-0 separuh akhir copa america 2019

Zik · Jul 3, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

hotKERJA KOSONGhot

copa america 2019

Tahniah buat skuad Brazil selaku tuan rumah, berjaya menundukkan pasukan Argentina yang bukan calang-calang pasukan beb.

Ke pentas Final selaku tuan RUMAH. 

Brazil melangkah ke final Copa America selepas menundukkan seteru tradisi Argentina 2-0, sebentar tadi dengan gol kemenangan dijaringkan Gabriel Jesus dan Roberto Firmino.

Penyerang Manchester City, Jesus meletakkan Brazil di depan pada minit ke-19 selepas menyempurnakan hantaran rendah Firmino di depan gawang.

Kombinasi itu sekali lagi mengganas menerusi serangan balas pantas pada minit ke-71 dengan Jesus mencipta umpanan untuk Firmino meledak gol kedua menerusi tampanan mudah.

Argentina turut berpeluang menjaringkan gol tetapi tandukan Sergio Aguero menggegar palang pada babak pertama dengan cubaan Lionel Messi, 11 minit sebelum permainan berakhir terkena tiang.

KEPUTUSAN PENUH : 

BRAZIL 2-0 ARGENTINA

Jaringan oleh :

  • Gabriel Jesus 19″
  • Roberto Firmino 71″

BELO HORIZONTE, Brazil: Kapten Brazil, Dani Alves menyifatkan kejayaan Selecao mara ke final Copa America membuktikan kerja keras yang dilakukan oleh akan sepasukannya.

Tuan rumah Brazil menundukkan seteru tradisi, Argentina 2-0 pagi tadi dengan gol kemenangan dijaringkan penyerang berpangkalan di England, Gabriel Jesus dan Roberto Firmino.

Ini kali pertama kedua-dua gergasi bola sepak dunia itu bertemu di kejohanan utama selepas kali terakhir Brazil menewaskan Argentina 3-0 di pentas final Copa America pada 2007.

“Ia satu lagi langkah ke depan untuk mencapai objektif kami. Kami mencapai semua sasaran yang kami letakkan kepada diri kami,” kata Alves yang ketika ini tidak dimiliki sebarang kelab selepas meninggalkan Paris Saint-Germain.

“Ramai orang meragui kemampuan kami tetapi kami tetap mempercayai diri kami, rancangan kami, menerusi kerja keras yang kami lakukan. Kami sedang menuai hasilnya ketika ini.”

Kekalahan menjadi satu lagi kempen mengecewakan buat Argentina dan bintang sensasinya, Lionel Messi yang terus kempunan untuk menamatkan kemarau kejuaraan di kejohanan utama.

“Kami sepatutnya pasukan yang mara ke final kerana kami layak, tiada keraguan mengenainya. Tetapi bola sepak kadang kala tidak adil,” kata jurulatih Argentina, Lionel Scaloni.

Begitupun, Messi dan juara dunia dua kali itu berpeluang untuk menebus kehampaan berkenaan apabila Copa America berlangsung di gelanggang sendiri dan Colombia, tahun depan.

Brazil dijadualkan menentang sama ada Chile atau Peru di pentas final dengan satu lagi aksi separuh akhir akan berlangsung di Rio de Janeiro, esok.

credit to bharian.com.my

Video gol highlights Brazil 2-0 Argentina Copa America Brazil 3 Julai 2019

Daftar email dan berpeluang untuk menang cabutan bertuah setiap minggu/bulan

Subscribe to our mailing list and get interesting stuff and updates to your email inbox.

Thank you for subscribing.

Something went wrong.

The form collects name and email so that we can add you to our newsletter list for project updates. Checkout our privacy policy for the full story on how we protect and manage your submitted data!

Share this:

  • Tweet
  • Print
  • Share on Tumblr
  • Telegram
  • WhatsApp

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Copa America, Sukan brazil mara ke final copa america 2019, keputusan brazil vs argentina, keputusan separuh akhir piala copa america 2019, video gol highlights brazil 2-0 argentina copa america 3 julai 2019

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

Search di zikrihusaini.com

Follow me on twitter. Official Twitter

banner

 



Ada promosi terbaru di shopee

Promosi di Lazada 


 

PESANAN PENAJA

THE BERKAT

Kerja Kosong

Recent Posts

  • Keputusan terkini Chelsea vs Manchester united 1.3.2021
  • Live streaming perak vs penang friendly 28.2.2021
  • KL United benam Selangor FC menang penentuan penalti 4-2
  • Hampir 30% Ahli KWSP Keluarkan Semua Simpanan Akaun 1 – Tinggalkan Sekadar RM100
  • Live streaming friendly uitm fc vs selangor ll 27.2.2021

Sponsored Links :

Iklan teks: sebulan 5 ringgit jer

Tekan sini untuk info iklan

 

Jom Shopping ke JD SPORT


 


Kategori/Sitemap

Archives

RSS “The Berkat”

  • Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)
  • Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2020)

Copyright © 2021 · Monochrome Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

  • Tentang Penulis
  • Pengiklanan
  • Pertanyaan
  • Peta Blog
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
  • Affiliate Area
  • DMCA
  • Newsletter
  • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Before you go

You may also be interested in these posts:

Sukan

Keputusan terkini jdt vs pkns 4.04.2014

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Perlawanan yang berlangsung di stadium selaya…

Piala FA Sukan

Video gol highlights FELDA UNITED 3-2 KEDAH , AGG 3-3 30.6.2019

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Jom layan video gol perlawanan felda united v…

Sukan

Live streaming perak vs pkns piala malaysia 25.9.2018

Share this on WhatsAppKERJA KOSONG Perlawanan penting malam ini diantara pasukan…

%d bloggers like this: