MESKIPUN telah berakhir perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 antara Perak menentang Terengganu FC di Stadium Shah Alam hari sabtu minggu lepas, namun pakcik dan makcik bawang telah sangat marah dengan pengadil kontroversi ini. Ini kerana mutu pengadilan yang lemah masih menjadi bualan netizen di media sosial. Harpa fam ambil serius perkara ini.
Nama pengadil Suresh Jayaraman yang beraksi pada perlawanan itu mula diperkatakan di media sosial hingga netizen berusaha mencari latar belakangnya di Facebook dan Twitter.
Facebook jurulatih bernama suresh. Jayaraman
Manakan tidak, layangan dua kad merah pada aksi perlawanan sememangnya satu perkara yang jarang berlaku dan situasi itu mencetuskan persoalan terhadap mutu dan kualiti pengadil yang mengendalikan perlawanan akhir.
Netizen juga mempersoalkan keputusan pengadil termasuk membiarkan pemain kedua-dua pasukan melakukan terjahan keras tanpa mengenakan sebarang amaran atau melayangkan kad.
Di Twitter Sid Razali telah memuatnaik status berkaitan Suresh dan memberitahu pengadil itu merupakan peminat Terengganu Football Club yang konon mengaitkan ketidakadilannya ketika mengendalikan perlawanan. Tapi aku tak upload gambar dia. Kesian pulak dia kena bash dengan nitizen sekarang ini.
Malah bebenang Twitter turut merungkai pengadil itu pernah mengadili satu perlawanan akhir piala menteri Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membabitkan universiti pernah tergendala selama 10 minit hingga 15 minit.
Bukan itu sahaja, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga membidas mutu pengadilan yang lemah dalam perlawanan akhir tersebut.
[sumber : TMJ bidas mutu pengadil lemah di final Piala Malaysia]
Walaupun peminat pasukan dilihat kurang berpuashati dengan mutu pengadilan tetapi semangat kesukanan antara kedua-dua pasukan wajar dipuji kerana tiada sebarang aksi pergaduhan tercetus sepanjang perlawanan.
KUALA LUMPUR: Gara-gara beberapa keputusan kontroversi pada pentas final Piala Malaysia 2018, nama pengadil perlawanan Suresh Jayaraman tiba-tiba meledak di media sosial dan menjadi buah mulut ramai sejak malam tadi.
Pelbagai kecaman dan cemuhan dilemparkan ke atas pengadil berusia 30 tahun dari Selangor berkenaan selepas dilihat gagal mengawal dan mengendalikan pertembungan final paling dramatik dalam era moden antara Terengganu FC dan Perak itu.
Cuma, Suresh sedikit bernasib baik apabila kemenangan akhirnya berpihak kepada Perak dalam aksi yang terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 selepas terikat 3-3 sepanjang 120 minit permainan di Stadium Shah Alam.
Keputusannya membatalkan dua gol Perak terutamanya menerusi tandukan Leandro dos Santos menimbulkan pertikaian dan nyaris menyebabkan skuad naib juara Liga Super itu terus kempunan Piala Malaysia buat tahun ke-19.
Berdasarkan semakan di laman web rasmi FIFA, nama Suresh bagaimanapun tidak berada dalam senarai pengadil badan induk dunia terbabit.
Namun, menurut sumber Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Suresh adalah calon terbaik dimiliki untuk mengadili aksi final itu selepas mengambil kira beberapa kriteria.
“Memang FAM mempunyai enam pengadil yang berada dalam senarai FIFA, tetapi terdapat pelbagai kekangan dan akhirnya mereka memilih Suresh.
“Pemilihannya berbanding dua calon lagi dibuat selepas mengambil kira prestasinya yang baik sepanjang musim ini selain dia yang terbaik selepas enam pengadil FIFA Malaysia berkenaan,” kata sumber berkenaan.
Difahamkan, selain prestasi semasa, kekangan lain diambil kira pengadil yang dilantik mengendalikan perlawanan akhir semestinya bukanlah yang berasal dari negeri yang melayakkan diri ke separuh akhir.
Ia sekali gus menyaksikan pengadil sedang meningkat dari Perak, Mohd Amirul Izwan diberi pengecualian manakala pengadil dari Pulau Pinang, Nazmi Nasaruddin pula baharu saja selesai mengendalikan aksi separuh akhir dengan beberapa pengadil lain ke luar negara.
Pada masa sama, Suresh turut memenuhi kriteria dan mempunyai lesen Kelas 1 Pengadil Kebangsaan Kategori A iaitu bermakna dia layak mengendalikan perlawanan tahap kebangsaan bertaraf Liga Malaysia dan Liga Super.
Lesen Kelas 1 Pengadil Kebangsaan itu boleh dipecahkan kepada tiga kategori iaitu A boleh mengendalikan aksi Liga Super, kategori B (Liga Perdana ke bawah) dan kategori C (Piala Belia dan Piala Presiden).
Bagi lesen Kelas 3 pula hanya boleh mengadili perlawanan dalam negeri saja.
Sebagai rekod, ia bukan kali pertama Suresh dipalit kontroversi selepas dikatakan menjadi punca pergaduhan final Piala Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) antara pasukan UiTM Shah Alam dan UiTM Perlis yang dicemari insiden tumbuk-menumbuk serta caci-mencaci pada tahun 2015.
Dalam perlawanan di Stadium Mini Shah Alam itu, Suresh turut melayangkan tiga kad merah membabitkan seorang pemain tuan rumah dan dua pelawat dengan jurulatih UiTM Perlis, Manja Man meluahkan rasa kecewa terutama dengan mutu pengadilan yang disifatkannya ‘bertaraf rendah’ sehingga mengundang insiden memalukan itu.
Malah, dia yang sudah tiga tahun mendapat lesen mengendalikan perlawanan Liga Super turut menjadi bahan pertikaian ketika Kedah tumpas 0-5 kepada T-Team tahun lalu selepas melayangkan kad merah kepada pertahanan Lang Merah, Rizal Ghazali.
Info dari wikipedia :
Suresh Jayaraman is one of the worst Malaysian football referee. A bald-headed referee, he is hated for many misjudgement of matches, most well-known is Malaysian Cup Final 2018 between Terengganu and Perak.
2 red cards without explanation. 2 goal cancelled although it is not. Player injured but he still want games on. Buto ini reff. Referee ni yang kau hantar final? BUTO.
Info
Kronologi beberapa keputusan Suresh Jayaraman yang mencetuskan kontroversi:
Minit ke-31: Perak samakan kedudukan 1-1 menerusi tandukan Leandro
dos Santos, namun jaringan dibatalkan pengadil kerana Leandro didakwa mengasari penjaga gol.
Minit ke-34: Pemain Perak, Wander Luiz dilayang kad kuning kerana membantah keputusan pengadil
Minit ke-36: Pemain TFC, Lee Tuck dilayang kad kuning selepas mengasari pemain Perak
Minit ke-49: Jaringan Perak menerusi Gilmar da Silva dibatalkan biarpun dikatakan tidak berada dalam kedudukan ofsaid
Minit ke-56: Pemain Perak, Gilmar da Silva dilayang kad merah selepas mengutip kad kuning kedua manakala pemain TFC, Igor Zonjic turut dilayang kad kuning selepas berlaku insiden pergaduhan
Minit ke-66: Pemain TFC, Lee Tuck dilayang kad merah pada minit ke-66.
Minit ke-120: Pemain Perak, Leandro dos Santos dilayangkan kad kuning selepas dilihat sengaja provokasi pemain TFC, Igor Zonjic yang menjaringkan gol sendiri.
Manakla di sinar harian mengatakan suresh layak untuk menjadi Pengadil malam itu.
NAMA Suresh Jayaraman, pengadil aksi final Piala Malaysia Terengganu FC (TFC) menentang Perak di Stadium Shah Alam, malam kelmarin terus hangat bermain di jari jemari netizen sehingga ada menyifatkannya pengadil terburuk dalam sejarah pengadilan kejohanan trofi berprestij berkenaan.
Kebanyakan netizen mempersoalkan pemilihan Suresh sebagai pengadil perlawanan berprofil tinggi berkenaan apatah lagi selepas pengendali berusia 29 tahun itu gagal mengawal perlawanan sehingga hampir mencetuskan pergaduhan dalam kalangan jentera Penyu dan The Bos Gaurus.
Beberapa keputusan kontroversi Suresh dalam perlawanan itu termasuk membatalkan dua jaringan skuad kendalian Mehmet Durakovic termasuk melayangkan dua kad merah terhadap import Perak, Gilmar da Silva minit ke-55 dan pemain skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim, Lee Tuck (m-66) menimbulkan amarah dalam kalangan penyokong kedua-dua pasukan.
Pada 2015 pengadil berusia 29 tahun itu pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa menjadi punca pergaduhan semasa aksi final Piala Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ketika UiTM Shah Alam mengalahkan UiTM Perlis 2-1 di Shah Alam.
Mengulas persoalan netizen berkenaan, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh berkata, Suresh calon terbaik mengendalikan perlawanan malam kelmarin berdasarkan kemampuan ditunjukkan dalam beberapa perlawanan sebelumnya.
“Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas pemilihan beliau atas beberapa faktor yang mana pada pendapat saya beliau mempunyai kemampuan mengendalikan cabaran dari kedua-dua pasukan.
“Pada masa sama juga kita selepas beberapa tahun tidak mempunyai keterampilan seseorang pengadil berbangsa India di pentas final.
“Pilihan lebih kepada Suresh selepas saya dapati beliau memberikan komitmen tinggi dan mempunyai sikap bersaing secara sihat memajukan dirinya.
“Selain pengalaman dua tahun di Liga Super, beliau terlebih dahulu berada dalam Liga Premier dan mereka adalah sebahagian dari pengadil Liga Malaysia.
“Apakah semua pasukan yang bertanding dalam Piala Malaysia datang dari Liga Super?,” katanya semalam.
Discover more from Zikri Husaini
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Leave a Reply