Perlawanan akan bermula tidak lama lagi. Tidak sampai 24 sahaja lagi pertarungan yang sangat penting pada perlawanan malam ini pasukan malaysia menentang pasukan thailand 14 November 2019. Harimau Malaya vs Gajah Perang. Ianya bukan sesuatu yang mudah. Namun perancangan yang lebih teratur dan bermain ditempat sendiri seharusnya kita ambil perlawanan ini sebagai kelebihan ditempat sendiri.
Kita juga mahukan sokongan pemain no12 supaya dapat hadir pada perlawanan malam ini di stadium bukit Jalil.
Beli tiket secara online di tickethotline.com.my
Ketika entri ini ditulis jualan masih dibuka lagi.
PERINGATAN: Segala risiko pembelian secara online tiket FIFA World Cup Qatar 2022™ and AFC Asian Cup China 2023 – Preliminary Joint Qualification Round 2 hendaklah difahami dan dipatuhi oleh PEMBELI. Sebelum membuat pembelian secara online, pastikan anda telah memahami dan komited untuk mematuhi segala terma dan syarat yang telah ditetapkan. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan, sila tinggalkan laman pembelian serta merta.
TERMA DAN SYARAT: PEMBELIAN TIKET FIFA World Cup Qatar 2022™ and AFC Asian Cup China 2023 – Preliminary Joint Qualification Round 2 SECARA ONLINE.
- Satu (1) MyKad/Pasport, Satu (1) transaksi sahaja. Satu (1) transaksi, lima (5) keping tiket sahaja.
- Jika terdapat transaksi yang berjaya pada masa jualan telah mencapai kuota, transaksi pembeli akan dibatalkan dan pembeli akan dimaklumkan oleh Tickethotline serta wang pembeli akan dikembalikan.
- Jika terdapat satu (1) I.C memiliki dua atau lebih transaksi yang berjaya, Tickethotline hanya akan meluluskan satu transaksi sahaja.
- Jika anda mengalami kesulitan dan tidak pasti akan status transaksi anda berjaya atau tidak, jangan ulangi proses pembelian (jangan klik BACK pada browser anda) atau jangan membuat transaksi baharu. Ini adalah untuk mengelakkan transaksi pendua (Duplicate Transaction). Sila VERIFY PURCHASE anda atau hubungi Tickethotline serta merta.
- Bagi transaksi yang berjaya, pembeli akan menerima ‘Transaction Confirmation’ yang dihantar kepada emel anda dalam masa SATU (1) hari bekerja.
- TIADA BAYARAN BALIK: SEBARANG TUNTUTAN PEMBAYARAN BALIK WANG TIDAK DIBENARKAN. Sila BACA dan semak maklumat acara/perlawanan yang dipilih dengan teliti sebelum mengesahkan pembelian. Pembelian adalah muktamad, tidak boleh ditukar dan pembayaran balik wang tidak dibenarkan. Wang bagi transaksi pendua (Duplicate Transaction) yang berjaya juga tidak boleh dikembalikan kerana urus niaga pendua menghalang pelanggan lain daripada membuat pembelian. Tiada bayaran balik untuk sebarang perkhidmatan/pembelian yang tidak digunakan atau digunakan sebahagian sahaja.
- Pembatalan, pertukaran atau pembayaran balik wang pembelian akibat kesilapan membaca atau memilih maklumat acara yang salah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
- Pembelian yang tidak ditebus TIDAK BOLEH dituntut untuk pembayaran balik wang pembeli.
- Pembelian TIDAK BOLEH dipindah hak milik. Pindah milik pembelian TIDAK DIBENARKAN sama sekali dalam sebarang keadaan sekalipun.
Namun di twitter , katanya banyak tempat sudah sold out. Tapi aku rasa perlawanan yang paling penting minggu depan lawan dengan indonesia pastinya satu perlawanan yang cukup significant. Sekarang fokus utama menentang pasukan gajah perang.
Ketua jurulatih Thailand, Akira Nishino, melancarkan serangan psikologi terhadap Harimau Malaya tatkala ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe, mahu pergerakan Chanatip Songkrasin ‘dikunci’ untuk melaksanakan misi meraih tiga mata dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.
Skuad Gajah Perang itu hadir ke Malaysia dengan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan.
Selepas mengikat Vietnam tanpa jaringan dalam aksi pertama, pasukan itu menjinakkan Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam dua perlawanan berikutnya.
Ia menyerlahkan Thailand dalam saingan Kumpulan G manakala Malaysia mengalami nasib berbeza dengan tewas kepada Vietnam dan UAE selepas menundukkan Indonesia.
Namun, Nishino menganggap peluang kedua-dua pasukan untuk memenangi perlawanan itu masih seimbang.
“Saya perlu menyatakan di sini bahawa perlawanan lalu bukan ukuran sebenar terhadap kekuatan kedua-dua pasukan walaupun kami lebih menyerlah berbanding Malaysia.
“Jadi, peluang sama rata dan kami harus fokus perlawanan demi perlawanan untuk terus mencapai kemenangan,” katanya.
Kepulangan semula Chanatip ke dalam skuad Thailand antara perkara yang menjadi perhatian kem kebangsaan.
Walaupun tidak mendedahkan pemain mana yang akan diberikan tugas khas untuk merantai pemain itu, Cheng Hoe mahu pergerakan Chanatip dikawal ketat.
“Kalau kita tengok, Chanatip sudah lama tidak bersama skuad kebangsaan Thailand.
“Dia satu-satunya pemain (Thailand) yang cukup kreatif dan berbahaya.
“Pada masa sama, pengalamannya beraksi di Jepun akan memberikannya keyakinan,” katanya.
HARI PERLAWANAN!
Ayuh Malaysiaku! #NationalCalling#DemiMalaysia pic.twitter.com/vvEuoOsF5A
— UM’07 ?? (@ultrasmalaya07) November 13, 2019
Gate ada yang sudah penuh.
Nampak gaya esok FULL HOUSE di SNBJ.. pic.twitter.com/Y6aD0R8Nl9
— Harimau Malaya (@harimaumalaya7) November 13, 2019
Jaga ekor harimau malaya yang muda mih
Jaga ekor kecik ni elok elok dik. Jangan mintak yang bukan bukan ke bang min, bang min bukan pusat jagaan kanak kanak. https://t.co/XYDpzmJMCe
— UM’07 ?? (@ultrasmalaya07) November 13, 2019
Pemain ke-12 jadi suntikan semangat buat Harimau Malaya
Pertembungan Malaysia dan Thailand dalam aksi Kumpulan G, pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium National, Bukit Jalil malam esok mungkin menjadi talian hayat terakhir jika mahu mengintai peluang mara lebih jauh dan yang lebih penting layak ke Piala Asia 2023.
Jika menang, ia pasti akan memberikan suntikan semangat buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu untuk memastikan kemenangan berikutnya terhasil ketika berdepan Indonesia, Selasa ini.
Namun, di atas kertas, jurang perbezaan kedua-dua pasukan begitu ketara. Berdasarkan ranking, Thailand berkedudukan lebih baik di tangga ke-109 dunia manakala pasukan negara di ranking ke-159 dunia dalam senarai yang dikeluarkan FIFA.
Jika diambil kira keputusan dan prestasi terkini, ia juga akan memihak kepada pasukan Gajah Perang itu kerana selepas mengharungi tiga perlawanan, Thailand seri sekali dan menang dua perlawanan berikutnya. Skuad Harimau Malaya pula bermula baik dengan kemenangan tipis ke atas Indonesia 3-2, namun tunduk dalam dua perlawanan berikutnya kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam.
Kesimpulannya, sebelum sepak mula nyata memberikan kelebihan buat Thailand tetapi dalam bola sepak, sebarang kemungkinan boleh berlaku.
Menyedari hakikat itu, Cheng Hoe ada resipi untuk mengatur strategi terbaik dan yang lebih penting, setiap pemain perlu merealisasikannya dengan kemenangan.
Selain itu, saya melihat antara faktor utama yang akan memberikan suntikan semangat buat pemain ialah penonton.
Penyokong pasukan negara perlu mengambil kesempatan ini untuk hadir memenuhi ruang Stadium Nasional sebagai tanda kesetiaan dan penyuntik semangat kepada pasukan.
Lebih-lebih lagi, pasukan lawan sememangnya serius untuk menewaskan pasukan negara. Pelbagai helah dilancarkan untuk memberikan tekanan buat pemain negara.
Perang psikologi bermula apabila heboh diperkatakan, jika menang ke atas Malaysia, kesemua staf dan pemain Thailand akan menerima AS$263,000 (RM1.08 juta) menurut sumber daripada Siam Sport. Diikuti dengan larangan media Malaysia membuat liputan ketika latihan pasukan Thailand.
Situasi itu, saya percaya skuad kendalian Tan Cheng Hoe sudah masak dan mampu menyerap tekanannya. Namun, sokongan moral, terutama daripada penyokong, pasti setidak-tidaknya akan melonjakkan semangat serta membantu pasukan negara untuk tampil lebih bergaya.
Jadi, buat kesemua pemain ke-12, ayuh kita penuhkan ruang stadium dan berikan sokongan padu agar pasukan kesayangan negara, skuad Harimau Malaya, mampu mengaum garang, sekali gus menundukkan skuad Gajah Perang itu.
Leave a Reply