Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Sukan / Copa America / Brazil Juara Piala Copa America 2019, tahniah

Brazil Juara Piala Copa America 2019, tahniah

Zik · Jul 8, 2019 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp

RIO DE JANEIRO: Skuad Brazil yang beraksi 10 pemain susulan Gabriel Jesus dibuang padang pada babak kedua muncul juara Copa America 2019 apabila menewaskan Peru 3-1, pagi tadi.

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN :

BRAZIL 3-1 PERU

Jaringan oleh :

  • Everton 15″
  • P Guerrero 44 (Penalti)
  • Gabriel Jesus 45+3″
  • Richarlison(Penalti) 90+3″ 

Jesus sebelum itu menyumbat gol sebelum rehat untuk gol kedua Brazil selepas kapten Peru, Paolo Guerrero menyamakan kedudukan gol pendahuluan Everton pada minit ke-15 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Maracana, di sini.

Penalti minit akhir daripada pemain gantian, Richarlison memastikan Brazil muncul Raja Bola Sepak Amerika Selatan dengan kejayaan kesembilan merangkul Copa sejak kali terakhir menjulangnya pada 2007.

Begitupun, Jesus berdepan detik duka 20 minit terakhir apabila dia dilayangkan kad kuning kedua sekali gus diperintah meninggalkan padang.

Penyerang Manchester City itu dilihat mengalirkan air mata sambil menyepak botol air tanda marah dan nyaris terkena trofi kejuaraan di luar padang.

Namun kemudian pemain Brazil kembali bangkit untuk memastikan kejuaraan menjadi milik mereka.

Terdahulu, hadirin di stadium bertafakur seminit untuk menghormati legenda bossa nova, Joao Gilberto yang meninggalkan dunia pada Sabtu.

Sebaik aksi bermula, Peru memulakan cabaran dengan yakin dan tidak kelihatan gugup menentang tuan rumah.

Jurulatih Peru, Ricardo Gareca sebelum perlawanan berkata, mereka perlu menyekat Brazil daripada menguasai permainan, namun kemudian mendapati kata-katanya sukar menghalang Brazil di atas padang.

Brazil mula memperagakan watak sebenar dengan mengatur siri serangan tersusun lantas menghasilkan gol awal pada minit ke-15 menerusi gerakan bijak Jesus yang mengumpan kepada Everton yang tidak dikawal.

Brazil kemudian menguasai permainan dengan Roberto Firmino menemui ruang sebelum melintangkan hantaran kepada Philippe Coutinho, namun cubaan itu sedikit tersasar.

Sayap kiri, Everton sekali lagi mencemaskan lawan apabila menewaskan Luis Advincula untuk melorongkan bola kepada Alex Sandro yang kemudian mengumpan kepada Firmino untuk satu tandukan.

Peru berjaya mengawal asakan sambil Christian Cueva melakukan serangan yang akhirnya terkena tangan Thiago Silva, sekali gus diberi penalti selepas pengadil merujuk VAR.

Guerrero berjaya menyudahkan sepakan itu pada minit ke-44 menewaskan jangkaan penjaga gol, Alisson yang menerkam ke arah bertentangan.

Pengalaman pemain Brazil nyata jadi pemisah di hujung saingan apabila siri serangan yang dilancar menyebabkan pertahanan Peru tertekan ketika Zambrano mengasari Everton dalam petak penalti lantas menghadirkan penalti yang disempurnakan Richarlison. – AFP

Senarai juara Copa America:
2019: Brazil
2016: Chile
2015: Chile
2011: Uruguay
2007: Brazil
2004: Brazil
2001: Colombia
1999: Brazil
1997: Brazil
1995: Uruguay
1993: Argentina

 

Share this on WhatsApp

Copa America, Sukan brazil juara copa america 2019, copa america, keputusan brazil vs peru copa america ulasan brazil vs copa america 8.7.2019

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.