Selamat datang ke Zikri Husaini Store Dismiss

  • Skip to primary navigation
  • Skip to main content

Zikri Husaini

Str Login Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Tentang Penulis
    • Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Pertanyaan
    • DMCA
    • Tolong buat Artikel ini (request article)
      • Hantar/Kongsikan Artikel Anda disini!
    • Pengiklanan
  • Disclaimer
    • Privacy Policy
  • Affiliate Area
  • My account
  • Shop
    • Cart
      • Checkout
    • Goods / services / delivery policy
    • Refund policy
    • Terms and conditions
    • Contact Us :
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Uncategorized / Bimbang disingkir, Melaka United bakal selesaikan semua tunggakan gaji dalam tempoh terdekat

Bimbang disingkir, Melaka United bakal selesaikan semua tunggakan gaji dalam tempoh terdekat

Zik · Jan 17, 2020 · Leave a Comment

Share this on WhatsApp
melaka united, melaka united logo,

Begitu lama menagih tunggakan gaji yang merupakan hak sendiri, tetapi tidak dapat. Kenapa bila dah cakap kena potong mata atau singkir liga baru nak fikir  settle ini hal. Sepatutnya kes ini tidak menjadi masalah buat pasukan gah sepert Melaka United. Tetapi kita faham bila hak geran untuk pasukan tak dapat penuh, so MFL pun kena bertanggungjawab hal ini.

Tetapi dengan Malaysia Football League (MFL) mengambil pendekatan tidak ‘bagi muka’ dan bertegas akan mengambil tindakan ke atas pasukan yang enggan selesaikan tunggakan gaji sebelum musim bermula, antaranya pemotongan mata dan penyingkiran ke M3, akhirnya pemain-pemain Melaka United boleh menarik nafas lega, kerana hutang mereka akan dibayar oleh Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA).

Sumber terdekat pasukan itu berkata , “Kita telah meletakkan banyak usaha untuk mempersiapkan sebuah pasukan yang kompeten pada musim 2020, jadi kita tidak boleh benarkan isu-isu seperti tunggakan gaji tiba-tiba menganggu perancangan dan memberi kesan buruk kepada pasukan.

“Lebih dari RM2 juta akan digunakan untuk membayar tunggakan gaji kira-kira 24 pemain (14 bekas pemain 2019 dan 10 pemain kekal) serta jurulatih, belum ada tarikh tepat daripada pihak pengurusan tetapi segalanya positif dan mungkin ia akan diselesaikan dalam tempoh terdekat, paling selamat kita kata sebelum berakhir bulan Januari. Pengurusan tidak pernah lepas tangan dan sentiasa mencari jalan, kita gembira isu ini akhirnya menghampiri penghujung.”

Isu tunggakan gaji membabitkan MUSA bukan sesuatu yang baru, ia hangat diperkatakan sejak dari tahun 2018 namun memuncak dan menjadi tumpuan umum sejak beberapa minggu kebelakangan, terutama selepas kapten pasukan musim lalu, Shukor Adan membuat keputusan melaporkan kesnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia sehingga menimbulkan kemarahan Presiden MUSA, Damian Yeo Shen Li.

Apa yang kita difahamkan jumlah tunggakan bagi bekas pemain adalah sebanyak dua bulan gaji manakala pemain-pemain yang kekal pula sebulan gaji.

Sebagai rekod, MFL dan FAM sebelum ini telah menyatakn bahawa setiap pasukan yang mempunyai tunggakan gaji perlu setidak-tidaknya menunjukkan bahawa langkah penyelesaian telah diambil dan dipersetujui oleh pemain-pemain yang terlibat seandainya pembayaran dibuat secara berperingkat, dan kegagalan berbuat demikian berpotensi menyaksikan lesen kebangsaan yang telah diluluskan ditarik balik, selain diambil tindakan lain.

Selain Melaka United, beberapa pasukan lain berdepan situasi sama adalah Kelantan dan PDRM, manakala Felda United pula difahamkan telah menyelesaikan pembayaran.

Kita harap masalah tunggakan gaji ini dapat diselesaikan dengan baik.

credit to foxsports malaysia.

 

Share this on WhatsApp

Uncategorized Bimbang disingkir, Melaka United bakal selesaikan semua tunggakan gaji dalam tempoh terdekat, musa cuba selesaikan masalah tunggakan gaji pemain melaka united

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
PERINGATAN!! Pihak Zikri Husaini Dot Com, tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan. So, just be nice ok.

CNY PROMO LAZADA 2024

Blogger Kacak Semalaya. Sebarang pertanyaan boleh tanya di contact@zikrihusaini.com Read More…

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Laman Website/ Blog ini didaftarkan dibawah syarikat ZIKRI TECHNO ENTERPRISE (JR0050749-T) beralamat di POS 157, KAMPUNG PARIT NO2, JALAN YUSOF, 83610, MUAR, JOHOR.